Sakitnya hati bila dipermainkan... rasa sakit tu melebihi segala sakit yg ada dlm dunia. terutama sakit permainan perasaaan.. lelaki or perempuan semua sama 50-50.. tp untuk kes eqa pastinya dalang disebalik kisah dongeng ini adalah LELAKI
xcukup kasih syg yg eqa bg, dia lari laju pecut 100 meter meninggalkan eqa tanpa ada sebaris khabar pun.. kenapa dan mengapa x sorang pun tahu.,
Pengecutnya lelaki timbul hanya bila dia meninggalkan perempuan dengan tiba2 tanpa khabar berita.. mana letaknya maruah lelaki dan mana tersimpannya 9 akal lelaki yg dikatakan sebelum ini melebihi wanita yg hanya mempunyai 1 akal sahaja ?
REASON & EXCUSE menjadi tanda tanya.. ke mana dan di mana salahnya? apa yg b'main di fikiran insan yg b'nama lelaki ini yg tidak mengenal erti tanggungjawab dan juga HUKUM KARMA.
Gembiranya hanya seketika namun BALASAN daripada yg MAHA ESA menanti.. jika bukan di dunia, insyaAllah AKHIRAT pasti menanti.
Ingin eqa petik satu ayat yg dicetuskan oleh insan itu
" Kalau FAHMI [nama sebenar] tipu eqa, fahmi kena langgar lori MATI sekarang juga. "
BOOOOmmmmMMM!! kebaBoOO0mMM!
Keberanian kaum adam dlm menabur HARAPAN, JANJI dan KEPERCAYAAN seorang wanita itu adalah dikira sebagai CHAMPIONSHIP dunia.. NAMUN keberanian berhadapan dengan KECURANGAN, KEZALIMAN dan PENIPUAN t'hadap wanita adalah satu kegagalan hakiki yg bisa b'laku hampir setiap masa.
Mulut kata ya bila orang pesan "b'sabarlah.. tuhan sedang menguji awak..lupakan dia dan kesalahan dia"
namun,
Hati kata TIDAK
Dia terlalu zalim.. t'lalu tidak b'sifat b'perikemanusiaan.. mana mungkin eqa boleh melupakan segala keZALIMAN & keSAKITAN yg dia tinggalkan kpd eqa.. namun eqa x punyai kuasa untuk menghukum... hanya iringan DOA dan kesabaran yg hakiki dpt mengatasi kemarahan serta kesedihan..
Ini adalah dugaan duniawi terjadi untuk mematangkan akal pemikiran seseorang insan di atas muka bumi Allah ini... dan juga satu peringatan kepada kaum wanita yg lain agar tidak mudah menyerahkan hati kecil mereka kepada seseorang lelaki yg x bisa membahagiakan mereka.
Ini adalah satu pengalaman yg amat pahit untuk ditempuh.. amat sukar untuk dilalui.. namun eqa sedang b'diri di atas bumi yg nyata... dan t'nyata semua ini bukan mimpi dan ianya adalah realiti yg harus ditempuh walaupun perit untuk ditelan.
InsyaAllah, Allah mengetahui atas semua yg b'laku di atas muka bumi ini. Amin.
Semoga kamu mendapat kesedaran sebelum berakhirnya hayat kamu di atas muka bumi ini, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment