Showing posts with label eQa Cari Cinta. Show all posts
Showing posts with label eQa Cari Cinta. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

My Mr. Simple


Sapa single angkat tgn ! <sy!> <sy!> <sy!> okay,  nmpknya ramai yg single kt sini, so hari ini eqa nk canang tips Mr.simple but Perfect! phm? bhs mudah tips nk kenal lelaki yg btl2 blh kita jdkan pasangan.. xkisah ler nk jdkan suami ke, tunang je ke, atau kekasih. hee! jom .. eqa bg 3 je untk mlm ni.. kekeke






#1 - Awak sihat? sudah makan?

Bhs mudah lelaki jenis ni yg stok caring punya org.. paling kurangpn dia akn msj n paling best kol tiap pg. celik je mata jengah kt tepi,, ad msj drpd Mr.Simple.

"Good morning.. sihat x? nt jgn lupa mkn yea. take care"

xperlu smpai 4 perenggan pon.. simple but meaningful. 


#2 - Situasi kedai makan

"Awak nak mkn apa?.. hurm apa kata kita mkn ikan siakap sweet sour + kangkung grg belacan. ok x?"

Dia yg buat decision nk mkn apa.. for those girl yg x brp bkenan dgn cara ni eqa xtaw la. tp bg eqa, this is perfect. bcz, nmpk ciri kepimpinan dia, x lost, dia bkebolehan bimbing kita. x serah keputusan kt kita semata. based on pengalaman la kan, eqa x suka eqa yg decide apa benda nk mkn. nt main tolak tarik tali.

"Awak order la, sy x kisah mkn apa pun"
"Eh, sy pn x kisah"
"Alaa order je apa2"

---20 minit b'lalu---

"Nak mkn x?"
 "Jom la kita balik" -.-!




#3 - Oh my gentleman

Hurm, jenis yg ni ssh skit kot nak jumpa.. mmg ada, tp dorg x suka tunjuk. EGO la katakan.. contoh mudah..

Contoh 1: 
"Mlm ni kita kuar mkn yea, pukul 8. sy amik kt rumah. tp make sure ur family dh notice yg kita nk keluar okay?"

Contoh 2:
Smpai ke destinasi, Mr. Simple keluar dulu, bukakn pintu, n lead the walk.. where to go,, let he make a decision.. we (girl) just follow.. i follow you~~

Nak masuk je kereta semula, he rush on u.. again, he open the door 4 u.. he enter the car, then he will ask:
"Are you ok? penat x? btl u ok ni?"

Contoh 3:
Makan, wayang, full support by him without we (girl) notice. spontan je keluarkan dompet, hulur money kt cashier, ble bli mknn, or brg, spontan je grab thing yg ad kt tgn kita ni, dia yg bwk.. we (girl) just lenggang kangkung ^_^




Mudah je knp lelaki kene byk b'korban in term of money, effort & masa. sebab, kami ni prpmn! haha jwpn cliche.. keke not like that laa.. ok, me be specific. we (girl) dilahirkan lemah, tetapi kami bisa btarung nyawa kami yg kecil ini demi melahirkan zuriat anda-anda semua (lelaki).. 

kami buang penat lelah kami, kami jg anda-anda semua pakai, makan, belai yg ckup.. dlm hidup, always pcy satu. give n take. not much benda ni simple but amat b'makna. so sp yg realize benda ni bagus. sp yg masih samar-samar n xphm, kaji la sendiri smpai phm (: okay, bye


 



Wednesday, July 25, 2012

cinta



- Cinta -

sepanjang tempoh 2 tahun ini, erti cinta dlm perhubungan tidak lg eqa temui.
semakin lama semakin eqa percaya bhw cinta sejati hanya wujud jika seseorang itu benar-benar ikhlas dlm sebuah perhubungan.
ungkapan cinta mudah, bagi sesiapa yg masih mentah, akan mudahlah terjerumus

sepanjang tempoh 2 tahun keseorangan, pd mulanya sukar
memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dgn keadaan sekeliling
tidak diakui, memang kesunyian, tp makin lama, rasa makin selesa.

dan tidak dinafikan juga, bila keseorangan ni, ramai lelaki cuba ambil kesempatan
pada mulanya hati x ckup kuat,
lantaran, terjerumus di lembah penipuan seseorang lelaki.

eqa belajar drpd kesilapan,
dan semakin lama, semakin sukar eqa mahu temui cinta yg sejati
sedangkan baru diuji, sudah putus asa dan berpaling pd org lain
katanya cinta, katanya syg, tp tiba-tiba berpaling pd org lain
cintakah namanya itu?

bukan eqa memilih,
cuma keadaan yg memaksa
xpasti, apa yg mereka kejarkan
harta benda?

mereka seakan ingin mencari psgn bkn atas dasar keikhlasan
tetapi sebaliknya.. - Wallahualam -
mungkin trend skrg, juga xpasti.

until now, within 2 years, i still love HIM and always MISS him so much.
ya, impossible for us to be together again
tp, dialah yg eqa syg & cinta sepenuh hati
cuma, keadaan yg menghalang
x mengapa, dia tercipta untuk orang lain
moga dia bahagia bersama pasangan nya yg setaraf dgnnya dan keluarganya

-itu cerita lama-

apa yg mendatang, x siapa yg bisa ketahui
jodoh itu pasti ada
cepat atau lambat sahaja


*-*-**-*-**-*-**-*-**-*-**-* Pesanan daripada sy untuk kalian *-*-**-*-**-*-**-*-**-*-*

for those yg penah try-try usha eqa, & eqa x mampu nk balas balik cinta & syg mereka itu,

first thing - eqa MINTAK MAAF. sbb hati x membenarkan slh seorang dprd kalian bertakhta di hati eqa.
kedua - eqa mencari seseorang yg bisa jg, syg, pimpin serta menjadi imam kepada anak-anak eqa nanti. jika solatmu tidak dijaga, bagaimana nk bimbing eqa nanti kn? -eheeehee-
ketiga - dlm perhubungan perlu ikhlas, eqa xnmpk keikhlasan dlm hati kalian semua. apa yg eqa nmpk, kalian punyai agenda kalian tersendiri, siap mengaku kt eqa yg kalian nk menumpang kesenangan eqa. apa tu bro. eqa bkn kaya pn -.-'

terakhir - cintailah diri kalian, jglah diri kalian sblm kalian cinta & jg pasangan kalian. jgnlah kalian memilih cinta semata-mata demi terpaksa & terasa terdesak untuk bercinta sbb melihat manusia sekeliling kalian sedang bercinta.


cinta itu cukup indah jika dibajai dengan kasih syg sepenuh hati, cinta itu cukup murni untuk dijaga dan dimiliki, cinta itu cukup sempurna, jika pasangan itu ikhlas mencintai satu sama lain. cinta perlukan pengorbanan, benar, tanpa pengorbanan, nilai sebuah percintaan itu tidak akan muncul.

akhir kata - selamat menemui cinta sejati kalian semua. yg lepas, lepaslah. (:



Tuesday, April 24, 2012

Separuh Hati sy Milik Beliau






Beliau Hero saya

saya sayang akan beliau

sepenuh hati saya







Hanya beliau

kini di hati saya

\≧∇≦/




Wednesday, April 18, 2012

Walaupun CINTA itu membunuh tetapi kami tetap CEKAL


Kami diciptakan untuk menjadi SAHABAT . walaupun jauh, kami tetap bersama tatkala susah & senang . eqa, deqnie & cha =)


kami punyai persamaan
perjalanan hidup kami adalah sama
itu namanya TAKDIR


kami pernah bercinta dan kecewa
kami juga pernah terluka 
merasai luka yang amat pedih, perit dan memberi kesan jangka panjang
kami cuba untuk tabah
namun, 
kami diberi dugaan lagi
lagi dan lagi 


belum sempat hati ini pulih sepenuhnya
kami diduga lg dengan dugaan yg cukup berat menimpa kami
mulanya, kami sangka, kami berjaya menemui kebahagiaan
dan kami mulai pasti yg pilihan kali ini adalah tepat
PEMILIK HATI YANG KEKAL


tapi
AKHIRNYA
kami menangis lagi
hati kami terluka lagi
terluka dan terus terluka





sedih mengenangkan nasib kami
tapi kami yakin dan pasti
Tuhan masih sayangkan kami
sebab itulah DIA x putus-putus menduga kami


dan kami cukup pasti 
DIA sedang merancang sesuatu yang lebih BAIK untuk kami
cuma 
masa, saat dan waktu kami x pasti lagi


kami  yakin
PEMILIK HATI YANG KEKAL masih lagi menjadi RAHSIA 
=)


biarkan kami menangis sekarang,
biarkan kami merana
biarkan kami terluka
sebab itu hanyalah sementara




kami cuba untuk senyum
kerana kami xmahu
kesedihan kami merosakkan kebahagiaan orang lain yg sedang merasai kebahagiaan
cukuplah hanya kami
yang merasai 
kesedihan
kelukaan 
dan
kehilangan
orang yang kami sayang





JOM SENYUM !!!





Wednesday, March 21, 2012

In My HEART still have LJY until now

4/9/10
perit untuk ditelan
sulit untuk dilalui
sukar untuk dilupakan

9/9/08
satu tarikh yg xbisa dipadam dlm ingatan
satu tarikh yg mengukir 1000 satu senyuman

12/10
xterlepas drpd ingatan
xbisa dipadam dan diabaikan
walaupun mulut b'kata benci
hati b'kata sebaliknya

3/1
tarikh paling bermakna
tarikh yg mjadi satu penantian
kepada suatu benda yg x pasti
dan x kan mungkin akan terjadi
2 tahun berturut beliau melupakan tarikh tersebut
2 tahun berturut setia menunggu kata-kata ucapan drpd pihak beliau
namun hampa




sampai bila?
sampai bila?
sampai bila?

jujur, aku x mampu melupakan beliau . walau 1000 satu cara aku lakukan, semuanya adalah satu kegagalan . 

aku masih mahu pertahankan cinta, rindu aku padanya
x bisa untuk menerima insan lain dlm hati
kerana itu janji aku padanya dahulu
hanya dia yg aku cinta
hanya dia yg aku syg
ya
dulu memang aku tipu
aku hipokrit
sebab x blaku jujur pd hati aku sendiri
knp dia mudah melupakan segalanya?
kenapa?

aku sakit kerana kau
kerana aku x bisa lupakan kau
setiap saat, minit kenangan itu menghantui
walaupun
semua kenangan telah ku buang
tapi aku lupa
kenangan di hati tidak mungkin terhapus






semoga awak bahagia b'sama pilihan hati awak
sy pasrah walaupun perit untuk sy telan
kerana itu pilihan awak
dan tuhan x membenarkan kita untuk terus bersama
tp sy janji
sy akan syg awak sampai bila-bila
itu janji sy pada awak
walaupun hati sy sakit, 
penat,
letih



Monday, December 19, 2011

Kekecewaan itu Berterusan


= Mutiara kata =

" bila hati mulai rasa sedih wajib untuk kita menitiskan air mata kerana setitik air mata itu bisa menghapuskan secebis kekecewaan . 
Dan
sesungguhnya suatu teguran itu penting bg seseorang agar bisa menjadikan diri lebih baik daripada yg sebelumnya . Namun jika teguran itu dikirakan sbg satu penghinaan maka haruslah ia dielakkan drpd terus dilakukan .
Dan
indahnya persahabatan jika nilai seorang kawan itu tidak dicemari dgn satu perasaan jahat yg bisa melukakan hati kawan yg lain ."



kami kenal, kami mesra, kami kerap keluar sama beberapa hari ni . dia baek, rasa happy bila bsama dia BUT he make me cry last nite ! dia kwn eqa, kwn baek eqa. but lately ni kami byk luangkan masa b'sama . and i feel something weird in my heart . dun know why . adakah ini cinta ? atau hanya perasaan suka ?


