Showing posts with label eQa ckp Sendiri. Show all posts
Showing posts with label eQa ckp Sendiri. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Pasal BOLA


Sapa tgok bola? Ha-ha, wa angkat tgn la mmg x tengok.. tgok TL kt twitter dh taw overall process.. kekeke





Ok, isu permainan hari ni PENGADIL berat sebelah, yg jd isu, PENGADIL tu drpd korea... so mula la peng-Anti KPOP seantara M'sia ni mengecam n boikot kt KPOP ni haa.. m'yumpah seranah kt KPOP... WHAT the dot dot dot?? (mls layan)



Entah apa-apalah. emo semacam pehal? sbb reff tu dtg drpd korea terus nk blame mcm 2? nk bashing x tentu pasal,, kutuk ngata, memkhinzirkan KPOP n sewaktu dgnya? Eh, xusah la,, game je pon.. taw x adil. tp x de reason nk kutuk teruk2 mcm tu.. EMO bebeno.. Eh, ke aku yg emo ni ? hahaha

Entah la suka ati korang la nk kutuk ke apa, nk emo lebih2 nt tkena kt batang hidung sendiri pulak. (:

Anyway, i wish all the best to our HARIMAU MALAYA!! xkisah la klu xmenang pn mlm ni.. sbb bkn slh korang pn.. reff tu yg dh disogok dgn tom yam seafood semangkuk & nasi goreng thai sepinggan.. nk buat mcm naaa~~ kla, bye!


Thursday, November 15, 2012

Kerja Aku Sekarang Cukup Membunuh

Gila
Bos gila
Aku pn ikut gila
Sekeliling aku semua gila
yg baca post aku ni pn bakal gila
Eh Eh xde xde xgila okay?

kekeke x psl2 xada orang nk baca blog aku yg kiut lg miut ni ha..




Hari ini, aku stress. Eh bkn hari ni la,,, sepanjang aku outstation kje kt KL ni, sumpah nk cite yg aku sgtlah stress.. kerja aku ckup stress. stress lg m'stress kn okay? hanya aku je phm betapa horror nya keadaan aku kt KL ni b'hadapan dgn kerja

  • Handle meeting sorang2
  • Handle user sorang2
  • Orang sedap cuti aku pakai cantik2 cun2 siap b'jubah semua, masuk office, jumpa client.
  • Duduk rumah, bukak mailbox, b'deret emel drpd bos. assign tugas tula nila. minta hantar kerja la apa la
Sapa yg nak ganti aku ni? cuba angkat tgn boley? huh! 

aku meluat meluat meluat.

ni mmg tahap kesabaran aku dh melampaui batas2 pergaulan ni ha.. yea, mmg aku x chantek kadang2, mmg x bijak selalu.. attend exam 3 kali pn gagal x lulus2.. tapi knp semua nk serah kat aku?? eh bkn aku je la yg terima nasib mcm ni. tudia haaa teammates aku kt office tu, programmer tu lg. lg dasat tempias yg bos aku lontarkan. HUH! nasib kami mmg mcm ni




Most family member aku suggest cari kerja lain.. why? eh xyah ckp sbb kot. please refer cite kt atas.. dorang risau aku xde life nanti.. boyfren? eh! mmg xdela. reason? ntah, tkot xdpt bg commitment kot. dh 25 jam kerja kerja kerja kerja kn? 

Eh, nk stop menulis bley? nk sambung buat kerja, esok ada meeting lg. GRRRRRRRRrr! aku nk bhenti kerja la wei !!!!


Bila stress tengok ... Jonghyun !


Ah! handsome (:



Tuesday, September 18, 2012

Flow of Life, no one can CHANGE it

Andai pahit, buanglah
Andai terluka, lupakanlah
Tidak perlu menunggu jika benar terbukti dia gembira dgn kehidupan barunya





wehuuuu ! *joget2 ah! xyah nk joget2 sgtlah-kan! xsedar diri dalam tu masih sakit, masih nk tunjuk-II happy pulak ! puihhh ! 

Op Op Op Op~ Oppa Gangnam Style~!


ala, nak buat mcm mana lg lah kan, org dh lupakan kita, org dh x peduli kt kita, boatpe kita nk hegeh-II kn.. xpa-II. the time not come yet. *kejadah apa tulis cengginih? huh!

ok, enough is enough .. Now jom serius

now, seriously i'm happy with my life, my flow of life. Actually awesome babe! but sometimes, i lost kejap . . kadang-II rasa xperlu happy begini sgt, sbb i still cannot find my true happiness.

