Tuesday, December 1, 2015

Kongsi Pengalaman : 6 Amalan Sebagai Panduan

Tadi I belek-belek entry yg lama, sekali tu ternampak komen si Fathin ni. Excited betul dia since dia tau I pregnen. Hihihihi. Actually tak ramai yg tahu pasal I pregnen ni. Kalau tau pun, dorang secara tak sengaja tau melalui blog. Tapi since blog I jarang update, so tak ramai yg tau. Jgn salah paham, bukannya awak-awak semua tak penting dalam hidup I sampai cuma org tertentu saja yg tahu. Tapi I buat semua ni sebab memang tak nak kecoh since I pun masih baru je lagi. Tiba masa yg sesuai nanti I bagitau. I tidak pernah nak menidakkan yg I tengah pregnen. Kalau ada sahabat atau saudara mara yang bertanya, baru I share ;)

Lagipun banyak sangat faktor yg mendorong kepada I untuk tak nak share pasal hal ni pada semua orang. Sebab I kena jaga perasaan dan juga sensitivity org lain yg masih belum ada rezeki untuk mendapat anak. I tahu sebab I pernah berada dalam situasi dorg. Tipulah kalau I cakap I tak terkesan dulu tengok masing-masing ada anak. Kadang dia punya sensitif tu memang lain mcm. Tapi I belajar satu benda dgn Deqnie. Dia selalu pesan. Anak ni rezeki. Anak ni juga adalah dugaan untuk suami isteri. Jadi ada 1001 sebab kenapa kita lambat dikurniakan anak. Mungkin Tuhan menilai yg kita ni masih belum ready untuk punyai anak.

Daripada banyak bahan bacaan yg I baca, rata-rata penulis berkongsi ilmu berkaitan dengan rezeki anak ni. Apa yg I boleh share sikit, cara mudah untuk kita murah rezeki untuk mendapatkan anak adalah yg pertamanya kita kena jaga hubungan antara suami isteri. Apa maksud menjaga hubungan? kalau sebelum ni kita tak kira la suami atau isteri ada selalu sgt terasa hati dgn pasangan masing2 atas beberapa faktor, kita kena cuba kawal dan juga jg perasaan pasangan kita jgn sampai berkecil hati. Jaga hati pasangan masing-masing agar rumahtangga sentiasa bahagia. Sebab apa tuhan uji begini? mudah jawapannya. Anak itu adalah dugaan. Bayangkan, suami isteri selalu sgt tak sefahaman, mcm mana mana nak handle anak nanti? anak menangis nak mintak susu, anak menangis waktu malam dan sebagainya.

Yang keduanya, niat. Niat kita nak anak ni kena kita niatkan betul-betul. Tuhan maha mengetahui apa yg berada di langit dan di bumi. Inikan pula apa yg kita niatkan di dalam hati. Apa kaitannya dengan niat? Niat adalah bukti kesungguhan kita dalam memiliki sesuatu. Niat kita kena betul-betul ikhlas. Kita niat untuk dapatkan anak ni demi Allah dan memberi zuriat kepada suami kita semata. Bukan semata-mata sebab kita tengok sekeliling, kawan-kawan kita, saudara mara dah ada anak, jadi kita pun nak anak juga. Jadi bersihkan niat anda dulu ye ;)

Ketiga, Doa, Usaha, Tawakal. Jangan pernah putus untuk berdoa agar dimurahkan segala pintu rezeki selama kita duduk di bumi Allah ni. Mohon dimurahkan segala rezeki termasuklah rezeki kesihatan, harta, anak dan sebagainya. KepadaNya kita meminta dan kepadaNya juga kita memohon pertolongan.

Keempat, jangan selalu berharap. Ini apa yg berlaku pada I. Boleh dikatakan setiap bulan, I sgt excited kalau period I lewat, even I tau period I mmg jenis tak tetap. Kadang tu, baru je lewat 2 hari, dah sibuk ajak husben pegi farmasi nak beli UPT. Sampai rumah terus check. Ada satu masa tu, I MC sebab tak sihat. I sakit kepala, loya-loya dan lemah badan. Lepas I pergi klinik, I singgah farmasi, beli UPT. I test urine senyap-senyap tak inform pun husben I. Adalah dalam 2-3 kali jugak I buat benda camtu belakang suami. Huhuhuhu. Reason I mudah. I tak nak kecewakan husben I lagi. Yelah, tiap kali test mesti negative. I paham, even husben I ckp dia ok, dia pasrah mungkin belum ada rezeki, tapi jauh di sudut hati dia I tau dia kecewa. Tapi nak buat mcm mana kan? So tiap-tiap bulan I menanti waktu sesuai untuk buat ujian. Ada sampi sebulan I test sampai 2-3 kali. Tapi keputusan still negative. Lepas dpt result tu memang sgt down. Bila dah down ni, mulalah stress. Bila dah stress ni mulalah fikir macam-macam. Mulalah salahkan diri, salahkan pasangan, kadang sampai give up kenapa aku tak sesihat seperti orang lain. Sebab itulah, tidak digalakkan kita ni terlampau berharap. Sebab kalau ujian negative, kita mula stress. Bila stress ni, sangatlah tidak elok untuk perkembangan hormon. Dan benda ni akan berlarutan sampai ke akhirnya. Jadi, perkara utama anda semua kena amalkan, jangan terlalu berharapkan sesuatu, sentiasa positifkan akal fikiran insyaAllah, suatu hari Allah akan bantu anda semua. Pasti ada jalannya. Insya Allah.

Kelima, kurangkan tekanan, jalani kehidupan yg sihat, sentiasa positif dalam tindakan dan pemikiran, ikhlaskan apa yg berlaku di sekeliling. Jangan stress. Memang susah nak elak. lagi-lagi pada mereka yg bekerja. Bebanan kerja plus masyarakat sekeliling yg terlalu ambil berat pasal kehamilan kita dan sebagainya salah satu penyumbang terbesar kepada tekanan. Bagaimana untuk mengatasi? Pilihlah dan jalanilah kehidupan yg sihat dan sentiasa positif dalam pemikiran dan tindakan. Macam mana? Macam susah? simple. Kita hanya fikirkan dan jaga perasaan kita dan pasangan kita sahaja. Keluarga? Okay, I tanya, siapa yg bg sumbangan terbesar dlm bab pertanyaan berkaitan kehamilan ni? mestilah keluarga. Tiap masa asik tanya je, dah lekat ke? kau ni bila lagi nk ada anak mcm si rokiah bin sekian sekian... dan sebagainya. Sebab itu, apa yg perlu kita jg? perasaan kita dan suami kita. Tapi dalam hal lain, family penting juga. Jgn salah anggap pula ya? Hihi. Kemudian, mohon diikhlaskan apa-apa yg berlaku di sekeling. Contohnya, orang asik mengata pasal kehamilan kita, tuduhan ke atas kita seperti tak mampu bagi zuriat, nak enjoy dulu, tak ada skill dan sebagainya. Jangan makan hati, tetapi kita ikhlaskan sahaja segala perbuatan mereka. Mulut orang ni, kalau kita nak jaga sorang-sorang, memang tak kan pernah habis. Apa sahaja yg ingin mereka perkatakan, silalah. Kita boleh dengar, tapi just masuk telinga kanan, terus keluar telinga kiri.

Keenam, pemakanan. Bila bab makan ni, jgn suruh I diet. Sebab I memang sangat susah nak diet lepas kahwin ni. Sebab selera I lepas kahwin ni semakin menjadi-jadi. Untuk pemilihan makanan pula, mohon jauhkan daripada memakan asam. Tak kisah la, asam boi ke, jeruk asam ke and all the junk food tu kalau boleh cuba stop dulu makan. Benda tu sangatlah tidak elok untuk kesihatan. Perbanyakkan memakan taugeh ye kawan-kawan. I tahu ramai orang tak suka taugeh. Tapi taugeh ni tinggi khasiatnya tau. Kemudian, suppliment tambahan untuk badan. Dr kt Klinik tu suggest suruh I amik EPO (Evening Primrose Oil). Benda ni sangat baik untuk menstabilkan hormon dalam badan. EPO ni tak mahal mana pun. Boleh beli kat mana-mana farmasi, Guardian atau Watson. Tak lupa, acid follic jgn lupa amik setiap pagi untuk menguatkan rahim anda.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian yg I mampu share untuk anda. Entry kali ni memang sedikit panjang, tapi insya Allah diharap berguna kepada semua. Salah silap dalam entry ni I mohon ampun dan maaf. Mungkin lain orang, lain cara dan amalan. Tapi selagi I diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan juga pengalaman, I akan kongsi. Okay lah, seperti biasa, jaga diri, jaga kesihatan, jaga perasaan, jangan putus mohon doa kepada Allah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, namun segalanya hanya mampu ditentukan oleh yg Maha Pencipta. Bye, xoxo.


No comments:

Post a Comment