Friday, December 27, 2013

Menanti Detik Perpisahan, Sungguh ku Tak Bisa


Hari demi hari, penantian bakal berakhir, berat kaki ini melangkah, berat lg untuk meninggalkan. cuba untuk menerima hakikat dan bertabah, tetapi makin dicuba, seakan makin sukar untuk dilaksanakan. bagaimanakah kehidupan kami berdua pada hari-hari yg bakal mendatang? x terucap dgn kata-kata, tak terbayang dgn angan-angan. bayangan beliau akan menghantui setiap saat masa yg diluangkan sewaktu di sana.


Beliau nampak tenang, terukir senyum tatkala aku merenung dalam ke matanya. kelopak mata aku seakan tak tertanggung untuk menampung takungan air mata yg bakal mengalir tak kira masa. Fikiran aku bermain-main, berfikir bagaimana beliau tanpa aku disisi.. berjauhan dengan aku.. merindui aku tatkala aku jauh di sana.. bagaimana pula aku? beliau yg selalu menjadi peneman hidupku.. susah atau senang, gembira atau sedih, sakit atau sihat.

Jika dulu, bancuhan air milo akan ku berikan pada beliau.. bersarapan sama-sama di pentri. sambil berbincang hal-hal kami. tawa, senyum, gelak, mcm-mcm ragam kami. tetapi kami tetap sayang. sebab itulah kami.

Kami habiskan sisa-sisa masa kami bersama, sebelum kami berpisah. tak dapat aku bayangkan, masa perpisahan kami pada hari ahad ini bagaimana keadaannya. kini dia masih kekal tenang dan seakan tidak rasa apa-apa. tetapi aku, x mampu menjadi sekuat beliau. jika diizinkan, mahu sekiranya aku terus bersama di sisi beliau. tak perlu berhijrah. kerana aku x mampu untuk hidup jauh dari hidup beliau. sebab aku x mampu.


Banyak kenangan manis yg kami cipta bersama, yg menjadi kenangan kami setiap masa, bagaimana harus aku lalui? bagaimana? beliau tidak punyai sesiapa di bumi johor ini melainkan sahabat. rakan serumah pun turut sama berhijrah. siapa nak teman beliau makan? cari barang? tengok wayang? siapa? jika dulu aku... tp kini siapa? sepatutnya beliau lagi berasa sedih dan rasa kehilangan. tp tidak. beliau kekal tenang dan terus memberi senyuman.

Apa yg mampu aku  buat adalah doakan yg terbaik untuk beliau. nurkilan ini aku tinggalkan untuk tatapan beliau jika terlalu rindukan kenangan kami. insya Allah semua ini hanya sementara. kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan hubungan kami bersama. jauhkan daripada perasaan cemburu dan juga salah phm sesama sendiri. Insya Allah.. Ameen ;')


Pesanan untuk awak syg:

Jaga diri awak baik-baik ye syg. ini hanya sementara. sy yakin kita akan bersama semula. awak jgn lupa makan ye. awk jg kesihatan awk baik-baik. bila sy tgok jam, nmpk je pukul 10, itu tanda awk harus masuk ofis. sy je yg phm. then pukul 4 ptg masuk ofis balik. sy xkn lupa itu. jemput-jemput. mknn yg awk suka sgt. nt sy balik, sy buatkan ye. sepanjang tempoh sy tiada bersama awak ni, awk jgn lupa untuk rindu sy tau sbb sy sentiasa akan rindu awk setiap masa dan sy syg awk sepenuh hati syg. jgn nakal-nakal. kalau awk nk pegi memancing, silalah.. sy izinkan syg. jika awk nk main badminton... juga sy izinkan. cumanya bila main tu jgn smpai injurt tau. nt sy risau. sy jauh. :') 
Akhir sekali...selamat tinggal syg. ;')





No comments:

Post a Comment