Ya, i have a job rite now, maybe not my dream job, but boleh la setakat byr my JENAP roda empat tu, isokay lah kan drpd takdak income masuk langsung. .




Now bila i fikir i dah ada kerjaya, ada asset sendiri [rumah je i belom ada], terfikir pulak tanggungjawab sbg seorang wanita, eeeuuuw! cam skema.. puihhh byk-II .. i pasang harapan nk kawen sbnrnya.. okay, correction! i NIAT je kay, not more! Ha-Ha. eh serious apa, i nak kawen.. i normal apa? haha but i'm still not ready enough =)





i do love baby, cute tawu?


my friends ada yg still belajar lg, still mencari identity, they love to call me CAREER WOMAN. waha! geli u tahu? LOL.  kawan-II stop call me that way okay? please~~~ 



kalau u all nak tahu, kerja i ni gila sikit tahu? uh! siang mlm kerja, penah jgk plan nk resign, tp i ad sbb sendiri knp still kt company ABC tu lg . . Ha-Ha eh kekadang smpai i x dak masa langsung nk pk psl diri sendiri dok pk pasal kerja je. hurmm rindu sgt time belajar.. If the time can be repeated.....how happy i am ='(



now, i xperlu nak sedeh-II sbb rite now, i am really cool... i dh dpt terima hakikat kot . . sebab sekarang i sudah ada my jonghyun =) i love him more than i do. 



- I Love U so much!


Eh! sakit apa terus-II san ingt kt org yg xpernah nk ingt kat kita
So daripda terus-II san sakit n cedera, baiklah kita MELUPAKAN
ayuh! ku boleh
BOLEH!


Monday, April 9, 2012

Mimpi akan Beliau

I'm sending a pillow of thoughts to create wonderful dreams,
A blanket of care to comfort you all night & 
Prayer to protect until morning.
Gnite - from him 28/03/2012



sebaris ayat kau berikan, mengukir sejuta senyuman di hati
sedetik saat kau teringat namaku, mengukir sejuta tahun kebahagiaan di hati
terima kasih 


--------------------------------------##-------------------------------------

mimpi akan beliau.
serius,
rindukan beliau,
tersangat rindukan beliau
walaupun 1000 senyuman terukir diluaran,
namun xbisa mengubati kelukaan & kesedihan di dalam hati ..


beliau,,,
sentiasa ingt beliau
sentiasa rindu beliau
walaupun taw, beliau milik org lain
walaupun taw, mama selalu b'pesan
memaksa melupakan beliau & buang beliau dlm hati

kata-kata mama:
"kalau benar masih sygkan mama, tolong lupakan beliau"


apa yg harus aku pilih?
pastinya berkata pada mama,
"ya, sy dh lupakan beliau. x ingt pada beliau"


kerana apa menipu mama?
kerana mama yg melahirkan aku
perlukah beliau tahu penderitaan yg aku alami?
xperlu
kerana itu kisah silam kami
biar aku yg menanggungnya
aku rela biarkan beliau bahagia
bahagia sampai melupakan aku

knp rumit?
knp perlu terbit rasa syg itu pd mulanya?
knp?
aku terima
aku pasrah
kalau itu yg telah tertulis

beliau, 
cadbury chocolate,
teddy,
mashimaro,
hanger phone,
couple ring,
cs,
mcd,
jusco tebrau
and such
make me sick
make me damn miss
miss u

--------------------------------------##-------------------------------------

pernah terlihat,
gambar mereka bersama
bahagia
masing-masing gembira
tahniah
akhirnya kamu menemui kebahagiaan sebenar
SHE can give everything that i could not give to you

=)



 -Me, He & She-

talk to myself:
never mind, just continue your living, 
try to forget the past even it hard 
try to forgive yourself even you can't
try to believe the destiny tht had been written to you
HE, deserve to get BETTER than you
and YOU, deserve to get BETTER than HIM 
EVERYTHING happened 
have a story behind it
it take so long to figure out
but ONE DAY you may find it


eqa, HWAITING !!




mood - sambil taip sambil kesat² air mata, sedih  
(;_・)





Tuesday, January 3, 2012

Only one, just wish my birthday

For 2 years berturut-turut i'm not happy during my birthday unless sad and crying . last year & this year he not even wish for my birthday . why ? forgot ? i assume.




duhai cik hati,

sabar ya, 
sy taw kamu kuat
biarkanlah
dia memilih untuk melupakan kamu selamanya
never mind
you still have God, family and friend
who can take care of u more than him
cheer up
don't be sad

biar orang buat kita
biar dia merasa puas
biarkan semuanya
biarkan dia rasa bahagia skrg
jgn pernah kamu putus asa 
kerana itu ketentuan yg tuhan berikan kpd kamu
kamu kena terima walaupun perit untuk kamu telan seorang diri




to him,

sy xtaw apa yg buat awk lupa terus kat sy
walaupun kita x lagi mcm dulu tp kita masih kawan
kenapa ?
awk x pernah nk wish birthday sy ?
kenapa ?
awk x rasa ke apa yg awk buat ni kejam ?
sy pn punyai hati
[mengeluh]

sy x suruh awk ingat sy 24 jam
apa tah lagi kembali kepada sy
cuma
sy mahu awk wish birthday sy
sblm sy mati
itu permintaan sy
at least 
kalau awk wish sy taw awk ingat jgk kt sy
itu permintaan terakhir sy kpd awk





Wednesday, December 21, 2011

Aduhai cik hati




Dear cik hati,

usahlah kamu berduka,
usahlah kamu menangis,
tabah atas semua dugaan ini
memang cukup perit
cukup sukar untuk ditempuh

namun

hanya itu saja cara 
yg mampu dilakukan
biarkan saja kekecewaan itu
janganlah dipendam
nanti bisa merosakkan fizikan kamu

sesungguhnya masih ramai lg yg berhak terhadap kamu
jangan biarkan NILA SETITIK MENGHANCURKAN KESELURUHANNYA
duhai cik hati, 
sesungguhnya kamu kuat !
KUAT !!!


Wednesday, November 30, 2011

Cik Hati, mohon bersabar

Beratnyaaaaaaaaaaaaa !!!

entah dugaan apa lagi menimpa . . entah cubaan apa lagi yg harus ditempuh . . sentap hati tengok bahagia betul mereka sekarang . . moga smpai ke jinjang pelamin . . walaupun beraaaaaaaaaaaaaaat hati ni lihat kebahagiaan mereka

biarkan mereka bahagia
sebab itu yg mereka inginkan

biarkan mereka tersenyum
sebab itu yg layak mereka terima

biarkan mereka terus bersama
sebab itu memang jodoh mereka


chill eqa,,, dun sad too much . . dun cry again . . let pass be pass . . u have to be strong no matter wht happened and believe tht God is not cruel . . 



let him go
let him happy with her

eqa is STRONG
jangan tunjuk yg diri kita lemah


HWAITING !!!!







Saturday, November 19, 2011

Detik Febuari 2012

Yippy ~ yippppppppy

baru balik daripada interview . fuh debar2 perasaan ni ha . . 

belum habis belajar tp eqa dh dpt offer kerja kt company ^^

ohh~ bahagia~

syukran . rezeki ada di-mana2



start kerja 01 Feb 2012


alhamdulillah 


lepas kerja boleh fikir kawin pulak ^^


hahahahahahaha







Thursday, October 27, 2011

Maruku Depavali



Hai semua :)

sihat la yea semua . .  happy depa pd sape² yg menyambut . kita satu m'sia, so semua perayaan disambut . tp jgn lebih² sudah la yea . setakat memeriahkan sudah memadai . 


mlm raya masa tu u all ada dengar bunyi mercun dentam dentum x kt tmpt u all ? fuhh kt sini sampai nak gegar bilik ni haa . tinga telinga ni kalau ada mulut dh maki² dh . #xokbai bingiiiiiiiiiiiiiiiiiit gituh ! dlm hati, mungkin dorg halau hantu skali kot . eh, tu bukan org cina punya kepercayaan ke ? entah le .


