Friday, December 12, 2014

Suamiku En. Programmer

Salam Jumaat, salam keberkatan, salam persahabatan.

Tahniah Malaysia krn bjaya mara ke final #AFFSuzuki2014. malas nak cerita panjang psl bola ni sebab bkn nye minat sgt pom. arini nak celoteh sikit psl laki kita ni ha. bukan nk mengumpat, tp cuma nak luahkan apa yg tbuku dihati.

Suami eqa kerja sbg seorang pengaturcara sistem. atau dalam englishnya Programmer / System Analyst kt salah sebuah syarikat. dulu kami bekerja dibawah satu bumbung. so pertemuan & bibit cinta pon bermula di situ lah. kalau you all mengikuti blog eqa sejak azali lagi mungkin dh familiar sgt cerita disebalik syarikat tmpt kami bekerja. to be specified, "tmpt bekas eqa bekerja" One of the reason eqa keluar drpd company tu sbb eqa xtahan dgn management. juga x tahan dgn workload yg dorg bg dlm satu masa. Untung kami laki bini kerja under company yg sama so boleh la phm.

Cumanya, lepas eqa resign ni eqa sikit diuji lah. so eqa dpt rasa apa family org lain rasa bila suami / isteri dorg 24/7 bekerja non-stop then workload bertimpa-timpa sampai nak luangkan masa untuk kita pon kurg. bulan ni hubby sgt busy. handle 2 project dlm satu masa. deadline semua nk cpt. kan gila namanya tu. They should learn from past mistake. sampai ada staff dorg yg eksiden. yg sakit x pyh ckp la. sakit batin, sakit fizikal. semuanya ada. complete. apa punya management la mcm ni. lepas tu sibuk pick point org lain, padahal salah sendiri. ish! geram pulak aku lah 

Harini dh masuk minggu kedua dah. tapi x shopping barang rumah lg. tu pun beli sikit-sikit kt kedai runcit. bila ajak hubby pegi katanya byk kerja nk disiapkan. oklah kan. sebab kesian kt dia tkot kerja dia x siap so eqa ckp la "kita pergi lain kali tunggu awk free" dia pun setuju. tiap mlm tido lewat. balik uma bukak laptop sambung buat kerja. stressnya la haiiiiiii kita ni laki bini bekerja. kt rumah je bole jumpa tu pon bape jam je pastu kul 10 tido dah.

Nak dijadikan cerita, semalam. dia ada inform yg dia byk kerja nak kne deliver cpt. then byk lg benda x cover. eqa tye la nape task ni x buat awl2 kenapa esok dateline harini baru nk buat. dia ckp xde org bg arahan kena buat. SEE?? nmpk x? management !!!!! eqa mmg sangat mrh dgn management company tu. eqa kerja situ so eqa tau permainan dorg. ok la xpela eqa ckp dgn dia. dia ckp dia mungkin balik lmbt. xpayah masak katanya sbb dia pon x tau balik pukul  berapa. so eqa pon okay jela.

Dah makan dh kemas rumah dh basuh baju semua eqa tgok jam dh pukul 11. eqa xlarat nk tunggu dah. eqa pon upload satu status kt fb


Xlama lepas tu hubby pon wassap mintak maaf. eqa mls nk layan perasaan merajuk nih. eqa ckp "awk smbung la kerja awk tu tkot x siap nt" eqa pon dh x larat sgt & mengantuk. eqa baring dgn niat nk lelap tp x boleh tido. eqa ni susah sikit nk tido kalau duduk rumah sorg-sorg. mcm-mcm pikir. last-last tetido jgk.

Pukul 5 pagi eqa tsedar mcm ada org kejut. eqa tgok sebelah, hubby xde lagi. eqa turun bwh (sbb rumah double story, turun naik tangga) sbb sangka hubby ttdo kt sofa bwh. eqa tgok x de org, eqa jengah kt luar kereta dia x de lagi. sah x balik lg. 5 pagi okay! 5 pagi !!!! eqa naik atas balik dgn keadaan yg sgt sakit hati. rasanya nk roboh tangga uma tu eqa kerjakan. eqa capai hphone eqa kol. baru sekali ringing dia angkat. eqa tye lah kt mana, dia ckp masih kt office. dh nak balik katanya. eqa terus letak sambung tido.

