Monday, November 25, 2013

Menangis Bukan Kerana Tertekan, Runtun Hati Tatkala Dimarahi



Siapa x sentap? kne tegur, kne marah dengan org yg paling kita syg, tunang kita sendiri. memang sentap. memang sedih. lagi sedih daripada budak-budak yg keluar AF tuh. huhuhu. Buat kerja dh petang, dengan banyak nye error kt sistem tu, asyik testing benda yg sama, asyik x betul je, esok dah start FAT (final acceptance test) dgn user. dgn sistem masih ada error lg, mana la x stress.


Tp stress bukan isunya sekarang. Isunya adalah eqa kena marah dgn incik tunang. Dia marah knp eqa cepat sgt nk marah, cepat sgt nk stress bila ada mslh sikit. dia kata org lain pun kerja x siap jugak, tapi relax je. Setiap orang mana nk sama. Kenapa perlu samakan sifat eqa dgn orang lain. Masing-masing ada cara masing-masing lepaskan geram, marah, stress tu semua.

Memang sangat sentap tadi kena marah. Menangis terus. Memang x boleh control. Sedih sgt sbb tunang kita sendiri xsupport kita tp marah kita pulak. Sedih memang sedih. Tapi lepas dia tengok eqa menangis je dia terus calm down, terus pujuk. Nasib baik masih ada perasaan nk pujuk lg. Kalau buat x paham x tawu lah nk kate apa dh.


Eqa tau, dia xde niat pn nk marah eqa sebenarnya. Niat dia nk menegur mana yg x betul. Tapi entahlah, eqa rasa sedih sgt dia marah eqa td. Tak pe lah. Benda dh lepas. Lepas eqa solat td, hati kembali tenang.

Kononnye darah manis, so cepat sgt la sensitif. konon! Balik je keje sampai je mintak izin kt beliau nk lelap sebab letih, menangis punya pasal, ni sampai sekarang sakit pale pulak. Side effect kalau menangis berlebihan~ hohoho


Bila eqa stress, eqa akan luahkan perasaan tekanan eqa tu dengan cara bebel, marah, salahkan org. Dengan harapan org terdekat, yg paling eqa syg memahami eqa, berada di samping eqa, ckp dgn eqa dengan penuh kelembutan biar eqa semakin tenang bukan spt mencurah garam di tempat luka yg dalam. Makin pedih, perit x terkata. Tapi bukan mudah nk memahami hati & perangai manusia lain.


Mungkin eqa perlu ubah sedikit sifat naik marah, naik angin, fikir negatif, take something so serious. Kalau eqa x ubah takut-takut mslh yg kecil boleh diperbesarkan dan paling sakitnya, timbul mslh yg lain. People should change, and changes make person much better from time to time. Believe it.


#Nota Kaki :- Siapa sudi share tips kurangkan stress? moh share kt eqa ;)



The Journey to be Halal - Part 2: Save the Theme, Prepare DIY Flower Blossom



Tarikh sudah, emas pun sudah, now ready untuk buat persiapan bunga pahar/telur. Tema dah confirm so proceed terus dgn persiapan seterusnya. Minggu lepas eqa ajak incik tunang teman eqa beli barang-barang nk buat bunga pahar. Boleh je beli yg dah siap punya tp x dak feel la kan. xrasa mcm nk buat majlis je. so eqa plan buat lah sendiri.

Buat bunga daripada kertas crepe. Sbb dulu ada pengalaman buat bunga ni dengan akk office, kak aini. so belajar daripada situ. Tapi eqa ni ada satu mslh yg x settle lg nih. eqa x pandai nk buat reben yg letak kt bunga pahar tu. cuba punya cuba tapi serabut reben tu. x cantik. sedih betul T-T. Rasanya kne mintk bantuan drpd yg pakar ni. hihi.

Tapi hari ahad smlm sempat siapkan satu bunga full set siap skali dengan reben, net telur, lilit lidi semua. saja nk jadikan sample nk tgok cantik ke idak, kne ke idak kombinasi kaler tu. Siap je, terus tunjuk kt incik tunang suh dia comment. Dia kata ok. Lepas tu tunjuk kt deqnie, deqnie kata cantekkk cuma dia kata kurangkan bilangan reben tu nmpk serabut katanya. huhu.. see? mslh reben. huhu eqa x pandai buat reben T-T tolong !!