tp bila d'fikir² biarkan-lah mereka , nama pun raya , kita satu m'sia #ayatskema so consider la sikit even dlm hati ni geram je . hehe . actually kesian jgk kt mereka² ni . sebab raya dorg cuti cuma sehari je . kalau kaum lain byk pulak cuti-nye haa . rasa x adil pulak kn . nak wt cm-ne , dh mmg cam-gitu . pollow je la


teringin makan maruku . tp xada kawan india la pulak . padahal melambak maruku jual kt kedai . tp nk jgk maruku depavali ni . beli kt kedai semua hapak² . sapa ada resepi yg sedap ? share kt eqa plissss :) eqa nak buat nih #semangatkonon . ooops bukan eqa tp suh mak buat . hahaha #xrajin




Sedap !!


fuhhh ! nak !!



mood ---------> mengidam






Thursday, August 25, 2011

Santapan di pagie hari




Senyum tak semestinya gembira

Menangis tak semestinya sedih
Marah tak semestinya benci

Dan berduka tak semestinya kecewa


Tanpa kita sedari, hakikatnya :

  1. Bukan mudah untuk melupakan malah bukan sukar untuk mengingati
  2. Jika memilih kepada kebahagian maka terciptalah satu ukiran senyuman yg indah
  3. Namun jika memilih kepada kekecewaan, hanya tangisan dapat mengiringi malam yg suram


Jangan menipu perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain . itu adalah HIPOKRIT







Monday, August 15, 2011

Rasanya i dah cukup matang kot nak kahwin





Pin pin... tumpang lalu sat . pagie nie nak story psl kahwin.. sapa x mo kahwin kan? ish semua orang nak kahwin . tp dh cukup sedia ke nk angkut tanggungjawab yg b'lori-lori tuh? kalau rasa x mampu lagi baik x yah . nanti susahkan org sekeliling!


kalau nk taw jgk Cik Aniey korunk tuh dah sibuk bising2 kt telinga anak bongsu dia sorg nih . blaja x habis lg mum~ rilex2 dulu . [pergggggh ! dlm hati kata nak kahwin je skrg! hahaha #gurauje] . rasa2nya kalau kahwin awal best ke? sbb skrg nih ramainya org kahwin muda . rasa diri ini mcm ahli #andartu pulak . padahal umo baru setahun jagung . #22tahun


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*###*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


bagusnya kahwin awal


#1 budget kahwin family support beb . full package gituh . duit hantaran, pelamin, makan damai, solek2, duit makan, berkat n etc semua kasi tanggung beres~ tinggal kahwin je . [kalau mak bapak kaya #gilerkentang boleh la .]

#2 dpt anak cepat . tu pun kalau Tuhan bg rezeki awal . bestnya dpt ank cepat bila kahwin awal nanti muka ank n mak x jauh beza pun . pandang sebelah mata nmpk mcm anak kembar . pandang 2-2 belah mata sebijik adik beradik gituh . ok, eqa tipu.

#3 bila tua nanti, tua pn x tua sgt la ank semua dh besar2 . imagine kalau kahwin lewat . contohnya kahwin umo late 30 [mintak2 dijauhkan] nanti dpt anak kecik . umo hampir lanjut dh . semput pn mulai terasa . nti x larat pulak nk menjaga ank tu karang


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*###*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


xbest pulak kahwin awal


#1 muka cepat matang . serius! most kwn2 eqa yg kahwin muka mereka maaakaii matured gila gituh . yg lelaki tu pulak perut awl2 dh ke depan . yela selera mkn mskn bini . popuan pon sme . badan x selimm cm ank dara dulu [ ini kes popuan x jg bdn lepas kahwin ]

#2 xpandai masak xpandai kemas rumah xpandai urus diri sendiri dengan sempurna lg . akibat? rumah tunggang langgang . [not me] 24 jam ajak makan luar je . bankrupt le camgini . belom nk beli pempers susu ank lagi . haaaa masak!

#3 kebebasan t'sekat, pudar hancur berderai . for those yg suka enjoy ngn kwn2, hang up ngn member2 kt warung2 mamak, tak usah la plan2 nk kahwin awal klu rasa bila kahwin nanti kebebasan disekat oleh bini or laki . escpicially for couple yg cemburu nak gila ! mmg pyh habis ! dah kahwin nak g mana2 kena la bawak bini o laki . klu nak keluar sorang2 tuh pandai2 ler kamu jwb sendiri ngn laki bini korunk tuh



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*###*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni x byk idea sgt . so 3 alasan bg setiap sub topik tu dh memadai la sgt untuk panduan dan tatapan di pagie hari isnin ni . kalau u ollz rasa nk kahwin sgt, p la kahwin . ikut hukum kalau cukup syarat wajib kahwin [bg yg mampu. yea x?] so senang cerita jom la kahwin ngn eqa je . hahaha ! ok, gurau je tuh






by the way, cik aniey u allz tu suka orang yg peramah dan mudah b'gaul ngn org . so itu tips untuk sesiapa yg b'minat! kahkahkah ! ! ! [gelak keliling taman]




Friday, April 22, 2011

Separuh Sedar setelah Disedarkan





salam jumaat semua :)

Hari ni tiba2 tangan & otak bg suggestion untuk eqa tulis entry pasal Islamic sikit.hehe boleh kn?eqa baru nk mencuba ni..hehe

eqa taw sekeliling eqa masing2 dh punyai pacar sendiri kn? gumbira melihat mereka bahagia dengan pacar masing2..insyaAllah eqa doakan mereka semua bahagia dengan pacar masing2..amin..amin..amin

Sayang manusia xsalah..tp haruslah berpada yea...[nasihat murni] apa maksudnya tu? mai eqa huraikan dalam ayat yg ringkas & mudah dipahami



->syg awek@pakwa boleh tp jangan lebihkan syg anda itu melebihi syg anda kepada Allah

->boleh nak rindu-rinduan dengan pasangan anda..nama pn pasangan hangat bercinta so memang la wajar 24 jam saling rindu-rinduan kn? hehe TAPI ingat..jangan lebihkan rindu anda kepada pasangan anda itu melebihi rindu anda kepada Allah

->Jangan telalu mengingati kekasih hati anda sehinggakn anda lupa terhadap Allah.lupa tanggungjawab anda terhadap Allah.lupa larangan Allah kepada anda.




eqa sampaikan pesanan ini bukan suka2..sebab eqa sedar..setiap yg berlaku dalam dunia ini adalah dugaan yang Allah turunkan kepada kita untuk kita selalu beringat & xlalai daripada melupakan Allah yang Maha Agung.

eqa sendiri punyai pengalaman di mana eqa pernah syg pasangan eqa melebihi segalanya.eqa meletakkan kasih sayang eqa kepada pasangan eqa d'tempat yg pertama. SUBHANALLAH. sesungguhnya eqa manusia yg selalu ALPA. :'(



eqa & si dia. jodoh kami xpanjang.hubungan hampir 2 tahun putus di tengah jalan. bulan 9 tahun lepas. eqa x boleh nk terima kenyataan & selalu menyalahkan tuhan atas semua yg b'laku. tp eqa x sedar yg selama ini eqa dh lakukan kesalahan besar iaitu menyayangi manusia melebihi segalanya.eqa meroyan.eqa mengamuk.eqa naik angin.eqa menyumpah seranah. SUBHANALLAH.eqa alpa.sehingga satu tahap eqa terus menyalahkan TUHAN atas segala yg berlaku..



TAPI

akhirnya eqa sedar. eqa memang salah. tuhan tidak pernah sekali KEJAM.tetapi tuhan sangat menyayangi eqa.eqa yakin.InsyaAllah. sebab apa taw x?

eqa semakin hanyut dengan cinta dunia. eqa terlalu menyayangi dia sehinggakan eqa lupa sayang eqa terhadap Allah.eqa alpa dengan cinta manusia sehinggakan eqa abaikan cinta eqa kepada Allah. eqa agungkan manusia melebihi eqa agungkan Allah.SubhanaAllah. cinta manusia membutakan iman manusia. sebab itu kami berpisah.sebab tuhan xmahu biarkan eqa terus hanyut dengan cinta dunia.tuhan nk tunjukkan kepada eqa erti kesedaran.SubhanAllah. cukup besar kuasa Allah.

sekarang eqa cukup sedar cukup yakin..jika kita menyayangi pasangan atau hubungan kita dengan manusia melebihi kasih sayang & cinta kita kepada Allah maka tidak akan berkatlah hubungan kita bersama pasangan kita.eqa belajar sesuatu dari kisah hidup eqa ni.

