Friday, December 27, 2013

Menanti Detik Perpisahan, Sungguh ku Tak Bisa


Hari demi hari, penantian bakal berakhir, berat kaki ini melangkah, berat lg untuk meninggalkan. cuba untuk menerima hakikat dan bertabah, tetapi makin dicuba, seakan makin sukar untuk dilaksanakan. bagaimanakah kehidupan kami berdua pada hari-hari yg bakal mendatang? x terucap dgn kata-kata, tak terbayang dgn angan-angan. bayangan beliau akan menghantui setiap saat masa yg diluangkan sewaktu di sana.


Beliau nampak tenang, terukir senyum tatkala aku merenung dalam ke matanya. kelopak mata aku seakan tak tertanggung untuk menampung takungan air mata yg bakal mengalir tak kira masa. Fikiran aku bermain-main, berfikir bagaimana beliau tanpa aku disisi.. berjauhan dengan aku.. merindui aku tatkala aku jauh di sana.. bagaimana pula aku? beliau yg selalu menjadi peneman hidupku.. susah atau senang, gembira atau sedih, sakit atau sihat.

Jika dulu, bancuhan air milo akan ku berikan pada beliau.. bersarapan sama-sama di pentri. sambil berbincang hal-hal kami. tawa, senyum, gelak, mcm-mcm ragam kami. tetapi kami tetap sayang. sebab itulah kami.

Kami habiskan sisa-sisa masa kami bersama, sebelum kami berpisah. tak dapat aku bayangkan, masa perpisahan kami pada hari ahad ini bagaimana keadaannya. kini dia masih kekal tenang dan seakan tidak rasa apa-apa. tetapi aku, x mampu menjadi sekuat beliau. jika diizinkan, mahu sekiranya aku terus bersama di sisi beliau. tak perlu berhijrah. kerana aku x mampu untuk hidup jauh dari hidup beliau. sebab aku x mampu.


Banyak kenangan manis yg kami cipta bersama, yg menjadi kenangan kami setiap masa, bagaimana harus aku lalui? bagaimana? beliau tidak punyai sesiapa di bumi johor ini melainkan sahabat. rakan serumah pun turut sama berhijrah. siapa nak teman beliau makan? cari barang? tengok wayang? siapa? jika dulu aku... tp kini siapa? sepatutnya beliau lagi berasa sedih dan rasa kehilangan. tp tidak. beliau kekal tenang dan terus memberi senyuman.

Apa yg mampu aku  buat adalah doakan yg terbaik untuk beliau. nurkilan ini aku tinggalkan untuk tatapan beliau jika terlalu rindukan kenangan kami. insya Allah semua ini hanya sementara. kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan hubungan kami bersama. jauhkan daripada perasaan cemburu dan juga salah phm sesama sendiri. Insya Allah.. Ameen ;')


Pesanan untuk awak syg:

Jaga diri awak baik-baik ye syg. ini hanya sementara. sy yakin kita akan bersama semula. awak jgn lupa makan ye. awk jg kesihatan awk baik-baik. bila sy tgok jam, nmpk je pukul 10, itu tanda awk harus masuk ofis. sy je yg phm. then pukul 4 ptg masuk ofis balik. sy xkn lupa itu. jemput-jemput. mknn yg awk suka sgt. nt sy balik, sy buatkan ye. sepanjang tempoh sy tiada bersama awak ni, awk jgn lupa untuk rindu sy tau sbb sy sentiasa akan rindu awk setiap masa dan sy syg awk sepenuh hati syg. jgn nakal-nakal. kalau awk nk pegi memancing, silalah.. sy izinkan syg. jika awk nk main badminton... juga sy izinkan. cumanya bila main tu jgn smpai injurt tau. nt sy risau. sy jauh. :') 
Akhir sekali...selamat tinggal syg. ;')





The Journey to be Halal - Part 5: Bridal, Got Confius to Choose


Alhamdulillah.. pencarian selama hampir sebulan berakhir jua. the most important thing dlm majlis perkahwinan, Bridal @ mak andam. fuhh merata dok mencari dari siang hingga ke mlm, bertekak sampai tarik-tarik rambut (propa je). Syukur, jumpa juga yg mjadi idaman hati. Pilihan bridal, Senorita Wedding Planner ;)


I just wondering kenapa bakal-bakal pengantin ni suka sgt amik pak andam. skrg baru eqa rse ap mereka rasa. sepanjang tempoh pencarian eqa, memang eqa kagum dgn hasil keje pak andam ni. kemas, cantik, menarik, up to date and yg penting idea kreatif. bila eqa g butik yg diuruskan oleh mak andam... mak aii old fashion sungguh. baju jenis net bunga telur. eeeuuu x sanggup nak pakai. hohoho

Alhamdulillah, bridal yg eqa pilih ni agak berpuas hati la.. dari segi layanan, curahan idea, baju pengantin, pelamin and package. dorg jenis lebih kurang je. sesetengah bridal brg-brg yg nk pakai time majlis tu kadang-kadang x masuk dlm package. kene sewa under charge lain lg. huhu bridal yg ni, abg didie n noni relax je bg lebih kurg. nice job! suka sgt.

Cuti kelmarin, pergi deposit duit & booking tarikh. Kami ni asik gaduh je. xde persefahaman. sorg nak mcm ni.. sorg kata cmni... huhu sampai abg didie pn pening pale n decide suh ktrg bincang dulu leklok. susah rupanya nk buat pilihan ni bila dh terlampau byk sgt pilihan yg ada. yela.. baju pengantin semua cantik-cantik. kaler x yah ckp la.. memang berlambak kaler yg ada. huhuhu pelamin x yah ckp.. memang pening nk pilih.


Isu pasal pelamin ni pulak, abg didie ni tye eqa umah berapa kaki. sebab ada pelamin 16 & 12 kaki. 12 kaki tu kecik la sikit. huhuhu sedih pulak. sbb ruang rumah tu mcm x support 16 kaki. sedih..... pasal pelamin tu pun abg didie suh ktrg balik bwk bincang elok-elok dulu. hahaha..

 So excited sgt time jumpa bridal, bincang-bincang tema and plan ktrg. ukur badan pun sudah. harap-harap sgt diet kali ni menjadi n turun la sikit bdn ni. kalau x sian abg didie kena adjust byk untuk baju. huhuhuhu

Alhamdulillah, selesai sudah part bridal. cumanya, kami kena dtg balik jumpa abg didie untuk tetapkan baju n pelamin. mungkin dalam bulan 1 atau awal bulan 2. insya Allah, moga dipermudahkan segala urusan yg akan dtg. Ameenn ;)




Friday, December 13, 2013

Kau Pergi Jua...Berat Hati, tapi Pilihan Apa Yg Ada




Lonjak hati ni bila Incik tunang btw dia xjd nak ikut trip company ke china Feb ni. tuhan sahaja yg tahu gembiranya hati ini. bukan dengki x bg pergi, tp xrela berjauhan. 5 hari tu. jauh pulak tu. even dia balik terengganu pn eqa dh meraung mcm apa. ni lg la, pergi china. xdpt nk gambarkan perasaan sedih ni.


Jangan terlalu gembira, nanti kesedihan pasti muncul. see? smlm dapat msj daripada our boss. mewajibkan semua staff pergi ke china without no more excuse. except atas reason yg munasabah dan diterima. contoh, isteri nak bersalin. so for him memang xde excuse la kan? pagi ni dia terus pergi buat passport dgn si poji ni. apa yg eqa harapkan musnah, dan eqa kene hadapi jgk last-last. xpalah. mungkin ini salah satu dugaan? mungkin..

 

Dia ada tanya eqa, eqa ni berat hati x nak lepaskan dia pergi ke china. dlm hati membuak-buak suh btw kt dia yg eqa berat hati sgt. mcm-mcm kt pale ni pikir. mcm mne la keadaan dia nt kt sana. selamat ke, cukup mkn ke, x bahaya ke kt sna, selamat ke naik flight. huhuhu mungkin too much thinking. Insya Allah, fikir yg baik-baik saja. moga selamat pegi dan pulang. Amin
 
 



The Journey to be Halal - Part 4: Prepare Theme Shirt, Pick Most Wanted Fabric


Finally done! isnin lepas rombongan cik kiah tmasuk kak noi, mak, kak win, cik amah, along, zati, auni dan eqa skali turun ke angsana, pegi cari kain untuk baju time majlis. baju dorg le. nak jugak! mengalahkan bakal pengantin. hohoho.


Punya la cerewet all the kiahans. semua kedai kain kami masuk. mula-mula masuk ke Kamdar. masuk pintu depan terus keluar pintu belakang. pilihan yg dorg offer mak aii,,, fesyen lame. so tumpang lalu kedai tu je la. sama mcm kt Gulatis. pilihan punya la sikit harap mahal je. at last, Jakel jugak pilihan. situ memang banyak pilihan tp kualiti kain untuk baju x berapa cun sgt. tapi xde pilihan nk buat mcm mana.



Takde pilihan salah, banyak pilihan pun salah. banyak pilihan sebab pening nak pilih yg mana. kalau pikir idea eqa dalam pale ni eqa nk beli kain satin plain. nanti letak lace ke manik ke kt baju tu. tapi dorg xnak. nak jugak baju bercorak. suka hati korg la. gaduh la masing-masing ye. jln punya jln, pilih punya pilih last-last mata eqa terpandang kt satu patung ni. kaler memang ikut dh tema. pink turquoise. so we decide nak amik kain tu je. senang. sebab masing-masing dh kepenatan.

Alhamdulillah. dapat. beli kain bermeter-meter. pening sehhh. untungla family eqa dpt baju sedondon semua. tmasuk makcik pakcik sekali. tp yg lelaki pakai t-shirt je nanti. belum tempah lg. sebab tgh nk design pastu along akan uruskan.so many thanks to kak noi sebab dia yg sponsor kain tu. ingt che tah je ad org nk sponsor. eqa pun hado lah! haha t-shirt tu nk suh along lak sponsor. hehe.

eqa segan sebenarnya. ni majlis eqa. tapi dorg kena keluarkan duit pulak. dorg ckp, eqa pergi uruskan barang-barang kawin, urusan kawin eqa saja. benda-benda lain biar dorg uruskan. huhu untung sgt dpt family member mcm tu. syg mereka. syg sgt! ;)

Anak bongsu, so wht do you expect? haa. nada sombong pulak. ish2.. xde lah.. huhu anak mana-mana pun sama sahaja. yg penting nilai kasih syg dlm sebuah keluarga tu sendiri yg main peranan. sedalam mana cinta dan kasih syg antara satu sama lain. susah sama-sama, senang merasa sama-sama. moga segala persiapan kami dipermudahkan. Amin.


#Dah mula distribute baju-baju. so for those yg b'tuah dpt tu, jgn lupa pulak anta pergi upah. kos upah ditanggung sendiri ye. ;)



Thursday, December 5, 2013

Hidup ini Tak Layak untuk Aku Jelajahi


Dugaan itu terasa berat, bukan ini yg dirancang, tapi tuhan tentukan sebegini rupa. bukan aliran ini yg aku mahukan, bukan laluan ini yg aku idamkan, bukan jalan ini yg aku mimpikan. tapi mengapa? semua ini terjadi. berat sungguh dugaan yg diberikan. aku seakan putus asa dengan ketentuan yg telah ditakdirkan ke atas aku.

Dalam beberapa hari saja lg aku bakal meninggalkan kerjaya aku selama ini. dengan harapan ada rezeki yg menanti. tp hari demi hari, aku tunggu deringan telefon, balasan email daripada syarikat yg aku mohon, namun ia hanyalah mimpi kosong. how? how? how do i want to survive? TELL ME HOW!

Wujudnya diri aku di sini, seakan tidak diperlukan lg. perkhidmatan aku tidak lagi dipeduli. seakan menghalau aku untuk keluar cepat daripada syarikat ini. aku redha, aku pasrah. memang jalan ini yg aku pilih. demi memuaskan hati semua, aku nekad berhenti jugak. biarlah rezeki aku ditentukan olehNya. jika ini balasan atas kedegilan aku selama ini, aku terima.

 

Mungkin aku bukan spt dahulu lg. tidak berharta, bekerjaya pun entah pape, dengan bebanan nk kahwin, bebanan hutang, cukup membuatkan hidup aku sesak, mental aku runtuh, bila terus memikirkan. jika PENAMAT adalah jalan yg t'baik, aku rela serahkan dan hambakan diri aku padaNya.




Monday, December 2, 2013

The Journey to be Halal - Part 3: Pick the Curtain, Exhausted and Tired


Morning ;)

Sabtu lepas along call ajak eqa pergi cari langsir rumah. actually we plan nk cari langsir since bln 9 lagi tp sebab along punya sibuk tu mengalahkan menteri besar johor, so kenalah tunggu masa yg btl2 dia free. akhirnya sabtu lepas tu dpt lah kami pergi cari langsir. kt Jakel je. fyi, now Jakel tengah sale gila-gila tahu! year end sale katanya ;)

Masuk je Jakel along terus pegi cari design langsir. x banyak sgt yg cantek di mata eqa. tapi along & mak dh buat keputusan nk design yg x crowded n simple ja.


Aim dlm kepala ni nak cari langsir kaler pink. xdpt kaler pink semua pn xpe. janji ada jgk kaler pink sikit-sikit. sampai kt Jakel dlm pukul 3++ mcm tu. eqa pegi sekali dgn mak, along & anak dara along sorg, izzati. dalam bab memilih ni eqa paling susah nak buat keputusan. kt Jakel tu sampai kul 5++ semata nak cari langsir yg betul-betul sesuai dgn majlis dan dalam masa yg sama cantek di mata eqa ;) kesian kat staff Jakel tu kena entertain. nasib baik x jemu melayan karenah kami yg agak cerewet dalam memilih.


Alhamdulillah, dapat juga. langsir kaler pink +  gold. settle cari langsir untuk bahagian badan, pergi pilih pulak kain untuk buat header. satu masalah jugak nak matching kn kaler header dengan body. kena pilih lagi. bila dah jumpa kaler yg sesuai, kain x cukup la pulak. kalau ada pun x sesuai, xberapa matching, x cantekk. huhu dugaan betul. last-last along yg buat decision sbb eqa dh t'lampau penat.

eqa dah bosan, eqa pun pegi la jalan-jalan kt section lain. section cadar. banyak lah jugak pilihan. harga pun mcm-mcm. beribu pun ada. tetiba eqa terpandang kt satu section ni. Katil! dorg display cadar tu kt katil. katil tu cantik pulak. tetiba ada satu perasaan nk decorate katil mcm tu nanti time majlis. anyway anyhow, cadar kt katil tu pn cantik. pink !! tp bukan pink soft pulak. hihi


Langsir settle. yg nak menjahitnya, sapa lg. along lah mangsanya. hahahaha dia tengah pening pale takut x cukup masa nak siapkan jahit. bayanglah. 68 meter kain nk kne jahit. memang x tido mlm la ye. minggu depan dia dh start tanda paper exam spm, paper biologi. hurm bulan 1 dh nk naik sekolah. bila dh naik sekolah, bz dia xleh nk cakap lah. huhu hope sgt sempat siap langsir tu ;)

Ok lah, part 3 settle sudah. mohon agar semua persiapan, perancangan yg akan datang dpt berjalan dengan lancar. -AMIN-