Entah boleh ke x siap bunga pahar eqa tu. Plan nk buat 200 kuntum. harap-harap siap la hendaknya. hihi. eqa x leh tunjuk yg real punya. nk kasi surprise !! ;) eqa mohon uols doakan eqa pandai buat reben ya. ada lagi masa ni nk belajar. hihi. Wish me luck guys !! xoxo




#Part3 mungkin pasal penyediaan langsir rumah. hahahaha nantikan ye ;)




Tuesday, November 19, 2013

The Journey to be Halal - Part 1: Save the Date


Finally.. segala tanda tanya telah pun t'jwb. memilih tarikh keramat 3 Mei 2014, bakal menjadi saksi penyatuan hati eqa b'sama incik tunang, Insya Allah. 2 Mei 2014 dipilih sebagai tarikh pernikahan kami dan pastinya majlis yg dilaksanakan bakal punyai barakah kerana memilih hari segala penghulu iaitu hari jumaat sbg hari bagi mengikat kasih antara kami. Amin.. Amin..


 

Bulan Mac t'lalu awal untuk eqa & family nak buat persiapan. dan kasihan juga kt incik tunang, t'kejar-kejar cari duit. so we decide buat bulan 5 since bulan 4 my cousin pn kahwin juga. so, eqa mengalah lah. kasi majlis dia jalan dahulu ^^

One step closer. we decide turun ke kota tinggi minggu lepas sbb nk survey gelang sebagai tanda ''batal air sembahyang' waktu majlis nanti. dengar cerita harga emas tgh runtuh nih. murah. jualan akhir tahun katanya. so kami pun plan pegi survey. skali tu t'beli terus sbb tgok harga murah. RM139/g. Apa lg, purchase la terus. t'lanjur tengah ada duit jadi dahulukan la mana yg ad dulu. ;) so settle satu perkara.

Ada beberapa perkara/planning bakal menyusul. banyak benda sebenarnya nk kena pk. huhuhuhu bukan senang nk buat majlis ni. ble tarikh dh tetap kenalah start plan n membeli mana-mana yg patut. Sekarang dh survey bridal kt internet. Plan nye nk amik bridal area JB x kisahlah mana-mana janji JB. xplan nk amik bridal PONTIAN sbb org kata mahal and mostly baju x cantik dan design entah pape. tp x g survey lg pun. x kisahlah kan..

Memilih tema fairytale dengan gabungan warna purple + pink + turquoise untuk majlis nanti. Selari dengan tema fairytale, pelamin berwarna putih dipenuhi dengan red rose petal pasti membuatkan majlis eqa nanti tanpak lebih elegant, simple but smart. ;) xmahu buat grand sgt mcm che'tah. sekadar biasa sahaja ;) 


Baju nikah, putih pink ;)
 

Majlis resepsi, turquoise pink




Bilik pengantin & pelamin, red rose petal


Beliau x mahu buat pre-wedding katanya. eqa x kisah pun sebenarnya. pre-wedding kena pikir pasal kos lg. paling x pun kne readykan RM500++ jugak. huhuhu tp nt kalau lah ada duit lebih bole la buat. mcm deqnie, pre-wedding buat dlm studio saja. murah sikit. xpala.. itu boleh pk nanti-nanti sahaja ;)

Perasaan memang so excited. 10 kali ganda excited time nak bertunang. yela. dulu excited nak jadi tunang org. sekarang pulak mestilah super duper excited nak jadi isteri orang !!! x caya eqa taw. until now pn still x percaya lg eqa ni tunang org. hahaha xsangka juga jodoh eqa secepat ini. plan nak mendirikan rumahtangga bila mana umur mencecah 27 tahun x kesampaian.

Jodoh itu rahsia Allah. dulunya eqa menangis, meraung, merintih sbb ditimpa bermacam-macam dugaan dalam mencari pasangan. Alhamdulilillah DOA eqa selama ini telah didengari dan tuhan telah menghadiahkan eqa seorang lelaki yg cukup sempurna sifatnya, yg menyayangi eqa sepenuh hatinya, yg menjg hati, makan, pakai eqa melebihi dia menjaga dirinya sendiri. syukran. syukran. syukran. moga cinta kita kekal hingga ke jannah ye syg ;) xoxo love u deep much !


#MasachikaWeddDay
#PnMasachikaToBe


Friday, November 8, 2013

Resah Gelisah Gundah Gulana


Siapa kata kawin tu seronok ? sapa kata? bak mai habaq kt eqa . Let me tell to you the definition of SERONOK.

Kahwin itu cukup seronok IF

  1. DUIT cukup
  2. Persiapan cukup
  3. Persediaan MENTAL/FIZIKAL cukup
  4. Perancangan SELEPAS KAWIN teratur
Then barulah kata kahwin itu SERONOK !!