eqa teringat ayat2 eqa yg pernah eqa ucapkan dulu pada pasangan eqa

"saya x mampu hidup tanpa awak." <-xmampu hidup tanpa manusia? tp mampu hidup tanpa ALLAH? haaa kn sesat tu..:)

"awak segala-galanya bagi saya." <-manusia adalah segalanya? bukan Allah adalah segala-galanyanya ke? haaa kn sesat lagi tu..:)

"saya sayang awak sepenuh hati saya" kalau dh hati tu penuh dengan kasih syg terhadap pasangan, di mana ruang untuk kasih sayang kepada Allah? adoiii sesat lagi..



see? sedar x sedar cinta buatkan kita hilang arah & hilang pedoman jika kita meletakkn kasih syg kita kepada manusia melebihi kasih sayang kita kepada Allah. sapa setuju sila angkat tangan mcm UCOP WILCHA :)

Syukur sebab Allah masih menyayangi eqa even eqa pernah abaikan sayang eqa kepada Allah..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang :)






p/s: kita rasa menyesal sebab kehilangan cinta manusia. TETAPI ingat.kita akan b'tambah menyesal jika kita kehilangan cinta Allah yang AGUNG.




current condition : menyesal

Tuesday, April 12, 2011

semangat b'BLOG mengalahkan semangat 1 Malaysia


alohaa :)

mata eqa merah sudah..mulut ni dh menguap hampir 44 kali 'setart' dari jam 1 pg..APA? kul 1 pg dh ke? ALAMAK xperasan.

Hari ni sanggup spent masa dgn blogger2..lama x jenguk2 mereka semua..intai2 cerita & p'kembangan mereka..

macam2 kisah & ragam...ADa yang :

tengah migrain
ada cerita pasal gangguan sEx di train..0ops !
ada yg REQUEST kt mummy nak makan lempeng

mcm2....

yg paling best hari ni

blaja buat cursor kt blog. haha sounds funny...sbb eqa baru je rajin nk jenguk2 menda2 ni..padahal menda ni dh b'KURUN kot...almaklum...busy b'praktikal..(alasan je tue)

xpe la at least eqa CUBA kn?

dengan ini eqa dgn BANGGAnya (xelok tanam sifat ni dalam diri) mengumumkan bahawa HARI ini eqa b'jaya menambahkan keBERATan blog eqa ni dgn memasukkan element2 yg xBerapa nk PENTing..

xpenting tp bg eqa ia satu KEMESTIAN...user friendly katakan..:)

hari ni byk jgk blaja benda baru..bace coding memanjang..haha..xpe2..ILMU itu b'HARGA..

Jenguk2 rakan blog sudah...blaja coding sudah..update entry sudah..skrg mata b'sedia untuk melabuh tirai..ESOK ada pendaftaran subjek untuk next semester...waktu pendaftaran mesti kami berebut2 nk masuk section yg d'PLAN...kalau penuh..merenung ke LUAR jendela la nampaknya..yela..t'PISAH dgn kawan2..x ke sedih bunyinye tu kan?

OK! time to

bangun dari kerusi tmpt eqa duduk.
NEXT shutdown laptop
NEXT tutup segala suiz di bilik komputer
NEXT cuci muka, gigi, kaki, tangan, pipi & sebagainya
NEXT masuk bilik tutup lampu
NEXT terjun KATIL
akhir sekali
TUTUP MATA.

-nyte-


Sunday, March 20, 2011

Mahukan peluang ke-2

Kalau ada peluang ke-2..


eqa nk jadi seperti pokok yg tumbuh d'atas bukit d'kawasan yg luas & xad tumbuhan lain...terasa sunyi, nyaman, aman, damai, tenteram tanpa gangguan daripada tumbuhan lain....walaupun hidup sunyi tetapi diri tidak d'ganggu dgn masalah2 yg rumit & memeningkan.


eqa nak jadi seperti anak patung yg mampu memotong kepalanya sendiri tanpa perlu minta bantuan drpd org lain...hidup hanya menyusahkan diri sendiri & tidak menyusahkan orang lain.


eqa nk jd seperti burung yg mampu m'bawa diri ke mana saja ia inginkan tanpa ada halangan drpd burung lain....ia boleh terbang beramai-ramai atau boleh terbang sendirian....bila ada masalah..burung akan terbang b'sama masalah t'sebut kemudian masalah pun hilang d'bawa angin.



