Salam AidilAdha untuk semua keluarga eqa, BBF eqa; ct hunnysah comel yg x dpt balik beraya bsama keluarga tsyg krn jauh dperantauan, kwn2 eqa yg berada di UTM skudai, bekas bdk2 matrikulasi JB, kwn2 sekampung dgn eqa, kwn2 dr SMK. Dato' Mohd Yunus Sulaiman, x lupa pd kwn2 dr SMK. Kayu Ara Pasong, bekas bdk2 yg blaja kt Arabie Tuition Centre n semua muslimin dan muslimat.
♥_♥
Diharap kalian semua dpt menjalani kehidupan dgn sempurna dan dirahmati oleh Allah sentiasa.
♥_♥
Kepada jemaah Haji yg sedang menunaikan ibadah haji,, didoakan semoga selamat menjalani ibadah haji n didoakan agar ibadah yg dilakukan dpt dilakukan dgn sempurna n berkat..moga selamat pulang ke destinasi masing-masing.amin..
♥_♥
Yeahhh!!! esok mesti ramai yg korban lembu~ weeee~ kt umah ibu mesti byk lembu korban jiran2 bg~weee~ blh wt masak rendang~ sup tulang~ weee~ sedap2!! terima kasih kpd sesiapa yg memberi daging korban kpd keluarga eqa~ thn depan bg lg ya!!ngeeee~
Alololo...kpd lembu2 sekalian..jgn bsedih ya!!! anda beruntung krn dpt mati syahid!! daging anda lazat~weee~ rendang~rendang~rendang~hahaha
....::Sedikit info untuk tatapan bsama::....
..::Hukum Daging Korban::..
- Qurban Wajib dan Qurban Nazar :
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain. - Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).
Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya. - Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
- Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
- Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
- Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:
"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim) - Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.
No comments:
Post a Comment