Dekat pukul 6 camtu dia pon smpai umah. dia kol katanya suruh bukak pintu x bawak kunci. mrh bertingkat-tingkat nih !! nasib baik la kau tu suami aku kan. kalau org lain mmg aku dh amik cili aku gonyoh kt mulut tuh. Kononye dia cuba memujuk. eqa pon mls la nk panjangkan isu ni dgn harapan benda ni xkn tjadi lg. lagipun bkn selalu dia mcm ni, cuma bulan ni je byk kerja sgt katanya. sabar jela. eqa bangun terus buat bf sbb eqa kalau mrh 2 benda je eqa akan buat. 1) Masak 2) Makan

Hope sgt lepas ni he can learn from mistake. He should notice that he is not single anymore. dia x risau ke tinggal aku sorg-sorg kt uma? smpai ke pagi sorg-sorg kt rumah. eqa harap ada la sikit perasaan dia cmtu. eqa xmarah hubby sepenuhnya. tp eqa sgt marahkan management. suka buat / bg tugasan last minute. then kena deliver time tu jgk. eqa pernah kerja dgn dorg so eqa tahu keadaannya.

Last but not least, i remind those yg suka menyusahkan semua org tanpa memikirkan perasaan org lain. jangan disebabkan nak kejar nama, kejar wang ringgit, kejar projek sampai kne mengorbankan kebahagiaan org lain. kalau sekali xpe. ni berkali-kali. apa perasaan isteri / suami / anak-anak ? jangan nilai semua org adalah sama. kita bekerja untuk Allah bukan untuk bos kita yg 24/7 fikir nak kaut keuntungan. please learn from MISTAKE. your OWN PAST MISTAKE okay??

Thank you

Sibuk menjaja nama, tapi dalaman, hanya aku tau keadaan kt dalam tu. dalam fb bukan main lg nmpk mcm excellent sgt. tp hakikatnya, hanya tuhan sahaja yg tahu. jangan sampai company ni bankrupt disebabkan doa-doa family yg merana & berkecil hati. Jagalah kebajikan STAFF anda. cukuplah anda "BOGELKAN" staff anda demi kepentingan anda semata-mata. Dimana Bumi dipijak disitu Langit Dijunjung. 

Wednesday, December 10, 2014

Life : Pengalaman Bersama Anasir Jerawat


Hi readers,

Harini eqa ada something nak share kt semua. Tadi pagi waktu eqa dlm bus ramai sgt manusia. sampai bhimpit laga-laga bahu. bisik dlm hati "bilalah nak smpai ni". Sesampainya di satu pitstop, bus ni dropkan passenger. mata bulat eqa tpandang seorg prpm tgh tgu bus. eqa assume dia tunggu bus lain kot. tapi apa yg buat eqa tsentap lepas eqa tgok muka dia. penuh jerawat. huhu tetiba eqa teringat. sebijik mcm keadaan eqa dulu kala. hati eqa bbisik lg, "mungkin dia rasa apa yg aku rasa dulu". FYI dlm byk-byk bhgian kt badan ni, part muka paling penting bg seorg wanita. 

Dulu muka eqa mmg teruk habis. lagi teruk dari budak eqa nmpk tadi. 2 kali muka eqa kena jerawat teruk. yg first time kena tu xtau lah puncanya apa. tu memang teruk sampai muka kena kerumun dgn lalat sbb berair n bnanah. tengok, ngeri kan? bace je dh rasa seram kalah cite Annabella. mak hantar pegi berubat. berubat kt seorg perempuan ni. tp skrg arwah dah meninggal (Al-Fatihah). muka eqa kena sembur dgn sirih & putik nangka. selama seminggu. seksa time tu. tapi nak baik punya pasal, relakanlah. Tapi lama-lama, lepas berpantang semua alhamdulillah muka eqa elok sikit. bkurang sikit cuma tgl bekas-bekas anasir jahat tu. udang & sotong musuh paling ketat, perlu dijauhkan ketika bpantang. 

Benda ni berulang untuk kali keduanya pada tahun lepas. awal tahun camtu, x berapa nk ingt. tiap kali masuk office, bos tegur. bos eqa ni mmg kategori lazer sgt. memang bila tegur tu jgn harap nk bertapis. since scope kerja eqa ni kena always jumpa user, attend meeting dan sewaktu dgnnye sebab tula dorg concern. sebab nk jg image dorg jgk sedikit sebanyak. dalam kepala ni duk pikir siang malam apa punca benda ni dtg balik. langgar pantang ke apa? kali ni jerawat byk tumbuh dekat dahi. so eqa assume kulit eqa kalah dgn aircond. sebab bila balik kerja muka mesti berminyak. dorg kata, salah satu punca sebab kulit berminyak sebab minyak tu akan tutup rongga-rongga di kulit muka so jerawat akan tumbuh. ye ye ooooo je. 

Mula-mula tumbuh sikit je atas dahi, tapi tangan ni gatal habis, sbb malu pye pasal ada tombol besar gajah kt dahi so eqa picit kasi jerawat tu kecut. happy la sekejap. tapi esoknya tumbuh lagi banyak. ah sudahhhh! dah menggelabahhh. mcm-mcm cara eqa beli siap minum herbalife (minum sbb bdn gemok. nk kurus) beli mcm-mcm ubt jerawat kt farmasi, pergi jumpa doktor & sewaktu dengannya tapi x menjadi. makin byk & paling scary sbb benda tu dh merebak sampai ke pipi n dagu. 

