Sunday, May 29, 2011

Rindu ia~ sob..sob..sob..


pusing kiri
pusing kanan
aaahhhhhhhhhhh ! eqa x boleh tido la

nak keluar jumpa kwn2 dh lewat sgt dh ni
nak tgok tb cite pulak x besssssssss
ggrrrr nak tido je rasa.......tapi...........xboleh tido ler pulak !
sebab?

'benda' ni xada selama seminggu larrrr


sebab?


eqa hantar g dobi (Pusat Dobi Sinar) <---------promote sikit :)

basuh ler apa lagi..dh kotor sgt..hurmm

xbleh tdo x bleh tdo x bleh tdo

sebab x ada ia !!



kedai dobi tu ambil caj rm25 ! caya ka x? perghh mahal~ baek p basuh sendiri.

bukan malas nk basuh sendiri TAPI xada masa la~ (alasan BAEK punya~)

tauke dobi tu cakap suruh eqa amik hari khamis.. eqa cakap ler x boleh awal lagi ke? ok, deal, amik hari rabu...huhuhuhu tetap LAMA juga! mcm mana nak tido ni!!! arghh

actually x pernah pisah dengan ia.. td time keluar je dari kedai dobi rasa nk menitis air mata...sedih nk berpisah dengan ia.. :'(

hurmm cepatlah hari rabu...rindu nk peluk cium ia :'( eqa dh pesan 3 kali kt tauke dobi tu sebelum keluar dari pusat dobi tu..suruh cuci elok2 jaga ia elok2 sebab eqa syg sgt kt ia..tauke dobi tu senyum je... hahaha



sian ia...mesti kesejukkan..kesian mlm ni tido sorg2 eqa xteman..huwaaa x boleh tahan ni nk tunggu hari rabu..boleh x esok eqa pergi pusat dobi tersebut just nk tgok ia saja? nak pastikan ia selamat..huhuhu tp esok dobi tu tutup pulak sebab ari ahad. ok, hari isnin la pergi melawat :)


mood----> kerinduan


Saturday, May 28, 2011

Semakin lama perasaan itu semakin susut




bukan mudah nk menyayangi sesorang
bila perasaan syg itu muncul
susah pula nk dibuang
tetapi ianya pasti boleh dibuang
andai dia bukan jodohku :)



Alhamdulillah..jika selama ini eqa sgt susah nk buang perasaan yg bunga2 tu thadap seseorang ni..tp dengan berkat doa dan petunjuk yg tuhan berikan pada eqa, alhamdulilah ia semakin pudar.

memang susah nk lupakan orang yg kita sayang even though dia pernah sakitkan hati kita. memang mustahil perasaan itu boleh hilang dlm masa sebulan. sangatlah mustahil. tapi x mustahil jika kita mencubanya. :)

tiada satu benda yg xmustahil dengan izin daripadaNYA :) cuma ia mengambil masa untuk kita buang perasaan sayang itu. tuhan menguji kita. semakin susah kita nk lupakan dia, semakin kuat ujian tuhan.

Alhamdulillah, eqa x tertunggu-tunggu lagi... xmengharap lagi..mungkin masih ada lagi rasa syg n rindu itu...tp cukuplah ia sebagai satu "perisa tambahan dalam masakan".. ada pun ok..xada pun xpe :)

Mr.Misai~
Mr.Sepet~


i'm sorry. u all memang happiey sangat2 kan dengan statement i ini yg menyatakan bahawa "cukuplah sampai di sini~" semua kenangan itu xkan pernah hilang daripada ingatan, tidak akan lapuk dek zaman..tapi i akan pastikan segala kenangan bersama u all semua sebagai salah satu kenangan yg terindah even though kenangan itu kadangkala membuatkan hidup i jadi begitu terseksa. cukuplah kehadiran u all sebagai salah satu "penyeri diwaktu mlm kegelapan".. hehehe jiwang nyerrrr!

ok. x jiwang dh..rasa nk muntah berbakul-bakul nih..hahahahaha kat sini eqa nak nasihat sikit pada pihak lelaki dan perempuan khususnya kepada budak-budak yg berumur 18 tahun ke-bawah dan nk berjinak-jinak dengan dunia percintaan ni..eqa bagi 3 je..xmo lebih-lebih..sbb nanti u all bosan nk baca :)



  1. kalau rasa dh minat sangat kt sorang perempuan tu..jgn tunggu masa bputar. terus je masuk line. tp make it sure perempuan itu single n available. maklumlah perempuan sekarang kadang2 tu memang la single tp not available. carilah calon yg betul2 sesuai dengan u all yea..jgn satu dua bulan couple dah buat u all pening kepala :)
  2. kalau u all dh ada gf tu..buatlah cara ada gf yea..jgn susahkan diri u all nk berlagak mcm single. hurm ni banyak sgt berlaku. dh ad gf tp gf bz or duduk jauh..hurm mula la mencari yg lain..sebab? mestilah sebab sunyi or bosan. hurm u all cari nahas je kalau cari perempuan lain..
  3. janganlah mudah tpedaya dengan pujuk rayu gf u all tu..pada-pada la sikit. ni x..oleh sebab syg semua diturutkan. aiyo x mo la mcm tu. u all bercinta bagai nk gila pun kalau dia bukan jodoh kamu..tetap kamu x dpt bersatu.iye x? nt xpasal-pasal lepas clash tuntut balik semua benda n duit yg u all bg kt gf u all tu. kn buruk siku tu namanya..ye x?


  1. xpayah la terhegeh-hegeh mengharapkan cinta lelaki yg u all sayang kalau lelaki itu x hargai cinta n syg kamu. hehe sambil nasihatkan diri sendiri~
  2. kalau lelaki tu dh ada gf or isteri jgnlah ngada-ngada nk layan kerana kalau terbit rasa syg tu pada lelaki tersebut..alamat sengsara la hidup u all..hehehe pun nasihatkan diri sendiri jugak~
  3. eqa taw perempuan ni memang kuat sangat cemburunya..hurm tp janganlah sampai sekat kebebasan boy korang tu. kesian dia.dia pun ada life dia sendiri. xsalah nk mengawal tp jgn la mengongkong sangat..nampak u all x matang taw. be relax. be sporting..tp jangan pula bg kebebasan sgt..lelaki ni kalau dibg peluang~ gelaplah masa depan u all :)


kepada lelaki2..jangan berani-beranikan diri mengambil kesempatan terhadap kelembutan hati wanita. jagalah maruah mereka sebagai seorang perempuan kerana perempuan itulah yg akan melahirkan zuriat untuk kamu

kepada perempuan2..janganlah kamu dengan beraninya menyerahkan segalanya kepada lelaki yg kamu syg. kamu punyai akal..boleh berfikir dengan waras..yg mana satu binatang yg mana satu hamba Allah yg beriman.


Thursday, May 19, 2011

Mengharap





"MEMANG INDAH SESANGAT SETIAP DETIK KENANGAN BERSAMAMU"

Berharap sangat ayat itu ditujukan untuk eqa.






mood--------------> mengharap




Kau Sombong


Kau sombong! kau sombong! kau sombong! Ahh benci aku.

Dah la.x nak tunggu kau lagi!

Kau sombong sangat!

Kau mungkir janji!

Kau kata nak kawan dengan aku

Nak jaga aku

Kau tipu!

Kau memang jahat.

Aku x suka kau

Time kau kahwin jangan hantar kad undangan kt aku

Sebab aku xnak pergi

Buang kertas & duit kau je

Aku x nak ada kaitan dengan kau lagi

Sebab kau terlampau sombong

Selamat tinggal romeo~

[Tetiba]

Hahahahaha
Ingat!

Kau banyak dosa kat aku

Aku x kan lupakan segala perbuatan yg kau buat kat aku

Ingat dua perkataan ini...

HUKUM KARMA

Moga kau bahagia

Selamat jalan romeo~



mood--------------> kompius


Wednesday, May 18, 2011

Ini takdirnya



Ya Allah..mohon Kau bagi aku kekuatan untuk aku harungi dugaan yang Kau berikan pada aku ini Ya Allah.aku merayu.aku merayu.aku mohon Kau buangkanlah perasaan syg & rindu aku pada dia Ya Allah kerana aku begitu terseksa sekarang.

Perasaan eqa berat sangat sekarang. eqa rasa nak menjerit je sekarang. nak menjerit tapi kt dalam office..haizz ku tahan sajalah.. persoalannya sekarang kenapa eqa masih fikirkan dia. kenapa? mungkin salah eqa sebab muncul dalam hidup dia ataupun salah dia sebab hadir dalam hidup eqa tanpa diundang?

Ahhhhh! rumitnya!

kenapa eqa cakap ianya sesuatu yang merumitkan? sebabnya mudah sahaja.

Si dia sudah ada kekasih hati dan mungkin si perempuan itu adalah bakal isterinya. mereka sudah menjalinkan hubungan cinta selama 6 tahun lebih. itu apa yang dia beritahu eqa.

Masalahnya sekarang..dia cinta pertama eqa. eqa ambil masa begitu lama untuk melupakan dia dan hilangkan perasaan cinta & sayang eqa pada dia.beberapa bulan yang lepas dia kembali muncul dalam hidup eqa. selama lebih kurang sebulan kami jadi semakin rapat kembali.

eqa taw apa yang eqa buat adalah salah sama sekali. eqa juga pernah buat keputusan untuk berkongsi kasih.huhuhu begitu desperate kan? hanya tuhan saja taw perasaan eqa pada dia sebanyak mana.

eqa juga pernah berangan eqa akan memiliki dia sebab dia cakap dia sayang kt eqa. eqa rasa bahagia sangat taw. eqa rasa mcm penantian eqa selama bertahun-tahun ni berbaloi sangat. bayangkanlah eqa tunggu dia dari form 1 sampai sekarang. cuba kira berapa tahun? hampir 10 tahun kot. sebab tu eqa xkira even dia dh ada gf sekarang eqa sanggup berkongsi kasih. tapi sampai bila kan? betul x?

eqa ni manusia yg x boleh lari daripada sifat cemburu. eqa selalu menangis tiap kali eqa tengok profile fb dia bila gf dia bg ayat2 syg kt dia & vice versa. sakitnya hati eqa ni tuhan sahaja yg taw. tp bila eqa fikir eqa dh ada peluang nk rapat dengan dia eqa terpaksa tahankan juga. even kadang2 eqa rasa eqa diperbodohkan.

Tapi sampai satu tahap eqa betul-betul x boleh tahan & eqa bukan seorang yg kuat untuk lalui semua ini, eqa ambil keputusan mengundurkan diri. walaupun dia xkasi & dia ckp jangan buat mcm ni pada dia..tp eqa rasa eqa xmampu nk teruskan penipuan ini. banyak sangat sebab.eqa rasa hidup eqa macam x berkat sebab eqa rampas kebahagiaan orang lain. eqa rasa berdosa sangat. eqa takut b'laku hukum karma lagipun tuhan kn Maha Adil. jadi eqa memilih untuk mengundurkan diri walaupun jauh dilubuk hati eqa..eqa x mau tinggalkan dia..xmau jauhkan diri eqa dari dia sebab eqa terlalu sayangkan dia.tp eqa terpaksa.eqa terpaksa demi kebahagiaan dia dan pasangan dia.

Akibatnya sekarang

eqa menangis tiap kali melihat profile fb dia sebab eqa terlalu rindukan dia

eqa selalu terbayang-bayang muka dia, kelibat dia. teringat moment dia tunggu eqa bersiap-siap nk keluar pergi dinner dengan dia. dia tunggu kt kereta.kadang-kadang dia tunggu lama kt kereta. kereta myvi hijau. kesian dia. tp dia x kisah.ada satu malam tu dia sanggup temankan eqa pergi shopping kt jusco. that time dia baru je balik daripada hantar mak dia pergi rumah saudara dia kt kluang x silap. bayangkanlah..huhu tuhan saja yg taw begitu eqa hargai dia.

eqa tertunggu-tunggu message dia. tiap2 malam kot. kalau dulu dia rajin msg eqa. tiap kali nk tdo ada juga la dia bg msg kt eqa. x banyak kadang2 dua je. tp itu pun dh cukup buat hidup eqa sempurna. tp tidak lagi sekarang. selepas eqa memilih untuk berundur diri.mungkin dia menghormati keputusan eqa ataupun dia semakin melupakan eqa. hmmm entahlah. macam2 bermain kt kepala ni.

Kalau dulu dia selalu ambil tau pasal eqa. at least dia akan cari eqa kt fb. bila eqa online, nanti tiba2 je dia muncul kt ruangan chat tu. tanya khabar ke apa ke. tp kini tidak lagi. xtaw la kenapa.kadang-kadang ada juga eqa chat dengan dia. tp dia nk x nk je reply.so eqa pun paham la dengan situasi dia tu.

Totally dia berubah sejak dia beli kereta baru. dia beli kereta vios.teringat time dia nk beli kereta tu. time tu ktrg keluar makan roti canai. time tu la dia bgtaw yang dia nk beli kereta vios.oh sekarang sudah jadi realiti dia nk memiliki vios dan kini dia pun dh melupakan eqa. xpe. eqa terima :)

Lelaki kan..siapa yg x kenal dengan sifat mereka.mereka mudah untuk ucapkan sayang pada seorang perempuan dan mudah juga untuk melupakan dan mengabaikan seorang perempuan. xpe. eqa terima. :)

Eh. tidak juga. mungkin dia xmahu ganggu hidup eqa lagi rasanya sebab dia dh ada gf kn. jadi dia pun memilih untuk tidak curang dengan gf dia. bagus la macam tu. memang itu yg sepatutnya.

and eqa?

apa kesudahannya? eqa sendiri pun x dapat nk pk. mak eqa ada tanya sesuatu kt eqa..

mak : eqa, kau dh x kawan yea dengan si dia tu?
eqa: x mak. eqa xnak la ganggu hubungan orang lain. xbaik kn?
mak: oh.ok.mak cuma tanya saja.

time tu muka mak kecewa sangat. sebab parent eqa kenal rapat dengan parent si dia ni. dan mak suka sangat kalau eqa bersatu dengan si dia ni. tp malangnya impian mak eqa musnah. xpe la mak. lagi teruk kalau kita musnahkan hubungan orang kn? adalah lebih baik kita berundur dan insyaAllah ada jodoh eqa nanti. insyaAllah yg lebih baik dari yg sebelumnya. Tuhan x pernah kejam terhadap hambaNya. :)

mungkin sekarang tuhan sedang menguji eqa mak. tp mak yakinlah pada eqa. eqa ini anak yg kuat mak. mak jangan risau yea. insyaAllah mak..jodoh eqa ada. cuma cepat and lambat kita xtaw. eqa akan terus berdoa agar ditemukan dengan jodoh yg baik. mak jangan risau yea. mak jangan risau eqa xada pasangan sekarang. kalau mak risau..eqa lagi risau..kita yakin pada tuhan yea mak. insyaAllah. :)




maaf mak. eqa sedikit kecewakan hati mak. tp eqa punyai sebab yg sangat munasabah meninggalkan dia. harap mak paham & mak x menangis lagi sebab eqa. cukuplah sebelum ini mak menitiskan air mata mak sebab eqa terlalu degil xdengar ckp mak eqa bkawan dengan Mr.Sepet
Maaf mak.
eqa KUAT
eqa pasti xkan kecewakan mak lagi
doakan untuk kebahagiaan eqa mak
doakan kejayaan eqa dalam hidup
supaya eqa dapat balas balik pengorbanan mak terhadap eqa selama ini
eqa syg mak



-sekian-





Monday, May 16, 2011

untitle

Hari ini sy menangis.







sebab sy terlalu rindukan awak Mr.Misai







-sekian-


Cukup hanya sekali


Current mood -----> lost

Di mana kamu wahai Mr.Misai?

Sy tunggu kamu msg sy.. tapi tiada.. sy on facebook..b'harap kamu menegur sy. tp kamu terus melarikan diri. senyap saja..sy rindu sama kamu Mr.Misai ! !

Tadi, sy buka pintu..tiba-tiba teringat saat kamu menunggu sy bersiap-siap untuk keluar makan malam b'sama kamu..rindu sangat moment itu..sy rindu la sama kamu Mr.Misai ! ! benci perasaan itu ! ! Aaahhh!

Bila sy buka dompet sy, sy nampak gambar kamu Mr.Misai ! sy mula menangis sebab terlalu rindu sama kamu

Bila sy drive kereta, sy ternampak kereta MyVi hijau @ Vios..sy teringat pada kamu Mr.Misai ! ! Arghhhh ! almost kill me..

Macam mana sy mahu buang kamu? mahu buang perasaan itu jauh2? sebab kamu cinta pertama sy ! ! kenapa kamu muncul semula? kenapa kamu muncul skrg?

Kini kamu memilih menjauhkan diri kamu daripada sy.

Sy xtaw kenapa

Mungkin kamu rasa itu adalah yg terbaik buat kamu dan sy.

Semoga kamu b'bahagia dengan bakal isteri kamu itu.

Kamu lebih berbahagia bersama dengannya.

Mungkin kisah kamu dan sy hanyalah ilusi semata-mata.

Semoga kamu bahagia.


-Selamat tinggal-


-AZAT-


Thursday, May 12, 2011

Akanku kotakan janji mencintaimu sehingga hari ini






Ada kalanya kita harus berhenti mencintai seseorang...Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita...tetapi kita menyedari bahawa orang yang kita cintai merasa lebih bahagia apabila bersama orang lain


Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati..sehingga kita kehilangannya..
Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi


Begitu hidup ini..tiada yang abadi..yang patah tumbuh..yang hilang berganti...
Kau telah jauh..jauh dariku...tiada ruang di hati buatmu..
Namun harus..aku akui..ada ketika..di minda kau menjelma kembali




Adakah aku punyai waktu untuk mencintai orang yang aku sayang jika maut terlebih dahulu memanggilku..
aku berharap aku punyai peluang untuk mencintaimu semula walaupun cintaku tidak berbalas..aku pasrah..aku redha..kerana kamu memilih untuk bersama dengan orang lain. Namun aku yakin..aku mampu mengharungi hidup ini tanpamu di sisi