Sunday, February 23, 2014

Bukan Mudah Berjauhan, Dugaan Datang Tanpa Diundang


Manusia sering diberikan dua bentuk pilihan, Antara keduanya mempunyai kebaikan dan juga keburukkan. Niat dihati untuk meletakkan jawatan perlu dilupakan buat seketika kerana tuntutan diri sendiri dan juga masa depan dengannya. Namun, ianya tidak semudah yg digambarkan.

Berbagai cabaran dan dugaan datang sepanjang 2 bulan eqa berpindah ke kuala lumpur. Pernah sekali, hubungan dgn zul diduga dengan dugaan yg cukup berat. Dia di Johor, eqa di KL. Masa yg diluangkan bersama semakin berkurangan. Mungkin apa yg berlaku ini punyai seribu satu alasan dan antara satunya adalah, sebelum kami diijab kabulkan, adalah molek jika kami diberi peluang dan ruang untuk merasa saat perpisahan dan berjauhan buat seketika. Syukur, eqa diberikan peluang untuk merasai keadaan ini sebelum kami berkahwin. Fikir positif itu perlu. Setuju?

Kesian bila mengenangkan kedaaan diri zul yang terpaksa berjauhan dgn family dan juga eqa. Dugaan memang cukup berat. Jika eqa ditempatnya, sungguhnya eqa x kuat nak hadapi. Dengan keadaan kehidupan nya yg tak pasti, tidak punyai rumah hanya menyewa di hostel UTM, membuatkan hati kecil eqa menangis setiap kali mengenangkan. Orang atasan tidak pernah peka dan sedar, nasib dan kesan yg dihadapi oleh orang bawahan nya jika mereka membuat satu-satu keputusan. Kesengsaraan dan kesusahan yg dialami orang bawahan tidak sikit pun dipandang oleh mereka. Itulah kisaran dunia dan juga manusia.

Pergaduhan dan juga pertengkaran menjadi asam garam bila berjauhan. Bila mana masing-masing tidak bersua, masa yg sepatutnya diluangkan bersama dihalang oleh jarak, masa dan juga keadaan. Dalam waktu ini, kunci utama adalah kesabaran. Tak mudah untuk bersabar jika yg menjadi punca pergaduhan adalah perkara yg sama.

Orang kata, dalam tempoh pertunangan ni, dugaan yg dtg berganda rasanya. Memang benar. Dan semestinya, sesuatu yg berlaku ke atas kita memberikan kita peluang dan ruang untuk kita berfikir kekurangan diri. Daripada apa yg berlaku sepanjang kami berjauhan, eqa dapat belajar satu perkara yg cukup penting dalam kehidupan. Dalam hubungan, salah seorang perlu matang dalam tindakan dan pemikiran. Salah seorang perlu sentiasa waras dlm pemikiran. Jika tidak, hubungan keduanya akan hanyut kerana tidak punyai kematangan dan kewarasan dalam berfikir dan juga tindakan.

Alhamdulillah, eqa bersyukur sgt sebab zul seorang yg matang dan paling penting dia seorang yg cukup penyabar. Mak selalu pesan,

"Jgn marah kt zul tu, dia tu org yg sgt sabar. Dia sabar sgt dengan karenah kau. Kau jgn selalu sgt marah kt dia. Mak kesian kt dia."

eQa memang cukup bersyukur dikurniakan lelaki bernama zulkifli. Bak kata mak, zul ni seorang yg penyayang. Dan mak cukup yakin yg zul boleh jaga dan bahagiakan eqa. Restu org tua semestinya sgt penting dlm sesebuah hubungan. Insya allah, dgn restu dan doa daripada kedua orang tua eqa, eqa harap hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiiin..




#SayaSayangAwakSeorang
#Don'tLeaveMeAlone
#IWantToBeWithYouForever
#ForeverLoveYou
#eQaMJ
#ZulEQA
#AkuCintaKauSeorang


No comments:

Post a Comment