Monday, November 30, 2015

MOM-TO-BE : Mommy Sickness


Hi readers!

Alhamdulillah, I akhirnya baru recover daripada sakit pinggang. 2 minggu I tahan sakit. Syukur, 2 hari lepas my mom bawa pegi berurut. So betulkan mana yg patut. Betul la sangkaan I, pinggang I tergalih (tersasar daripada landasan sebenar).

Ok then, biasala I ingatkan dah takde pape dah. Sekali tu, I baru nak start my sickness. Yang funny part nya, I mabuk bila masuk office. I tak boleh la bau kt office tu. I benci gila! busuk habis. Hidung I la kot. I tengok dorg semua relax je. Tapi babe, serious bau dia memang menangkap menusuk habis lah. Apa yg I boleh buat, I tonyoh (letak minyak kt area hidung pastu gosok2) so hidung I cuma bau minyak je. I tak tahu camne nk survive untuk masa-masa akan datang. Takkan tiap kali nak mcm ni kan? huhuhu

I rasa nak stay kt rumah je. Berehat kat rumah so takyah pikir apa-apa and bau macam-macam yg pelik. Lagi tadi I sibuk kira jam je. Bila la nak balik. Takpe la sabar je la kan nak buat camne.

Oh ya, before i ended by entry,, I nak ucapkan Takziah kepada Yus Jambu. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah



Sunday, November 22, 2015

MOM-to-Be : Mommy dengar Jantung

Hi all!
This is a very tough week. On 19, I ada 2nd appointment dgn my doctor nk scan sekali lagi. Tp before jumpa Dr tu, sehari sblm tu I ada sikit minor incident. Pinggang I tkehel time I tgh syok gosok gigi kt sinki toilet. Dia punya sakit, perit habis. Sampai ke harini I still blom fully recover.

Ok la. Mybe I tlampau penat sbb dlm seminggu ni jadual I penuh dgn outstation. So I kurg rehat. Tapi nak buat mcm mne kan, nama pun cari rezeki. Untuk family I juga so I anggap ni satu dugaan buat I.

Kita tamatkan cite sedih, now cite hepi sikit. Waktu appointment tu, I pegi dgn husben I lepas magrib.  Husben I duk papah I sbb mmg tak larat nak bangun and bjln. Tapi I gagahkan jgk demi baby. Tp syukur sgt sbb kt klinik tak ramai pesakit. So I tunggu kejap je la. Then Dr bwk I and husben ke tempat scan.

Kali ni baby sgt la liat nak tunjuk rupa. Punya la lama Dr godeh2 baru la jumpe. Then Dr cari jantung sbb nk dgr denyutan jantung dia. I yg tgh sakit pinggang mcm ape ni, lepas je dgr bunyi jantung tu, hilang rse sakit sbb hepi gile! Mcm2 perasaan ada. I tgok husben, muke hepi tak ingt dunia. Hehehe. Lepas settle scan tu, Dr buat kira2 balik bila waktu due I n usia kandungan I skrg. Since tadi waktu scan nmpk bentuk baby agak jelas, so Dr decide usia kandungan I masuk 2 bln atau secara accurate nye 7 minggu 4 hari. Tersasar agak jauh drpd last appointment punya kiraan. Kalau ikut kiraan first appointment, kandungan I skrg masuk 9 minggu. Takpe la. I tak kisah semua tu. Apa yg penting baby I sihat dan selamat. Alhamdulillah.

Sekarang I masih lagi struggle dgn sakit pinggang I ni. Smlm Husben bwk I pegi klinik. Tp since I pregnen so Dr tak boleh nak buat apa. Even nk xray pun tak bole. Apa yg bole Dr nasihat suruh I banyak berehat and jangan lasak sgt. InsyaAllah semua akan okay. I kne yakin! Btw, thanks so much to my husben sbb dia yg buat semua kerje rumah tmasuk kemas, masak, basuh baju dan segalanya. Bersyukur sgt sbb tuhan kurniakan I seorg suami yg ringan tulang. Thanks syg

Okay la. take care everyone. Bye. Xoxo


Thursday, November 12, 2015

Alhamdulillah, 2 Tahun Baru Rezeki Kami


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Hanya itu yg mampu diucapkan sampai ke hari ini. Sesungguhnya tidak ternilai rasa syukur ke hadrat Allah atas kurniaan rezeki yg paling terbesar dan bermakna pada aku.

10/11 - 2015 , cuti hujung minggu hari Deepavali. Seperti kebiasaan, kami memang suka habiskan masa kt rumah, memandangkan kesihatan i pun tak berapa nk mengizinkan untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Both dah plan , nk pergi Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9, plan nk buat regular checkup. Before ni penah buat checkup kt sini sbb batuk teruk. Since ubat batuk i pun dah hbis, so plan mmg nk amik ubat batuk lagi la sbb ubat batuk kt klinik tu paling serasi so far.

Okay, nak dijadikan cerita, both pegi klinik tu lepas lunch sbb expect tak ramai org. Sekali tu, klinik dah tutup. Rupenye dia half day je sbb cuti Deepavali. Takpe la. Tak de rezeki ktrg. Kita pun gerak balik and plan pegi klinik kt depan rumah kami. Sampai je Klinik, memang rezeki I. Sbb receptionist tu ckp Klinik ni sampai pukul 3 ptg je lepas tu tutup. Alhamdulillah.

I nak bagi pengenalan sikit kt klinik ni. Klinik ni namanya Klinik Perdana. Di mana doktor yg merawat adalah kembar. perempuan dan mereka sgt caring, cantik, prihatin, dan sebagainya. Memang ni one of the Klinik yg jadi favorite I.

Husben I pesan, tak payah check pasal batuk. Tapi check psl hal perempuan I. Sbb lately ni I asik bleeding je. I assume I period. So I tak pasti, tu yg plan nk tanye Dr. Masuk je bilik Dr, that time I sorang. Tak kasi husben I ikut sbb I tkot Dr tu segan nk cerita detail pasal hal perempuan ni if husben I ada skali. Actually, husben I yg segan! hahahaha!!

Lepas I cite masalah I, Dr terus ajak I scan rahim. Start je scan, dia nmpak something. Dr tu tetiba ckp camni kat I...

"Eh, awak bawak baby ni datang Klinik saya. Ni ha baby nya. Nampak tu karung ni." - sambil tunjuk-tunjuk kt screen scanning tu. I yg blur, yg that time fikiran entah ke mne sbb shock, buat muka blur !

I cakap kt Dr ni kenapa main-main camni. Dr tu sampai ckp camne nk buktikan kt I eh. Sbb masa scan tu mmg tak jelas sgt sbb I baru lepas pegi toilet. hahahahaha. So samar-samar. I tanya la kt Dr, kalau tak pregnen tak de ke karung tu. Dr tu siap gelak tak sudah. mesti la tak de eqa oi! Dr bgtau suh  buat Pregnancy Test (UPT) nak double confirm. Tp Dr tu ckp mmg dah confirm pon. I dgn kesengalan I tanya kt Dr soklan yg ntah pape. I ckp, possible ke bile scan nampak karung, tp ble test UPT negative?. Dr tu gelak lagi. dia ckp belum penah terjadi. hahahaha

Ok, before keluar pegi amik sample urine, I mcm duduk kt awan. Tp Dr pesan jgn bgtaw husben dulu. tunggu check urine dlu baru bagitau. I tak pandai kot nk buat muke fake. I tak pandang langsung muka husben. Terus g toilet. 

Selang 10 minit, I masuk balik bilik Dr. Before duduk tu I jengah la UPT tu. I tgok 2 line. Dah sah la kan. Plus Dr tu ucap Tahniah. Satu Klinik termasuk receptionist ucap tahniah. hahahaha I tak leh nk ckp apa dah. mmg tgolek kt bilik Dr. I memang tak pikir apa. Pikir satu je camne nk inform husben I. Hahaha. Happy gila tuhan saje yg tahu. Dr pun terangkan la dari A sampai Z apa kne buat semua-semua tu. That time, mcm masuk telinge kiri keluar telinge kanan. 

Keluar je bilik Dr, I peluk la laki I. That time mmg tinggal ktrg je kt Klinik tu. Laki I dah dapat agak sbb dia curi2 dengar kt pintu. Sabar je la. Baru nk surprise. hahaha tapi tak surprise mane lah sbb I mmg tak pandai nk buat surprise. Dengan over lagi, mmg fail la. 

Alhamdulillah, hampir 2 tahun baru rezeki kami. Sepanjang 2 Tahun ni mmg byk sgt dugaan, tohmahan, kutukan daripada sekeliling sbb kami lambat dpt anak. Ada yg ckp kami merancang, ada yg ckp kami ni salah skill, tak kurang juga yg tuduh kami ni tak pandai dan bermacam lagi. Tapi kami terus berdoa, tawakal, dan selalu niatkan dalam hati, kita nak anak ni demi Allah, demi suami dan keluarga. Bukan semata nak berlawan antara satu sama lain sesama manusia. Deqnie selalu pesan, Anak ni adalah anugerah dan juga dugaan buat kita bdua yg bergelar suami isteri. Jadi pada siapa-siapa yg masih lagi belum dikurniakan anak, bersabarlah. Apa yg patut kita jaga, adalah hati kita sendiri dan suami kita. Tak payah amik pusing sangat perasaan orang sekeliling. Lambat atau cepat, kalau dah tuhan tentukan rezeki kita, nak tak nak, kita kne tunggu dan sabar serta yakin dengan ketentuaan nya. Cuma, dari segi persediaan nya, I nasihatkan you all kne jaga makan, jgn stress, dan yang penting jgn berharap. Sebab nanti kecewa. Okay?

I harap you all doakan I. Sbb kandungan I ni sangatlah baru lagi. 8 weeks. masih muda, masih perlu dijaga dengan rapi. Sekarang ni memang fasa ngada-ngada. Takle bau husben sendiri, tak le bau wangi-wangi, muntah hijau biru ungu tiap pagi, mlm tidur tak lena. Tapi semua tu dugaan. Insya Allah, I ikhlas demi baby yg I kandung. Awww.. awkward lagi. hihihi 

Okay la jumpa lain masa. take care everyone. bye. xoxo.