Thursday, October 2, 2014

Luahan Hati Si Penulis Keperluan



Apa lagi yg diinginkan?
Adakah masih tidak cukup untuk membuktikan segala titik peluh aku selama ini berhempas pulas demi syarikat, seakan tidak dipandang, lantas mengangkat pengorbanan org lain.
Manis tatkala berhadapan, racun bila mula menjauhi
Itulah permainan sebuah pihak, berkeinginan memperkotakkatikkan golongan bawahan

Aku x minta disangjung. aku juga x minta untuk dipuji. aku cuma mengharapkan kau hargai apa yg telah aku korbankan. Masa, Perasaan, Family, Kesihatan, Maruah telah aku gadaikan semata untuk menjaga nama baik kamu.
Balasan apa yg aku dapat?

Bisikan perasaan, hanya aku bisa jd pendegar yg baik. tidak ada seseorang pn boleh menilai, membaca apa sebenarnya isi hati aku.

Jika dulu, aku membuat keputusan untuk menggundurkan diri, tapi ku batalkan niatku, kerana kewangan. bermain dgn kerisauan tatkala kewangan perlu dikukuhkan. tapi apa kesannya? selama bertahun aku berperang dgn kesakitan jiwa, kehilangan kemesraan.

Kini, ku memutuskan untuk meninggalkan. tetapi tetap ada yg menghalang. tetap juga kewangan. dan kini, bertambah dgn tanggungjawab. aku terus dihantui dgn bayang-bayang aku sendiri.



Thursday, August 7, 2014

Di Mana Hati?


Sering aku persoal, mengapa & kenapa aku di sini? Ini periuk nasi aku, tempat di mana aku mencari sesuap nasi. Tapi kenapa? aku x pernah rasa keseronokkan walaupun ditawarkan gaji yg cukup mbuatkan penerimanya senang hati tanpa perlu memikirkan kesempitan. Mengapa ya? aku masih lg tercari-cari apa yg sebenarnya aku inginkan.


Aku x mahu lg menabur bakti di sini, hati aku telah lama pergi meninggalkan perasaannya di sini. Tapi aku perlu juga memikirkan tentang kehidupan aku. Lagi-lagi setelah memiliki keluarga. Bermcm perkara aku perlu fikirkan. Aku x boleh lg fikirkan tentang diri sendiri. Tapi semua benda ni membuatkan aku x ikhlas untuk mencari rezeki. Kerana aku merasa terpaksa atas apa yg aku lakukan

Bilakah semua ini berakhir?

Bilakah aku akan temui kepuasan dlm pekerjaan yg aku lakukan?

Bilakah semua ini akan aku temui?

Hanya Allah sahaja mampu menjawabnya. Apa yg termampu, aku just "go with the flow" even sukar, susah.