Waktu tu tuhan je yg tau. memang down habis. malu nak keluar rumah. malu nk pergi kerja sbb org asik tanya je kenapa, kenapa, kenapa. huhuhu. sampai satu masa tu, family eqa bwk pegi berubat cara kampung. eqa berubat dengan sorg makcik ni. dia ni pakar resdung. cara perubatan dia melalui asap. habis berasap-asap muka eqa ni ha. lepas tu kena minum air ubat dia. ya allah nk telan ssh btl. nak berubat punya pasal. lepas tu dia bg ubat. dia bg bedak sejuk & telur. tiap malam sblm tidur kena sapu bedak sejuk bercampur dgn putih telur ni kt muka. ya Allah you all bayangkanlah. putih telur okay !! putih telur!! hanyirrrrr. tiap kali sapu tu mual memanjang. rasa nak muntah sbb hanyir. tp nak buat mcm mne. namapun berubat. makcik tu kata eqa kena resdung kulit. lama jugak eqa berubat dgn makcik tu dekat 2-3 bulan camtu. tapi x surut pun. ble sapu, esok pagi nmpk kurg sikit. tapi 2-3 hari tumbuh balik. :'(


Waktu tu mcm-mcm perasaan jahat sibuk berbisik. siap terpikir diri ni x laku lagi la.. akan jadi anak dara tua la apa lah.. kelakar. hahahaha tapi waktu ni lah tuhan dgr doa eqa selama ni supaya pertemukan eqa dgn insan yg btl-btl ikhlas nak jaga & syg eqa. Alhamdulillah. beliau muncul juga. dalam saat muka tengah serabut mcm tu, kebahagiaan mula dirasai. Hehe. TAPI !! muka masih mcm ni. kesian kt beliau. muka gf dia teruk mcm ni. tak malu ke nak bwk jumpa family dia, bwk jumpa kwn-kwn dia semua. dia okay je. dia ckp dia ikhlas terima seadanya, rupa paras tak bawa apa-apa makna dlm diri dia. ha gwituuue. ayat sgt drama ! 

Tapi eqa tetap wujud perasaan malu nak bhadapan dgn family & kwn-kwn dia dlm pada saat muka eqa sebegini rupa. buntu dalam kepala. tak tahu apa lagi harus dilakukan. sampaikan eqa beli satu set Safi Rania Gold. sebab percaya kt Che Tah. hahaha. berhabis duit gitu je, jerawat masih x hilang. sampailah pada satu masa eqa on fb. time tu tgh famous pasal bedak Nora Danish tu. Bedak Sejuk Tanaka. extract daripada kayu tanaka. eqa tengok byk testimonial positif-positif belaka. kebetulan pulak kwn kt blog ada jual bedak tu. eqa pun order 1 dengan dia. eqa order kaler hijau (limau) mmg khas untuk kulit berjerawat. eqa pakai tiap malam sebelum tidur. jerawat masih ada lagi. 


Lepas tu eqa pakai lagi & eqa stop pakai Compact Powder jenama Pixy. then eqa tukar pakai Compact Powder Silky Girl. eqa pakai lagi bedak tu tiap malam. Alhamdulillah. eqa tarik nafas lega sebab memang jodoh eqa dgn Tanaka. Syukur alhamdulillah dgn izinNya, jerawat hilang. start daripada tu mmg eqa x pakai dh Pixy sbb bedak tu la punca muka jerawat. bukan eqa sorg je yg kena, ada org lain senasib dgn eqa. boleh tengok sini PIXY!! dan eqa start guna full set Safi Balqis start dri pencuci muka, toner, scrub, pelembab, serum, krim Alhamdulillah. itu jdohnya dan eqa kekal dgn product Safi Balqis sampai ke hari ini. Alhamdulillah. kalau jerawat tumbuh tu pun satu dua sbb nak period. hehehe.



Dan yg paling osemnya beliau kini suami eqa yg sah. hahahahaha. Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Sebelum kita nak dapat apa-apa kebahagiaan pastinya kita akan diuji dgn bermacam bentuk dugaan. contoh paling dekat cerita kt atas tu. hehehe. 

Okay lah. rasanya pada sapa-sapa yg masih mencari solusi cmne nk hilangkan jerawat boleh la try product Tanaka tu ye. sgt digalakkan. hehehe. Dan jgn lupa harus sentiasa berdoa kepada Allah memohon dipermudahkan segala urusan. Kerana hanya kepadaNya kita meminta pertolongan.

-Tamat- xoxo