Friday, December 31, 2010

- Hilangnya Dirimu Tiada Pengganti -


Jika dulu..

pagiku penuh ceria menerima ucapan selamat pagi darimu,
tapi kini..
pagiku penuh suram kerana kehilangan ucapan itu.
Jika dulu..
malamku menjadi sempurna dgn ucapan selamat malam darimu,
tapi kini..
malamku penuh kesedihan kerana ucapan itu telah hilang dalam bayangan.
Jika dulu..
diriku dijaga dgn sempurna oleh kasih sayangmu..ke mana saja ku melangkah, kamu pasti risau akan diriku,
tapi kini..
diriku terumbang-ambing kehilangan kasih sayangmu.
Jika dulu..
waktu makanku sering kamu ingatkan,
tapi kini..
aku lalai akan waktu makanku kerana aku tidak lagi diingatkan waktu makanku olehmu.
Jika dulu..
aku sering diingatkan olehmu untuk sentiasa menjaga diri, berhati-hati & jaga kesihatan,
tapi kini..
tiada lagi ingatan itu kamu berikan untukku.
Jika dulu..
aku akan mendengar suaramu sebelum tidur & kamu akan memberikanku kata2 cinta tulus dari hatimu,
tapi kini..
hanya kenangan yg kamu tinggalkan menjadi peneman malamku.

Bagiku, hanya kamu saja bertahta di hatiku. Tiada yg kedua, ketiga mahupun yg keempat. Kamu begitu bermakna dalam hidupku. Akan ku ciptakan sebuah muzium untuk aku abadikan semua kenanganku bersama denganmu. Andai aku mampu memutar waktu, akanku kembali ke masa dulu. Kini kamu berbahagia bersama dgn pasanganmu. Aku doakan kamu & pasanganmu berbahagia hingga keakhirnya. Aku gembira melihat kamu bahagia. Jauh di sudut hatiku, terasa ingin kembali kepadamu. Namun aku sedar aku x layak untukmu. Kini aku cukup sedar tentang sebuah hakikat bahawa Hilangnya Dirimu Tiada Pengganti.


No comments:

Post a Comment