Sunday, January 23, 2011

Find Me ASAP


Pengenalan

Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.

Jenis Pelan Had Sepanjang Hayat Kriteria

Plan A
RM50,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B
RM100,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C
RM50,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*
Plan D
RM100,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*


Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?

Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti

Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?

Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.

Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan : 15 – 49 tahun.

Friday, January 21, 2011

- Saya Syg Mr. Azuan Lebih :) -

Semalam cuti thaipusam. 2 hari sebelum tu eqa dh plan BAIK punya dengan Mr. Azuan nk jalan2 buang duit sama-sama..haha..eqa gian nk b'shopping~ serius! lama sgt dh x pergi shopping. :) Mula-mula 2 Mr. Azuan ni ckp On je..dia follow je kalau x ada apa2 hal..eqa dgn semangatnye nk b'shopping,..cepat2 eqa iron baju..prepare duit nk bwk pergi shopping..hihi..

Tunggu punya tunggu...Mr. Azuan tiba-tiba buat cerita sedih..:( xdpt teman la pulak..sebab dia kena pergi BP atas urusan family.. :( huwaaa meradang eqa..terus memuncung whole day! haha entah pape! mcm budak kecik je..Mr. Azuan msg eqa buat x layan je..haha..(sowie yea Mr. Azuan)..


Punya la prihatin si Mr. Azuan ni..sanggup dia balik pontian cepat2..semata-mata nk teman eqa..ishh kesian la pulak..mana xnye..dia otw balik pontian dri BP pada jam 7:30mlm..sampai pontian pada jam 8:30mlm..[1 jam je wooo! gila laju dia drive!] sampai je rumah, terus bgerak pergi PN pada jam 8:40mlm..[10minit je rest] untuk jemput eqa..hahaha..suke2..:) kesian pn ada..


Time otw g Jusco..Mak aiiiii..laju betul! rasa x cecah punggung kt sit kereta dia..bayangkan..cuma amik masa kurang 6 minit je dari PN->Jusco bukit indah..Alasan Mr. Azuan, "takut xsempat eqa nak shopping nanti..takot jusco tutup" hahaha..comel la Mr. Azuan~


Hihi..dalam keadaan penat sanggup juga dia teman..eqa kalau shopping? xada sorg pn yg larat nk teman..pusing satu jusco cari baju..kasut..handbag..semua x minat..last2..pusing2..Mr. Azuan surrender duduk kepenatan~hahaha sowie lg~

eqa : "Ok Mr. Azuan..kita pulang ya..tp sebentar..mau cari barang sikit je lg.."
Mr. Azuan : "Ok."

Tiba-tiba..bunyi satu suara..yg memberi arahan Jusco akan ditutup 5minit sahaja lg..hahaha kelam kabut..Oke..sudah dpt barang yg diinginkan.."Kita pulang ya Mr. Azuan..kesian dia..Keletihan melayan karenah saya ^^

eqa :"Tp sebelum kita pulang ke rumah masing-masing..eqa haus la~Jom beli air~"
Mr. Azuan :" Ok..kita cari air."

Hihi..setelah hajat semua tcapai pada hari smlm..kami pulang..Double credit to Mr. Azuan sbb teman eqa walaupun dlm keletihan..sayang kamu lebih ^^

❀ ✿ ❁ ✾ ✽ ❃ ❋
❀ ✿ ❁ ✾ ✽ ❃ ❋