eqa nak jadi seperti cartoon yg sentiasa m'gembirakan penduduk alam semesta....sentiasa t'senyum dan ketawa xkira masa & tempat.



eqa Xnak jadi seperti diri eqa sekarang...menanti sekeping hati yg x pasti m'jadi milik eqa lagi...dan akhirnya sekeping hati t'sebut habis & hancur kerana t'lalu t'luka sehingga eqa nk buang bekas hati tu...x ingin eqa simpan buat pekasam...kerana ianya sungguh MENYAKITKAN



eqa Xnk jumpa dgn Mr.sotong....eqa nk putarkn semula waktu...nak kembali ke zaman dulu...eqa x nk ada hati pada Mr.sotong...xnk jatuh cinta kt dia...xnk rindu kt dia...xnk suka kt dia...walaupun dulu dia baik...sgt baik...tp manusia sesaat saja boleh berubah...eqa xnk ada hubungan dgn Mr.sotong kerana dia t'lampau MENYAKITKAN hati



eqa Xnk jadi pinggu yg selalu sedih & menangis bila b'laku sesuatu perkara...eqa xnk jadi lemah...eqa nk jadi KUAT..eqa xmau menangis lagi..eqa xmau jd perempuan yg hobinya suka menangis 29 jam...eqa xmau..eqa mahukan PERUBAHAN


Kalau boleh, esok eqa bangun tido..eqa nk lihat PELUANG KEDUA t'sebut muncul d'depan mata.
Sesungguhnya eqa betul2 INGINKAN peluang ke-2 t'sebut

-chill-

Wednesday, February 16, 2011

Her Name Is Auni Batrisyah If I'm Not Mistaken :D

Budak kecik sorang ni nama dia auni. bila dia start b'cakap, semua orang x boleh nak tidur. she is so cleaver and cute. semalam dia merengek ajak pergi jalan-jalan. Mana lagi tempat kesukaan dia kalau x Jusco & Tesco.


Hanya untuk pengetahuan, budak kecik ini mmg pantang d'offer untuk b'gambar. memang cukup gedix.

Sibuk dia merengek nak makan kek. baru 2 tahun lebih dah pndai mintak itu..mintak ini. =..= kek favorite dia kek strawberry. kalau x tunai permintaan dia, satu hari merengek & bad mood. sigh~


Gambar ini ihsan dari laman carian google :)

Budak kecik ini memang cerdik. Abang dia [hazmie] beli kasut but bola. Budak kecik ni nak jugak pakai. malam td dia sibuk sgt nak pakai even kasut 2 besar. ketak..ketuk..ketak..ketuk..dia jalan. siap pakai kelengkapan penuh tue! b'stokin lagi. stokin 2 panjang. bile dia pakai, dh macam pakai seluar. =..=

Baju yg dia pakai dlm gmbar kt bawah ni, dia baru beli smlm. kerja dia kalau pergi jusco or tesco mesti minta ibu dia baju la..seluar jeans la..bila offer skirt, dia x mau! sebab? dia sorg je anak perempuan. yg lain semua laki2. kira ini alkisah Awan Dania la. ikut perangai abang2.



Si Auni memang pantang nampak kamera. she will start the actions :D


Sedang mengaji

Time picture ini, dia tengah tunggu ayah dia turun dari kapal terbang. her daddy kerja dekat sarawak. 2 minggu kerja 2 minggu cuti dalam sebulan. kesian, t'paksa bjauhan dengan daddy dia :(


she is so hot

practice singing


buat drama babak ditinggalkan kekasih :D


to Auni : Ucu sayang kt kamu ♥

maaf kualiti gambar tidak memuaskan. belum mpunyai fulus yg cukup nak beli kamera nikon coolpix so t'paksa la guna kamera cap ayam punya :)


Monday, December 6, 2010

Gantung

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Reff:
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih...

Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Back to Reff

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Saturday, November 6, 2010

Ku Undur Diri




♥ Alasanmu ♥



Ikhlasnya hati sering kali disalah erti
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Ku mengalah,ku bersabar
Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diriku ini dengan dosa
Ku tinggalmu walau tanpa kerelaan yang nyata
Kau tidak berubah
Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu semenjak dahulu
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu