Thursday, December 5, 2013

Hidup ini Tak Layak untuk Aku Jelajahi


Dugaan itu terasa berat, bukan ini yg dirancang, tapi tuhan tentukan sebegini rupa. bukan aliran ini yg aku mahukan, bukan laluan ini yg aku idamkan, bukan jalan ini yg aku mimpikan. tapi mengapa? semua ini terjadi. berat sungguh dugaan yg diberikan. aku seakan putus asa dengan ketentuan yg telah ditakdirkan ke atas aku.

Dalam beberapa hari saja lg aku bakal meninggalkan kerjaya aku selama ini. dengan harapan ada rezeki yg menanti. tp hari demi hari, aku tunggu deringan telefon, balasan email daripada syarikat yg aku mohon, namun ia hanyalah mimpi kosong. how? how? how do i want to survive? TELL ME HOW!

Wujudnya diri aku di sini, seakan tidak diperlukan lg. perkhidmatan aku tidak lagi dipeduli. seakan menghalau aku untuk keluar cepat daripada syarikat ini. aku redha, aku pasrah. memang jalan ini yg aku pilih. demi memuaskan hati semua, aku nekad berhenti jugak. biarlah rezeki aku ditentukan olehNya. jika ini balasan atas kedegilan aku selama ini, aku terima.

 

Mungkin aku bukan spt dahulu lg. tidak berharta, bekerjaya pun entah pape, dengan bebanan nk kahwin, bebanan hutang, cukup membuatkan hidup aku sesak, mental aku runtuh, bila terus memikirkan. jika PENAMAT adalah jalan yg t'baik, aku rela serahkan dan hambakan diri aku padaNya.




No comments:

Post a Comment