Semua orang slh phm|tafsir definisi perkahwinan itu seronok. for those yg nk kawin just kawin je mmg la seronok. tp bila cite bab kawin ni, 1001 mcm benda nak kena pikir. Bila ajak berbincang bab-bab kahwin dgn pasangan ni kne make sure both side btl-btl dh prepare at least drpd segi mental. sebab for sure sewaktu|semasa|selepas bincang mesti SERABUT|STRESS|MIGRAINE kadang sampai x lena tidur. faktor paling utama yg m'dorong pd 3 keadaan tu bila bincang bab DUIT. lepas duit jatuh pada persiapan|kelengkapan and etc.




Di sini dinasihatkan agar jangan terlalu yakin dgn duit simpanan dan cara penyimpanan anda tiap-tiap bulan. sbb benda tu always BERUBAH. we dont know wht would happened in the future. mcm-mcm boleh jd. dalam tgh-tgh simpan tu, tetiba duit nak pakai. handphone rosak, laptop buat hal, kete meragam, renew insurance, over expenses dan mcm-mcm lagi !!! grrahhrrhhhrhrhrhhhrssahrh <gua stress !!>


Rancang elok-elok pun, x guna juga. cuma berharap agar rezeki dimurahkan. orang kata, nak bina masjid ni rezeki mencurah-curah. tapi biasalah. kalau kita nak dapatkan sesuatu tu, kita mesti diuji dahulu dgn bermacam bagai dugaan. harus kekal TABAH dan REDHA. tp nk buat 2 perkara tu susahkan?

Rakyat malaysia ni kebayakkan nye cukup beremosi drpd pelbagai sudut. ada mslh sikit, EMOSI, tengok cerita indon, EMOSI, lambat makan, EMOSI. contoh t'baik adalah eqa. memang cukup beremosi kalau ada mslh pape. so dalam kepala tu pikir negatif je. positif sikit pn xdak. mcm mne lah nk belajar erti TABAH dan REDHA.


OK, back to main point. KAWIN. Ikut hati eqa ni, nak kawin secepat yg boleh. tapi kne consider banyak perkara. perkara paling penting eqa kesian kt tunang eqa. siang malam cari duit, keluarga jauh, apa-apa kena urus sendiri. so byk kena survive sendiri. jd mslh duit tu mmg x boleh nak lari. tp eqa selalu doakan dia dimurahkan rezeki. ALWAYS. sebab tu la, bila mak nak majlis eqa jalan bulan 3 ni eqa rasa x yakin. sebab dia pun x berapa nk stabil lg. tambah dgn duit simpanan eqa pn klu ikutkan belum cukup lg. eqa byk pikir psl kehidupan selepas kahwin. lepas kahwin lg la byk nak guna duit.


Nak sgt kahwin cepat kenapa? sebab eqa pikir satu je. eqa nak jd yg HALAL untuk dia. cukup. tempoh pertunangan ni cukup mencabar. banyak dugaan. gaduh|salah paham|cemburu|kecik hati dah jd asam garam dalam hubungan kami. lama-lama kami akan penat. penat dgn ragam n perangai masing-masing. besar sungguh dugaan yang kami lalui, berat sungguh cabaran yg harus kami tempuhi. eqa percaya. semakin kuat dugaan|cabaran yg diterima semakin kuat kasih syg antara kami. cuma eqa harapakn perasaan syg kami itu kekal hingga ke akhir hayat kami.


For those yg plan nak kahwin, hope uols dpt buat persiapan terutama daripada segi mental. emosi perempuan selalunya tidak stabil. sentiasa x stabil. sebab emosi mereka tidak dikawal dgn akal yg waras. hanya emosi semata-mata. emosi lelaki jarang xstabil. tetapi bila sampai masa xstabil, agak lambat untuk dipulihkan. Moga kita sama-sama dapat menempuh hidup yg kita lalui dengan penuh ketabahan|keredhaan|kesabaran. Aminnn.






#Nota kaki#
Saya sayang awak, Incik Tunang. Awak sayang saya tak ??


Say It or Leave It


Sukarnya untuk memahami kepingan hati manusia. Tempoh perkenalan yg lama belum dpt menjamin kebahagiaan dlm sebuah perhubungan. kenalkah kita pd psgn kita? cukup memahami kah kita dgn 1001 mcm ragam dan perangai si dia? sedangkan sesetengah pasangan yg t'lah lama b'cinta tp tetap terkandas dipertengahan jalan inikah pula kita yg baru setahun jagung menabur benih?


"Jika berkata sukar, maka sukarlah
Jika berkata mudah, mudahlah ia"


Tapi hanya sebilangan besar kita saja mampu untuk berpegang pada prinsip itu. yg selebihnya, kawalan emosi yg rapuh, bakal memusnahkan apa yg selama ini diidamkan. Cukup dgn hanya b'main perasaan, melayani emosi amarah dan cemburu, sudah cukup mbuktikan kematangan kita dalam perhubungan.


Renungkan.