Friday, December 27, 2013

Menanti Detik Perpisahan, Sungguh ku Tak Bisa


Hari demi hari, penantian bakal berakhir, berat kaki ini melangkah, berat lg untuk meninggalkan. cuba untuk menerima hakikat dan bertabah, tetapi makin dicuba, seakan makin sukar untuk dilaksanakan. bagaimanakah kehidupan kami berdua pada hari-hari yg bakal mendatang? x terucap dgn kata-kata, tak terbayang dgn angan-angan. bayangan beliau akan menghantui setiap saat masa yg diluangkan sewaktu di sana.


Beliau nampak tenang, terukir senyum tatkala aku merenung dalam ke matanya. kelopak mata aku seakan tak tertanggung untuk menampung takungan air mata yg bakal mengalir tak kira masa. Fikiran aku bermain-main, berfikir bagaimana beliau tanpa aku disisi.. berjauhan dengan aku.. merindui aku tatkala aku jauh di sana.. bagaimana pula aku? beliau yg selalu menjadi peneman hidupku.. susah atau senang, gembira atau sedih, sakit atau sihat.

Jika dulu, bancuhan air milo akan ku berikan pada beliau.. bersarapan sama-sama di pentri. sambil berbincang hal-hal kami. tawa, senyum, gelak, mcm-mcm ragam kami. tetapi kami tetap sayang. sebab itulah kami.

Kami habiskan sisa-sisa masa kami bersama, sebelum kami berpisah. tak dapat aku bayangkan, masa perpisahan kami pada hari ahad ini bagaimana keadaannya. kini dia masih kekal tenang dan seakan tidak rasa apa-apa. tetapi aku, x mampu menjadi sekuat beliau. jika diizinkan, mahu sekiranya aku terus bersama di sisi beliau. tak perlu berhijrah. kerana aku x mampu untuk hidup jauh dari hidup beliau. sebab aku x mampu.


Banyak kenangan manis yg kami cipta bersama, yg menjadi kenangan kami setiap masa, bagaimana harus aku lalui? bagaimana? beliau tidak punyai sesiapa di bumi johor ini melainkan sahabat. rakan serumah pun turut sama berhijrah. siapa nak teman beliau makan? cari barang? tengok wayang? siapa? jika dulu aku... tp kini siapa? sepatutnya beliau lagi berasa sedih dan rasa kehilangan. tp tidak. beliau kekal tenang dan terus memberi senyuman.

Apa yg mampu aku  buat adalah doakan yg terbaik untuk beliau. nurkilan ini aku tinggalkan untuk tatapan beliau jika terlalu rindukan kenangan kami. insya Allah semua ini hanya sementara. kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan hubungan kami bersama. jauhkan daripada perasaan cemburu dan juga salah phm sesama sendiri. Insya Allah.. Ameen ;')


Pesanan untuk awak syg:

Jaga diri awak baik-baik ye syg. ini hanya sementara. sy yakin kita akan bersama semula. awak jgn lupa makan ye. awk jg kesihatan awk baik-baik. bila sy tgok jam, nmpk je pukul 10, itu tanda awk harus masuk ofis. sy je yg phm. then pukul 4 ptg masuk ofis balik. sy xkn lupa itu. jemput-jemput. mknn yg awk suka sgt. nt sy balik, sy buatkan ye. sepanjang tempoh sy tiada bersama awak ni, awk jgn lupa untuk rindu sy tau sbb sy sentiasa akan rindu awk setiap masa dan sy syg awk sepenuh hati syg. jgn nakal-nakal. kalau awk nk pegi memancing, silalah.. sy izinkan syg. jika awk nk main badminton... juga sy izinkan. cumanya bila main tu jgn smpai injurt tau. nt sy risau. sy jauh. :') 
Akhir sekali...selamat tinggal syg. ;')





The Journey to be Halal - Part 5: Bridal, Got Confius to Choose


Alhamdulillah.. pencarian selama hampir sebulan berakhir jua. the most important thing dlm majlis perkahwinan, Bridal @ mak andam. fuhh merata dok mencari dari siang hingga ke mlm, bertekak sampai tarik-tarik rambut (propa je). Syukur, jumpa juga yg mjadi idaman hati. Pilihan bridal, Senorita Wedding Planner ;)


I just wondering kenapa bakal-bakal pengantin ni suka sgt amik pak andam. skrg baru eqa rse ap mereka rasa. sepanjang tempoh pencarian eqa, memang eqa kagum dgn hasil keje pak andam ni. kemas, cantik, menarik, up to date and yg penting idea kreatif. bila eqa g butik yg diuruskan oleh mak andam... mak aii old fashion sungguh. baju jenis net bunga telur. eeeuuu x sanggup nak pakai. hohoho

Alhamdulillah, bridal yg eqa pilih ni agak berpuas hati la.. dari segi layanan, curahan idea, baju pengantin, pelamin and package. dorg jenis lebih kurang je. sesetengah bridal brg-brg yg nk pakai time majlis tu kadang-kadang x masuk dlm package. kene sewa under charge lain lg. huhu bridal yg ni, abg didie n noni relax je bg lebih kurg. nice job! suka sgt.

Cuti kelmarin, pergi deposit duit & booking tarikh. Kami ni asik gaduh je. xde persefahaman. sorg nak mcm ni.. sorg kata cmni... huhu sampai abg didie pn pening pale n decide suh ktrg bincang dulu leklok. susah rupanya nk buat pilihan ni bila dh terlampau byk sgt pilihan yg ada. yela.. baju pengantin semua cantik-cantik. kaler x yah ckp la.. memang berlambak kaler yg ada. huhuhu pelamin x yah ckp.. memang pening nk pilih.


Isu pasal pelamin ni pulak, abg didie ni tye eqa umah berapa kaki. sebab ada pelamin 16 & 12 kaki. 12 kaki tu kecik la sikit. huhuhu sedih pulak. sbb ruang rumah tu mcm x support 16 kaki. sedih..... pasal pelamin tu pun abg didie suh ktrg balik bwk bincang elok-elok dulu. hahaha..

 So excited sgt time jumpa bridal, bincang-bincang tema and plan ktrg. ukur badan pun sudah. harap-harap sgt diet kali ni menjadi n turun la sikit bdn ni. kalau x sian abg didie kena adjust byk untuk baju. huhuhuhu

Alhamdulillah, selesai sudah part bridal. cumanya, kami kena dtg balik jumpa abg didie untuk tetapkan baju n pelamin. mungkin dalam bulan 1 atau awal bulan 2. insya Allah, moga dipermudahkan segala urusan yg akan dtg. Ameenn ;)