Tuesday, November 19, 2013

The Journey to be Halal - Part 1: Save the Date


Finally.. segala tanda tanya telah pun t'jwb. memilih tarikh keramat 3 Mei 2014, bakal menjadi saksi penyatuan hati eqa b'sama incik tunang, Insya Allah. 2 Mei 2014 dipilih sebagai tarikh pernikahan kami dan pastinya majlis yg dilaksanakan bakal punyai barakah kerana memilih hari segala penghulu iaitu hari jumaat sbg hari bagi mengikat kasih antara kami. Amin.. Amin..


 

Bulan Mac t'lalu awal untuk eqa & family nak buat persiapan. dan kasihan juga kt incik tunang, t'kejar-kejar cari duit. so we decide buat bulan 5 since bulan 4 my cousin pn kahwin juga. so, eqa mengalah lah. kasi majlis dia jalan dahulu ^^

One step closer. we decide turun ke kota tinggi minggu lepas sbb nk survey gelang sebagai tanda ''batal air sembahyang' waktu majlis nanti. dengar cerita harga emas tgh runtuh nih. murah. jualan akhir tahun katanya. so kami pun plan pegi survey. skali tu t'beli terus sbb tgok harga murah. RM139/g. Apa lg, purchase la terus. t'lanjur tengah ada duit jadi dahulukan la mana yg ad dulu. ;) so settle satu perkara.

Ada beberapa perkara/planning bakal menyusul. banyak benda sebenarnya nk kena pk. huhuhuhu bukan senang nk buat majlis ni. ble tarikh dh tetap kenalah start plan n membeli mana-mana yg patut. Sekarang dh survey bridal kt internet. Plan nye nk amik bridal area JB x kisahlah mana-mana janji JB. xplan nk amik bridal PONTIAN sbb org kata mahal and mostly baju x cantik dan design entah pape. tp x g survey lg pun. x kisahlah kan..

Memilih tema fairytale dengan gabungan warna purple + pink + turquoise untuk majlis nanti. Selari dengan tema fairytale, pelamin berwarna putih dipenuhi dengan red rose petal pasti membuatkan majlis eqa nanti tanpak lebih elegant, simple but smart. ;) xmahu buat grand sgt mcm che'tah. sekadar biasa sahaja ;) 


Baju nikah, putih pink ;)
 

Majlis resepsi, turquoise pink




Bilik pengantin & pelamin, red rose petal


Beliau x mahu buat pre-wedding katanya. eqa x kisah pun sebenarnya. pre-wedding kena pikir pasal kos lg. paling x pun kne readykan RM500++ jugak. huhuhu tp nt kalau lah ada duit lebih bole la buat. mcm deqnie, pre-wedding buat dlm studio saja. murah sikit. xpala.. itu boleh pk nanti-nanti sahaja ;)

Perasaan memang so excited. 10 kali ganda excited time nak bertunang. yela. dulu excited nak jadi tunang org. sekarang pulak mestilah super duper excited nak jadi isteri orang !!! x caya eqa taw. until now pn still x percaya lg eqa ni tunang org. hahaha xsangka juga jodoh eqa secepat ini. plan nak mendirikan rumahtangga bila mana umur mencecah 27 tahun x kesampaian.

Jodoh itu rahsia Allah. dulunya eqa menangis, meraung, merintih sbb ditimpa bermacam-macam dugaan dalam mencari pasangan. Alhamdulilillah DOA eqa selama ini telah didengari dan tuhan telah menghadiahkan eqa seorang lelaki yg cukup sempurna sifatnya, yg menyayangi eqa sepenuh hatinya, yg menjg hati, makan, pakai eqa melebihi dia menjaga dirinya sendiri. syukran. syukran. syukran. moga cinta kita kekal hingga ke jannah ye syg ;) xoxo love u deep much !


#MasachikaWeddDay
#PnMasachikaToBe


2 comments: