Wednesday, May 18, 2011

Ini takdirnya



Ya Allah..mohon Kau bagi aku kekuatan untuk aku harungi dugaan yang Kau berikan pada aku ini Ya Allah.aku merayu.aku merayu.aku mohon Kau buangkanlah perasaan syg & rindu aku pada dia Ya Allah kerana aku begitu terseksa sekarang.

Perasaan eqa berat sangat sekarang. eqa rasa nak menjerit je sekarang. nak menjerit tapi kt dalam office..haizz ku tahan sajalah.. persoalannya sekarang kenapa eqa masih fikirkan dia. kenapa? mungkin salah eqa sebab muncul dalam hidup dia ataupun salah dia sebab hadir dalam hidup eqa tanpa diundang?

Ahhhhh! rumitnya!

kenapa eqa cakap ianya sesuatu yang merumitkan? sebabnya mudah sahaja.

Si dia sudah ada kekasih hati dan mungkin si perempuan itu adalah bakal isterinya. mereka sudah menjalinkan hubungan cinta selama 6 tahun lebih. itu apa yang dia beritahu eqa.

Masalahnya sekarang..dia cinta pertama eqa. eqa ambil masa begitu lama untuk melupakan dia dan hilangkan perasaan cinta & sayang eqa pada dia.beberapa bulan yang lepas dia kembali muncul dalam hidup eqa. selama lebih kurang sebulan kami jadi semakin rapat kembali.

eqa taw apa yang eqa buat adalah salah sama sekali. eqa juga pernah buat keputusan untuk berkongsi kasih.huhuhu begitu desperate kan? hanya tuhan saja taw perasaan eqa pada dia sebanyak mana.

eqa juga pernah berangan eqa akan memiliki dia sebab dia cakap dia sayang kt eqa. eqa rasa bahagia sangat taw. eqa rasa mcm penantian eqa selama bertahun-tahun ni berbaloi sangat. bayangkanlah eqa tunggu dia dari form 1 sampai sekarang. cuba kira berapa tahun? hampir 10 tahun kot. sebab tu eqa xkira even dia dh ada gf sekarang eqa sanggup berkongsi kasih. tapi sampai bila kan? betul x?

eqa ni manusia yg x boleh lari daripada sifat cemburu. eqa selalu menangis tiap kali eqa tengok profile fb dia bila gf dia bg ayat2 syg kt dia & vice versa. sakitnya hati eqa ni tuhan sahaja yg taw. tp bila eqa fikir eqa dh ada peluang nk rapat dengan dia eqa terpaksa tahankan juga. even kadang2 eqa rasa eqa diperbodohkan.

Tapi sampai satu tahap eqa betul-betul x boleh tahan & eqa bukan seorang yg kuat untuk lalui semua ini, eqa ambil keputusan mengundurkan diri. walaupun dia xkasi & dia ckp jangan buat mcm ni pada dia..tp eqa rasa eqa xmampu nk teruskan penipuan ini. banyak sangat sebab.eqa rasa hidup eqa macam x berkat sebab eqa rampas kebahagiaan orang lain. eqa rasa berdosa sangat. eqa takut b'laku hukum karma lagipun tuhan kn Maha Adil. jadi eqa memilih untuk mengundurkan diri walaupun jauh dilubuk hati eqa..eqa x mau tinggalkan dia..xmau jauhkan diri eqa dari dia sebab eqa terlalu sayangkan dia.tp eqa terpaksa.eqa terpaksa demi kebahagiaan dia dan pasangan dia.

Akibatnya sekarang

eqa menangis tiap kali melihat profile fb dia sebab eqa terlalu rindukan dia

eqa selalu terbayang-bayang muka dia, kelibat dia. teringat moment dia tunggu eqa bersiap-siap nk keluar pergi dinner dengan dia. dia tunggu kt kereta.kadang-kadang dia tunggu lama kt kereta. kereta myvi hijau. kesian dia. tp dia x kisah.ada satu malam tu dia sanggup temankan eqa pergi shopping kt jusco. that time dia baru je balik daripada hantar mak dia pergi rumah saudara dia kt kluang x silap. bayangkanlah..huhu tuhan saja yg taw begitu eqa hargai dia.

eqa tertunggu-tunggu message dia. tiap2 malam kot. kalau dulu dia rajin msg eqa. tiap kali nk tdo ada juga la dia bg msg kt eqa. x banyak kadang2 dua je. tp itu pun dh cukup buat hidup eqa sempurna. tp tidak lagi sekarang. selepas eqa memilih untuk berundur diri.mungkin dia menghormati keputusan eqa ataupun dia semakin melupakan eqa. hmmm entahlah. macam2 bermain kt kepala ni.

Kalau dulu dia selalu ambil tau pasal eqa. at least dia akan cari eqa kt fb. bila eqa online, nanti tiba2 je dia muncul kt ruangan chat tu. tanya khabar ke apa ke. tp kini tidak lagi. xtaw la kenapa.kadang-kadang ada juga eqa chat dengan dia. tp dia nk x nk je reply.so eqa pun paham la dengan situasi dia tu.

Totally dia berubah sejak dia beli kereta baru. dia beli kereta vios.teringat time dia nk beli kereta tu. time tu ktrg keluar makan roti canai. time tu la dia bgtaw yang dia nk beli kereta vios.oh sekarang sudah jadi realiti dia nk memiliki vios dan kini dia pun dh melupakan eqa. xpe. eqa terima :)

Lelaki kan..siapa yg x kenal dengan sifat mereka.mereka mudah untuk ucapkan sayang pada seorang perempuan dan mudah juga untuk melupakan dan mengabaikan seorang perempuan. xpe. eqa terima. :)

Eh. tidak juga. mungkin dia xmahu ganggu hidup eqa lagi rasanya sebab dia dh ada gf kn. jadi dia pun memilih untuk tidak curang dengan gf dia. bagus la macam tu. memang itu yg sepatutnya.

and eqa?

apa kesudahannya? eqa sendiri pun x dapat nk pk. mak eqa ada tanya sesuatu kt eqa..

mak : eqa, kau dh x kawan yea dengan si dia tu?
eqa: x mak. eqa xnak la ganggu hubungan orang lain. xbaik kn?
mak: oh.ok.mak cuma tanya saja.

time tu muka mak kecewa sangat. sebab parent eqa kenal rapat dengan parent si dia ni. dan mak suka sangat kalau eqa bersatu dengan si dia ni. tp malangnya impian mak eqa musnah. xpe la mak. lagi teruk kalau kita musnahkan hubungan orang kn? adalah lebih baik kita berundur dan insyaAllah ada jodoh eqa nanti. insyaAllah yg lebih baik dari yg sebelumnya. Tuhan x pernah kejam terhadap hambaNya. :)

mungkin sekarang tuhan sedang menguji eqa mak. tp mak yakinlah pada eqa. eqa ini anak yg kuat mak. mak jangan risau yea. insyaAllah mak..jodoh eqa ada. cuma cepat and lambat kita xtaw. eqa akan terus berdoa agar ditemukan dengan jodoh yg baik. mak jangan risau yea. mak jangan risau eqa xada pasangan sekarang. kalau mak risau..eqa lagi risau..kita yakin pada tuhan yea mak. insyaAllah. :)




maaf mak. eqa sedikit kecewakan hati mak. tp eqa punyai sebab yg sangat munasabah meninggalkan dia. harap mak paham & mak x menangis lagi sebab eqa. cukuplah sebelum ini mak menitiskan air mata mak sebab eqa terlalu degil xdengar ckp mak eqa bkawan dengan Mr.Sepet
Maaf mak.
eqa KUAT
eqa pasti xkan kecewakan mak lagi
doakan untuk kebahagiaan eqa mak
doakan kejayaan eqa dalam hidup
supaya eqa dapat balas balik pengorbanan mak terhadap eqa selama ini
eqa syg mak



-sekian-





No comments:

Post a Comment