Monday, November 25, 2013

Menangis Bukan Kerana Tertekan, Runtun Hati Tatkala Dimarahi



Siapa x sentap? kne tegur, kne marah dengan org yg paling kita syg, tunang kita sendiri. memang sentap. memang sedih. lagi sedih daripada budak-budak yg keluar AF tuh. huhuhu. Buat kerja dh petang, dengan banyak nye error kt sistem tu, asyik testing benda yg sama, asyik x betul je, esok dah start FAT (final acceptance test) dgn user. dgn sistem masih ada error lg, mana la x stress.


Tp stress bukan isunya sekarang. Isunya adalah eqa kena marah dgn incik tunang. Dia marah knp eqa cepat sgt nk marah, cepat sgt nk stress bila ada mslh sikit. dia kata org lain pun kerja x siap jugak, tapi relax je. Setiap orang mana nk sama. Kenapa perlu samakan sifat eqa dgn orang lain. Masing-masing ada cara masing-masing lepaskan geram, marah, stress tu semua.

Memang sangat sentap tadi kena marah. Menangis terus. Memang x boleh control. Sedih sgt sbb tunang kita sendiri xsupport kita tp marah kita pulak. Sedih memang sedih. Tapi lepas dia tengok eqa menangis je dia terus calm down, terus pujuk. Nasib baik masih ada perasaan nk pujuk lg. Kalau buat x paham x tawu lah nk kate apa dh.


Eqa tau, dia xde niat pn nk marah eqa sebenarnya. Niat dia nk menegur mana yg x betul. Tapi entahlah, eqa rasa sedih sgt dia marah eqa td. Tak pe lah. Benda dh lepas. Lepas eqa solat td, hati kembali tenang.

Kononnye darah manis, so cepat sgt la sensitif. konon! Balik je keje sampai je mintak izin kt beliau nk lelap sebab letih, menangis punya pasal, ni sampai sekarang sakit pale pulak. Side effect kalau menangis berlebihan~ hohoho


Bila eqa stress, eqa akan luahkan perasaan tekanan eqa tu dengan cara bebel, marah, salahkan org. Dengan harapan org terdekat, yg paling eqa syg memahami eqa, berada di samping eqa, ckp dgn eqa dengan penuh kelembutan biar eqa semakin tenang bukan spt mencurah garam di tempat luka yg dalam. Makin pedih, perit x terkata. Tapi bukan mudah nk memahami hati & perangai manusia lain.


Mungkin eqa perlu ubah sedikit sifat naik marah, naik angin, fikir negatif, take something so serious. Kalau eqa x ubah takut-takut mslh yg kecil boleh diperbesarkan dan paling sakitnya, timbul mslh yg lain. People should change, and changes make person much better from time to time. Believe it.


#Nota Kaki :- Siapa sudi share tips kurangkan stress? moh share kt eqa ;)



The Journey to be Halal - Part 2: Save the Theme, Prepare DIY Flower Blossom



Tarikh sudah, emas pun sudah, now ready untuk buat persiapan bunga pahar/telur. Tema dah confirm so proceed terus dgn persiapan seterusnya. Minggu lepas eqa ajak incik tunang teman eqa beli barang-barang nk buat bunga pahar. Boleh je beli yg dah siap punya tp x dak feel la kan. xrasa mcm nk buat majlis je. so eqa plan buat lah sendiri.

Buat bunga daripada kertas crepe. Sbb dulu ada pengalaman buat bunga ni dengan akk office, kak aini. so belajar daripada situ. Tapi eqa ni ada satu mslh yg x settle lg nih. eqa x pandai nk buat reben yg letak kt bunga pahar tu. cuba punya cuba tapi serabut reben tu. x cantik. sedih betul T-T. Rasanya kne mintk bantuan drpd yg pakar ni. hihi.

Tapi hari ahad smlm sempat siapkan satu bunga full set siap skali dengan reben, net telur, lilit lidi semua. saja nk jadikan sample nk tgok cantik ke idak, kne ke idak kombinasi kaler tu. Siap je, terus tunjuk kt incik tunang suh dia comment. Dia kata ok. Lepas tu tunjuk kt deqnie, deqnie kata cantekkk cuma dia kata kurangkan bilangan reben tu nmpk serabut katanya. huhu.. see? mslh reben. huhu eqa x pandai buat reben T-T tolong !!

Entah boleh ke x siap bunga pahar eqa tu. Plan nk buat 200 kuntum. harap-harap siap la hendaknya. hihi. eqa x leh tunjuk yg real punya. nk kasi surprise !! ;) eqa mohon uols doakan eqa pandai buat reben ya. ada lagi masa ni nk belajar. hihi. Wish me luck guys !! xoxo




#Part3 mungkin pasal penyediaan langsir rumah. hahahaha nantikan ye ;)