NOOOOOOOOOOO ! again eqa terperangkap . NOOOOOOOOOOO ! terperangkap dgn permainan perasaan . SubhanAllah,, smpai bila ? seperti ianya sebuah roda yg berputar tanpa henti . kadang tawa itu pengubat segala kesedihan yg eqa alami selama ini . BUT sometimes tawa itu juga bisa menjadi racun tatkala hati sudah dihancurkan .


eqa cuba kuatkan hati supaya tidak mudah jatuh cinta pabila hadirnya seseorang . eqa masih kuat smpai skrg . eqa kena kuatkan hati supaya x akan rasa sakit lagi . NOTHING is happen . i swear it is not true feeling from inside . it just something fake in my heart. I am REALLY sure bout this ! yaaaa ! [kuatkan hati]


No No No . we cannot falling in love . even u take care of me, u said that u love me, u want to make me happy . but it is not a LOVE . it is call desperateness . i know u r lonely even u have a girlfriend . BUT why u CHOOSE me ? 2 person done the same thing to me . why ? why me ? !!! why not someone else ?


through out this eqa find something inside, maybe eqa x layak untuk menjadi yg pertama . tetapi sebagai pelengkap kepada cinta pertama orang lain . subhanAllah .. berat dugaan itu . semakin lama bersabar semakin xkuat . semakin x kuat untuk ditempuh .





perjalanan sebuah cinta itu jauh . perlukan banyak kesabaran dan persefahaman supaya ia x mudah diabaikan 



kelukaan hati jika bisa dihilangkan melalui guguran daun kering oleh angin yg bertiup adalah satu penyelesaian yg sangat diharapkan



kata hati : "harap semuanya berjalan seperti sediakala"




Thursday, December 8, 2011

Pelamin Anganku Musnah part 3

sekali lagi munculnya seorang lelaki dlm hidup eqa . cuma bezanya hati eqa x bisa menerima beliau. Badrul *bukan nama penuh ^^ hadir dlm hidup eqa lebih setahun rasanya .


bermula sbg hanya seorang kawan,,, tidak wujud perasaan syg pada beliau walaupun sebaliknya Badrul telahpun memilih eqa sbg calon isterinya di masa akan dtg .

mcm2 perasaan bermain dlm hati

*bercelaru
*kesian
*terpaksa
*rimas


walaupun kami berjauhan,, dia sering telefon eqa hampir tiap mlm untuk bertanya khabar dan sebagainya . mcm2 dia lakukan kepada eqa untuk membuktikan syg dia terhadap eqa.. mcm2 jgk dia lalukan untuk buat eqa syg pada beliau

namun


hati eqa cukup keras untuk menerima beliau kerana eqa terasa terbeban dgn harapan yg beliau berikan pada eqa . SEBAGAI CALON ISTERI . eqa rasa eqa x bersedia menerima Badrul walaupun beliau seakan memaksa eqa untuk menerima beliau .

sehinggakan

beliau nekad dtg ke rumah eqa untuk b'temu mak dan ayah dengan harapan dpt pikat mak dan ayah eqa . namun,,,,segala impian beliau musnah kerana mak eqa turut menolak,, atas aspek : pekerjaan 


namun


itu x mematahkan semangat beliau untuk berusaha memiliki eqa . makin kerap dia menenefon eqa,, memujuk eqa supaya menerima beliau . dia seakan sudah berputus asa,,, dan sampai satu masa dia pernah memarahi eqa sbb t'lampau degil. cinta x bisa dipaksa, jika dipaksa nilai kasih sayang yg wujud adalah plastik semata-mata, hidup bakal sengsara hingga keakhirnya


eqa tanya pada hati,, kenapa? kenapa bila dh muncul lelaki yg btl2 syg pada eqa dan boleh jg eqa,,, eqa masih menolak,, hati eqa x bisa untuk menerima ? walaupun eqa cuba sedaya upaya untuk pupuk kasih syg itu,,, eqa x ada jwpn kepada persoalan itu.


kerana

eqa sgt yakin TUHAN ada jawapan kepada persoalan eqa itu,, dan eqa sgt yakin tuhan sedang merancang sesuatu untuk eqa,, cuma eqa masih lg diuji dgn pelbagai bentuk dugaan yg berkait dgn hati dan perasaan . TETAPI semua yg berlaku menjadikan eqa semakin matang dan berhati-hati untuk memilih dan membuat keputusan. #syukur


selembut-lembut hati seorang perempuan bisa digambarkan seperti kapas 


namun



selembut-lembut hati mereka juga bisa berubah menjadi seperti seketul batu yg besar


tamat ^^



Pelamin Anganku Musnah part 2


- hanya angan semata-mata -


setelah melepaskan permata y cukup b'sinar dlm hati,,, muncul pula kembali kekasih lama [first love], Asyraf *bukan nama sebenar


beliau mengisi kekosongan dlm hati eqa . selalu teman eqa tatkala eqa rasa bosan dan punyai masalah . kami makan bersama , ROTI CANAI.. haha hampir tiap malam kami luangkan masa b'sama .


bila bersama Asyraf eqa rasa seakan eqa bisa melupakan sejenak bayangan Lokman,, beliau cukup membuatkan eqa rasa gembira, mampu buat eqa tertawa, eqa rasa selamat b'sama dgn beliau . eqa rasakan seakan cinta lama eqa thadap beliau bakal bersinar kembali


namun


apa yg menjadi penghalang kpd perhubungan kami adalah ASYRAF sudahpun BERPUNYA . eqa seakan KEKASIH gelap [sila semak kamus] beliau . eqa taw,,, dia telah punyai kekasih, dan dia pun menyayangi kekasihnya itu,, perhubungan selama 6 thn dgn kekasih hatinya xmampu untuk beliau melepaskan hanya untuk memilih bersama eqa . 


eqa pernah berjanji yg eqa akan terus menyayangi beliau walaupun dia punyai kekasih hati,, sangat kejam kan? hmmm 

namun


akal mendidik hati supaya bersifat rasional . eqa mengundur diri . kerana eqa rasakan,,, tidak akan ada kebahagiaan yg hakiki jika kita merampas hak orang lain . dan eqa sgt percaya kpd HUKUM KARMA. biarlah eqa melepaskan satu lagi permata yg bersinar dihati demi kebahagiaan org yg eqa syg


skrg kami masih berhubung. tp tidak seperti dulu. eqa dh berjanji pada hati untuk tidak menyayangi beliau lebih drpd seorang kawan . ALHAMDULILLAH,, tuhan permudahkan segalanya . walaupun kami masih berhubung,, tp perasaan kami hanya setakat kawan . hati eqa bisa mengadaptasikan keadaaan itu . #syukur



ada lagi sambungan Part 3.. nantikan yea ^^



Pelamin Anganku Musnah part 1


- musnah -

Hidup tanpa dugaan adalah mustahil bg setiap manusia . semua org bisa merasai pelbagai bentuk dugaan . bg eqa dugaan yg tuhan turunkan pada eqa adalah dugaan yg berat untuk eqa lalui .

dugaan eqa yg paling berat adalah ketika eqa dipaksa membuat keputusan meninggalkan Lokman [bukan nama sebenar]

*serba salah
*sedih
*terpaksa
*sayang

mcm² perasaan b'main dlm hati . dan akhirnya semua itu menemui jln penyelesaian

memutuskan tali percintaan yg x rela dilaksanakan oleh hati,,, berlaku atas dasar paksaan disebabkan oleh beberapa sebab musabab yg x dapat dielakkan {aspek : keluarga, agama} . x payah la eqa b'cerita lagi kisah eqa yg dh lama b'lalu . mungkin jwpn paling mudah Lokman bukan jodoh eqa .


bermain dgn perasaan sendiri seakan gila bayang selama bertahun selepas memutuskan tali perhubungan adalah satu perkara yg paling menyakitkan dan menyedihkan . sehinggakan diri eqa digelar oleh kwn² sekeliling sebagai seorang yg GILA TALAK [sila semak kamus dewan] . mereka kata eqa BODOH sbb masih syg kpd org yg x LAGI n x amik peduli lg pasal diri eqa . namun, kata² mereka sikitpun x patahkan semangat eqa untuk terus menyayangi beliau, menanti beliau dan mengharap satu keajaiban akan berlaku .

namun

sehinggalah smpainya satu masa [ beberapa hari lepas] , tiba-tiba hati eqa merelakan semuanya pergi . [lepas nampak satu gmbr kebahagian beliau b'sama pasangannya yg baru] . sentap, sangat sentap . seakan semua yg blaku cukup berat untuk ditempuh .

eqa nekad, mengemaskan semua barang peribadi pemberian asyraf yg eqa masih simpan untuk dikumpulkan sebelum proses pembakaran dilakukan . cincin *kami bersama, dibuang di laut,,, membiarkan cincin itu pergi mengikut aliran air di lautan .


alhamdulilah,,,, setelah semua brg peribadi pemberian beliau telah eqa buang dan bakar,,, hati eqa padanya tidak lg seperti dulu . eqa berani jamin,,, eqa x rasa rindu pada Lokman, rasa syg, even teringat langsung padanya . eqa rasa eqa ambil langkah yg sangat BAIK . #syukur





Nantikan kemunculan part 2



Monday, November 21, 2011


Banyak perkara yg kita x dpt paksa hati kita untuk menerima sesuatu
jika dipaksa makin parah kondusi sekeping hati itu
lebih parah lagi hati tidak dpt berfungsi seperti biasa
hanya akal yg waras dpt memberi nasihat kpd hati 
apa sebenarnya yg harus dilakukan

jika hati dan akal lumpuh bersama
akhirnya diri merana
penyesalan tanpa pengakhiran 
akan terus dan terus belalu tanpa henti
lantas penyesalan itu memakan diri



Wahai lelaki,

cukuplah kau seksa jiwa raga perasaan dan naluri hati ini
jawapan kepada persoalan kamu tetaplah TIDAK
TIDAK akan ku terima CINTA dan SAYANG-mu itu
walaupun bertahun kau tunggu aku
walaupun bertahun kau merayu
JAWAPAN kepada persoalan-mu itu tetaplah TIDAK

jadi
tolonglah terima kenyataan
tolonglah paham
tolonglah beri kerjasama

jangan terus berharap
jangan terus memaksa AKU untuk menerima CINTA dan SAYANG kamu itu
jangan terus menerus menunggu aku
menunggu jawapan daripada aku
kerana jawapan aku tetap TIDAK



Bad,

tolonglah STOP !!!






condusi : pening kepala + serabut fikiran + sesak hati + bingung + tension
arggghhhhh xpernah kepala serabut mcm ni !!!!




Wednesday, November 16, 2011

NOT dream team BUT dream guy



Dream guy characteristic list:


good looking


knows to play music instrument/s 


sweet

 loves his parent 


 has a nice singing voice




the result goes to


(: yonghwa :)





Wednesday, November 2, 2011

Lamaran oleh seorang jejaka . Ini saat-nya



Fuhh tajuk gempak tuh . mungkin tipu mungkin benar . Ha-Ha . . haaaa excited leetewww . . 


mcm ni cite-nye . . eqa ada la b-kwn (bukan tangkap cintan) dgn sorg jejaka ni . navy . hurm tua dia setahun drpd eqa . dia ni eqa x berapa suka sgt nk melayan . byk benda yg x ngam dgn dia ni . senang cite eqa x serasi la dgn dia . 

mslh-nya dia ni asyik kejar eqa je . eqa lari dh 600 km jauh dari dia tp dia mampu lg kejar . maksud ? oke jgn pening mai eqa smbung cite . sapa x nk dgr sila jgn continue yea .

bak kata org tua² kalau dh x suka so jgn melayan . yea x? so eqa pun x layan la . bukan seminggu tp sebulan . selama sebulan tu la dia asyik kol eqa tiap² mlm and msj x b-henti . eqa buat dek je . x angkat kol n x reply msj pun . huiss tp rimas jgk den ni haa . rasa diri ni kejam le pulak . so nk x nk layan le dia jugak . atas dasar simpati . sekian~


------ iklan kejap ------


oke, hbis pengenalan, masuk pulak ke slot kemuncak . cuti raya haji ni dia balik kg dia . rumah kami x jauh mana pun . so dia pun plan nk dtg rumah . ingtkn nak dtg sj² je . tp dia nk jumpa parent eqa . haaaa tu dia kemuncak-nya ! 

eqa dh ckp kt dia wt pe nk jumpa parent eqa . xyah la .. dia degil kata nk jumpa jgk . dia ckp nk set hubungan serius ngn eqa . maksud ? nk ckp kt parent yg dia dh b-kenan bebeno ngn ank popuan mereka #geli dia penah ckp klu eqa terima dia, dia nk terus tunang dgn eqa . even eqa x hbis blaja lg . 




huwaaaaaaaaaaaaa


eqa x suka dia lah ! x suka x suka x suka !

eqa x nk kahwin ngn org yg eqa x suka !!


pesanan untuk mak dan abah : "mak , abah , jgn t-pukau dgn ayat manis dia yea . ingtlah masa depan anak bongsu sorg mak dan abah ni" #merayu



pesanan untuk-nya : "walau gunung b-gegar sekalipun akan ku-pastikan kau bukan milikku"





 Info : hampir b-puluh kali eqa dh ckp kt dia eqa x suka dia tp eqa mcm ckp ngn dinding . dia x amik kisah pun

oke, itulah cerita sedih eqa untuk kali ini. sekian . terima kasih



Wednesday, October 19, 2011

eqa mencari cinta Ha-Ha


Ciri lelaki idaman eqa adalah seperti di bwh :

no 1
Kuat iman / agama

no 2
Lesung pipit

no 3
Ada fulus

no 4
Rambut lurus xmau kerinting

no 5
Tuff / tinggi / x gemok sgt / ada six pack kt body #haramjadah 

no 6
Pandai / baik hati / penyayang / responsible / independent / x mengongkong

no 7
Korean look #haramjadah

no 8
Funny

no 9
Kaki jalan

no 10
Pemurah





Pada jejaka diluar sana yg punyai slh satu ciri2 disenaraikan spt di atas, boleh anta resume yea . #haramjadah


ok, sbnrnya eqa tgah bosan tu yg buat entry merepek mcm ni. #sekian




Wednesday, September 14, 2011

Rejected !








Maaf,

Andai hati kamu seperti dia, pasti aku memilih kamu menjadi penggantinya

Andai sifat kamu seperti dia, akan aku pastikan aku menerimamu dengan penuh rasa gembira

Andai perangai kamu seperti dia, lantas kamu aku pilih menjadi putera di hatiku





Maaf,

Kerana aku menolak cintamu

Kerana aku menolak lamaran kamu untuk menjadikan aku permaisuri di hatimu

Kerana aku memberi harapan yang tinggi kepadamu

Tapi aku x bisa memilihmu

Kerana kamu x bisa membuang jejaka J di hatiku






"Tolak lamaran selepas dilamar sebanyak 3 kali C:"




Friday, July 29, 2011

Tergamaknya kamu






Ditelan pahit dikenang perit

Kisah kami hanya dongeng ngeri yg x bisa dijadikan contoh kpd mereka yg ingin cuba2 merasai kemanisan bercinta bersama pasangan mereka.




Cukup pedih

Cukup terluka


Akhirnya segala tanda tanya yg selama ini bermain di kepala akhirnya t'jawab..

"sy x kn cari awak lg,,, sy mendiamkan diri bukan sy yg hendak,, tapi bila sy bersama dengan awak,, tiba2 sy rasa tiada KEBAHAGIAAN"


Terlampau pahit untuk eqa telan ayat itu. tergamak sungguh..

Dulu kata cinta

Dulu kata syg

Dulu kata ikhlas menyayangi sepenuh hati


Tapi ternyata DUSTA semata


Beginilah ragam manusia yg tidak pernah puas memiliki sesuatu.. apa lg yg lebih membahagiakan pasangan jika tidak KASIH SAYANG SEPENUH HATI

Hanya manusia yg bodoh seperti DIA shj yg tak mampu berfikir dan menghargai hati manusia di atas muka bumi ini..

Kamu tamak, kamu hipokrit, kamu jahat, kamu kejam, kamu keji, kamu pendusta

Kehadiran kamu di atas muka bumi ini hanyalah untuk menghancurkan manusia sejagat.. bukannya penyumbang kepada kebahagian manusia lain..


INGAT satu benda

HUKUM KARMA

INGAT!


HUKUM KARMA




MULUT kata Ya HATI kata Tidak







Sakitnya hati bila dipermainkan... rasa sakit tu melebihi segala sakit yg ada dlm dunia. terutama sakit permainan perasaaan.. lelaki or perempuan semua sama 50-50.. tp untuk kes eqa pastinya dalang disebalik kisah dongeng ini adalah LELAKI


xcukup kasih syg yg eqa bg, dia lari laju pecut 100 meter meninggalkan eqa tanpa ada sebaris khabar pun.. kenapa dan mengapa x sorang pun tahu.,

Pengecutnya lelaki timbul hanya bila dia meninggalkan perempuan dengan tiba2 tanpa khabar berita.. mana letaknya maruah lelaki dan mana tersimpannya 9 akal lelaki yg dikatakan sebelum ini melebihi wanita yg hanya mempunyai 1 akal sahaja ?


REASON & EXCUSE menjadi tanda tanya.. ke mana dan di mana salahnya? apa yg b'main di fikiran insan yg b'nama lelaki ini yg tidak mengenal erti tanggungjawab dan juga HUKUM KARMA.

Gembiranya hanya seketika namun BALASAN daripada yg MAHA ESA menanti.. jika bukan di dunia, insyaAllah AKHIRAT pasti menanti.

Ingin eqa petik satu ayat yg dicetuskan oleh insan itu

" Kalau FAHMI [nama sebenar] tipu eqa, fahmi kena langgar lori MATI sekarang juga. "



BOOOOmmmmMMM!! kebaBoOO0mMM!


Keberanian kaum adam dlm menabur HARAPAN, JANJI dan KEPERCAYAAN seorang wanita itu adalah dikira sebagai CHAMPIONSHIP dunia.. NAMUN keberanian berhadapan dengan KECURANGAN, KEZALIMAN dan PENIPUAN t'hadap wanita adalah satu kegagalan hakiki yg bisa b'laku hampir setiap masa.



Mulut kata ya bila orang pesan "b'sabarlah.. tuhan sedang menguji awak..lupakan dia dan kesalahan dia"

namun,

Hati kata TIDAK


Dia terlalu zalim.. t'lalu tidak b'sifat b'perikemanusiaan.. mana mungkin eqa boleh melupakan segala keZALIMAN & keSAKITAN yg dia tinggalkan kpd eqa.. namun eqa x punyai kuasa untuk menghukum... hanya iringan DOA dan kesabaran yg hakiki dpt mengatasi kemarahan serta kesedihan..

Ini adalah dugaan duniawi terjadi untuk mematangkan akal pemikiran seseorang insan di atas muka bumi Allah ini... dan juga satu peringatan kepada kaum wanita yg lain agar tidak mudah menyerahkan hati kecil mereka kepada seseorang lelaki yg x bisa membahagiakan mereka.


Ini adalah satu pengalaman yg amat pahit untuk ditempuh.. amat sukar untuk dilalui.. namun eqa sedang b'diri di atas bumi yg nyata... dan t'nyata semua ini bukan mimpi dan ianya adalah realiti yg harus ditempuh walaupun perit untuk ditelan.

InsyaAllah, Allah mengetahui atas semua yg b'laku di atas muka bumi ini. Amin.


Semoga kamu mendapat kesedaran sebelum berakhirnya hayat kamu di atas muka bumi ini, insyaAllah.





Saturday, May 28, 2011

Semakin lama perasaan itu semakin susut




bukan mudah nk menyayangi sesorang
bila perasaan syg itu muncul
susah pula nk dibuang
tetapi ianya pasti boleh dibuang
andai dia bukan jodohku :)



Alhamdulillah..jika selama ini eqa sgt susah nk buang perasaan yg bunga2 tu thadap seseorang ni..tp dengan berkat doa dan petunjuk yg tuhan berikan pada eqa, alhamdulilah ia semakin pudar.

memang susah nk lupakan orang yg kita sayang even though dia pernah sakitkan hati kita. memang mustahil perasaan itu boleh hilang dlm masa sebulan. sangatlah mustahil. tapi x mustahil jika kita mencubanya. :)

tiada satu benda yg xmustahil dengan izin daripadaNYA :) cuma ia mengambil masa untuk kita buang perasaan sayang itu. tuhan menguji kita. semakin susah kita nk lupakan dia, semakin kuat ujian tuhan.

Alhamdulillah, eqa x tertunggu-tunggu lagi... xmengharap lagi..mungkin masih ada lagi rasa syg n rindu itu...tp cukuplah ia sebagai satu "perisa tambahan dalam masakan".. ada pun ok..xada pun xpe :)

Mr.Misai~
Mr.Sepet~


i'm sorry. u all memang happiey sangat2 kan dengan statement i ini yg menyatakan bahawa "cukuplah sampai di sini~" semua kenangan itu xkan pernah hilang daripada ingatan, tidak akan lapuk dek zaman..tapi i akan pastikan segala kenangan bersama u all semua sebagai salah satu kenangan yg terindah even though kenangan itu kadangkala membuatkan hidup i jadi begitu terseksa. cukuplah kehadiran u all sebagai salah satu "penyeri diwaktu mlm kegelapan".. hehehe jiwang nyerrrr!

ok. x jiwang dh..rasa nk muntah berbakul-bakul nih..hahahahaha kat sini eqa nak nasihat sikit pada pihak lelaki dan perempuan khususnya kepada budak-budak yg berumur 18 tahun ke-bawah dan nk berjinak-jinak dengan dunia percintaan ni..eqa bagi 3 je..xmo lebih-lebih..sbb nanti u all bosan nk baca :)



  1. kalau rasa dh minat sangat kt sorang perempuan tu..jgn tunggu masa bputar. terus je masuk line. tp make it sure perempuan itu single n available. maklumlah perempuan sekarang kadang2 tu memang la single tp not available. carilah calon yg betul2 sesuai dengan u all yea..jgn satu dua bulan couple dah buat u all pening kepala :)
  2. kalau u all dh ada gf tu..buatlah cara ada gf yea..jgn susahkan diri u all nk berlagak mcm single. hurm ni banyak sgt berlaku. dh ad gf tp gf bz or duduk jauh..hurm mula la mencari yg lain..sebab? mestilah sebab sunyi or bosan. hurm u all cari nahas je kalau cari perempuan lain..
  3. janganlah mudah tpedaya dengan pujuk rayu gf u all tu..pada-pada la sikit. ni x..oleh sebab syg semua diturutkan. aiyo x mo la mcm tu. u all bercinta bagai nk gila pun kalau dia bukan jodoh kamu..tetap kamu x dpt bersatu.iye x? nt xpasal-pasal lepas clash tuntut balik semua benda n duit yg u all bg kt gf u all tu. kn buruk siku tu namanya..ye x?


  1. xpayah la terhegeh-hegeh mengharapkan cinta lelaki yg u all sayang kalau lelaki itu x hargai cinta n syg kamu. hehe sambil nasihatkan diri sendiri~
  2. kalau lelaki tu dh ada gf or isteri jgnlah ngada-ngada nk layan kerana kalau terbit rasa syg tu pada lelaki tersebut..alamat sengsara la hidup u all..hehehe pun nasihatkan diri sendiri jugak~
  3. eqa taw perempuan ni memang kuat sangat cemburunya..hurm tp janganlah sampai sekat kebebasan boy korang tu. kesian dia.dia pun ada life dia sendiri. xsalah nk mengawal tp jgn la mengongkong sangat..nampak u all x matang taw. be relax. be sporting..tp jangan pula bg kebebasan sgt..lelaki ni kalau dibg peluang~ gelaplah masa depan u all :)


kepada lelaki2..jangan berani-beranikan diri mengambil kesempatan terhadap kelembutan hati wanita. jagalah maruah mereka sebagai seorang perempuan kerana perempuan itulah yg akan melahirkan zuriat untuk kamu

kepada perempuan2..janganlah kamu dengan beraninya menyerahkan segalanya kepada lelaki yg kamu syg. kamu punyai akal..boleh berfikir dengan waras..yg mana satu binatang yg mana satu hamba Allah yg beriman.


Thursday, May 19, 2011

Mengharap





"MEMANG INDAH SESANGAT SETIAP DETIK KENANGAN BERSAMAMU"

Berharap sangat ayat itu ditujukan untuk eqa.






mood--------------> mengharap




Kau Sombong


Kau sombong! kau sombong! kau sombong! Ahh benci aku.

Dah la.x nak tunggu kau lagi!

Kau sombong sangat!

Kau mungkir janji!

Kau kata nak kawan dengan aku

Nak jaga aku

Kau tipu!

Kau memang jahat.

Aku x suka kau

Time kau kahwin jangan hantar kad undangan kt aku

Sebab aku xnak pergi

Buang kertas & duit kau je

Aku x nak ada kaitan dengan kau lagi

Sebab kau terlampau sombong

Selamat tinggal romeo~

[Tetiba]

Hahahahaha
Ingat!

Kau banyak dosa kat aku

Aku x kan lupakan segala perbuatan yg kau buat kat aku

Ingat dua perkataan ini...

HUKUM KARMA

Moga kau bahagia

Selamat jalan romeo~



mood--------------> kompius


Wednesday, May 18, 2011

Ini takdirnya



Ya Allah..mohon Kau bagi aku kekuatan untuk aku harungi dugaan yang Kau berikan pada aku ini Ya Allah.aku merayu.aku merayu.aku mohon Kau buangkanlah perasaan syg & rindu aku pada dia Ya Allah kerana aku begitu terseksa sekarang.

Perasaan eqa berat sangat sekarang. eqa rasa nak menjerit je sekarang. nak menjerit tapi kt dalam office..haizz ku tahan sajalah.. persoalannya sekarang kenapa eqa masih fikirkan dia. kenapa? mungkin salah eqa sebab muncul dalam hidup dia ataupun salah dia sebab hadir dalam hidup eqa tanpa diundang?

Ahhhhh! rumitnya!

kenapa eqa cakap ianya sesuatu yang merumitkan? sebabnya mudah sahaja.

Si dia sudah ada kekasih hati dan mungkin si perempuan itu adalah bakal isterinya. mereka sudah menjalinkan hubungan cinta selama 6 tahun lebih. itu apa yang dia beritahu eqa.

Masalahnya sekarang..dia cinta pertama eqa. eqa ambil masa begitu lama untuk melupakan dia dan hilangkan perasaan cinta & sayang eqa pada dia.beberapa bulan yang lepas dia kembali muncul dalam hidup eqa. selama lebih kurang sebulan kami jadi semakin rapat kembali.

eqa taw apa yang eqa buat adalah salah sama sekali. eqa juga pernah buat keputusan untuk berkongsi kasih.huhuhu begitu desperate kan? hanya tuhan saja taw perasaan eqa pada dia sebanyak mana.

eqa juga pernah berangan eqa akan memiliki dia sebab dia cakap dia sayang kt eqa. eqa rasa bahagia sangat taw. eqa rasa mcm penantian eqa selama bertahun-tahun ni berbaloi sangat. bayangkanlah eqa tunggu dia dari form 1 sampai sekarang. cuba kira berapa tahun? hampir 10 tahun kot. sebab tu eqa xkira even dia dh ada gf sekarang eqa sanggup berkongsi kasih. tapi sampai bila kan? betul x?

eqa ni manusia yg x boleh lari daripada sifat cemburu. eqa selalu menangis tiap kali eqa tengok profile fb dia bila gf dia bg ayat2 syg kt dia & vice versa. sakitnya hati eqa ni tuhan sahaja yg taw. tp bila eqa fikir eqa dh ada peluang nk rapat dengan dia eqa terpaksa tahankan juga. even kadang2 eqa rasa eqa diperbodohkan.

Tapi sampai satu tahap eqa betul-betul x boleh tahan & eqa bukan seorang yg kuat untuk lalui semua ini, eqa ambil keputusan mengundurkan diri. walaupun dia xkasi & dia ckp jangan buat mcm ni pada dia..tp eqa rasa eqa xmampu nk teruskan penipuan ini. banyak sangat sebab.eqa rasa hidup eqa macam x berkat sebab eqa rampas kebahagiaan orang lain. eqa rasa berdosa sangat. eqa takut b'laku hukum karma lagipun tuhan kn Maha Adil. jadi eqa memilih untuk mengundurkan diri walaupun jauh dilubuk hati eqa..eqa x mau tinggalkan dia..xmau jauhkan diri eqa dari dia sebab eqa terlalu sayangkan dia.tp eqa terpaksa.eqa terpaksa demi kebahagiaan dia dan pasangan dia.

Akibatnya sekarang

eqa menangis tiap kali melihat profile fb dia sebab eqa terlalu rindukan dia

eqa selalu terbayang-bayang muka dia, kelibat dia. teringat moment dia tunggu eqa bersiap-siap nk keluar pergi dinner dengan dia. dia tunggu kt kereta.kadang-kadang dia tunggu lama kt kereta. kereta myvi hijau. kesian dia. tp dia x kisah.ada satu malam tu dia sanggup temankan eqa pergi shopping kt jusco. that time dia baru je balik daripada hantar mak dia pergi rumah saudara dia kt kluang x silap. bayangkanlah..huhu tuhan saja yg taw begitu eqa hargai dia.

eqa tertunggu-tunggu message dia. tiap2 malam kot. kalau dulu dia rajin msg eqa. tiap kali nk tdo ada juga la dia bg msg kt eqa. x banyak kadang2 dua je. tp itu pun dh cukup buat hidup eqa sempurna. tp tidak lagi sekarang. selepas eqa memilih untuk berundur diri.mungkin dia menghormati keputusan eqa ataupun dia semakin melupakan eqa. hmmm entahlah. macam2 bermain kt kepala ni.

Kalau dulu dia selalu ambil tau pasal eqa. at least dia akan cari eqa kt fb. bila eqa online, nanti tiba2 je dia muncul kt ruangan chat tu. tanya khabar ke apa ke. tp kini tidak lagi. xtaw la kenapa.kadang-kadang ada juga eqa chat dengan dia. tp dia nk x nk je reply.so eqa pun paham la dengan situasi dia tu.

Totally dia berubah sejak dia beli kereta baru. dia beli kereta vios.teringat time dia nk beli kereta tu. time tu ktrg keluar makan roti canai. time tu la dia bgtaw yang dia nk beli kereta vios.oh sekarang sudah jadi realiti dia nk memiliki vios dan kini dia pun dh melupakan eqa. xpe. eqa terima :)

Lelaki kan..siapa yg x kenal dengan sifat mereka.mereka mudah untuk ucapkan sayang pada seorang perempuan dan mudah juga untuk melupakan dan mengabaikan seorang perempuan. xpe. eqa terima. :)

Eh. tidak juga. mungkin dia xmahu ganggu hidup eqa lagi rasanya sebab dia dh ada gf kn. jadi dia pun memilih untuk tidak curang dengan gf dia. bagus la macam tu. memang itu yg sepatutnya.

and eqa?

apa kesudahannya? eqa sendiri pun x dapat nk pk. mak eqa ada tanya sesuatu kt eqa..

mak : eqa, kau dh x kawan yea dengan si dia tu?
eqa: x mak. eqa xnak la ganggu hubungan orang lain. xbaik kn?
mak: oh.ok.mak cuma tanya saja.

time tu muka mak kecewa sangat. sebab parent eqa kenal rapat dengan parent si dia ni. dan mak suka sangat kalau eqa bersatu dengan si dia ni. tp malangnya impian mak eqa musnah. xpe la mak. lagi teruk kalau kita musnahkan hubungan orang kn? adalah lebih baik kita berundur dan insyaAllah ada jodoh eqa nanti. insyaAllah yg lebih baik dari yg sebelumnya. Tuhan x pernah kejam terhadap hambaNya. :)

mungkin sekarang tuhan sedang menguji eqa mak. tp mak yakinlah pada eqa. eqa ini anak yg kuat mak. mak jangan risau yea. insyaAllah mak..jodoh eqa ada. cuma cepat and lambat kita xtaw. eqa akan terus berdoa agar ditemukan dengan jodoh yg baik. mak jangan risau yea. mak jangan risau eqa xada pasangan sekarang. kalau mak risau..eqa lagi risau..kita yakin pada tuhan yea mak. insyaAllah. :)




maaf mak. eqa sedikit kecewakan hati mak. tp eqa punyai sebab yg sangat munasabah meninggalkan dia. harap mak paham & mak x menangis lagi sebab eqa. cukuplah sebelum ini mak menitiskan air mata mak sebab eqa terlalu degil xdengar ckp mak eqa bkawan dengan Mr.Sepet
Maaf mak.
eqa KUAT
eqa pasti xkan kecewakan mak lagi
doakan untuk kebahagiaan eqa mak
doakan kejayaan eqa dalam hidup
supaya eqa dapat balas balik pengorbanan mak terhadap eqa selama ini
eqa syg mak



-sekian-