Friday, December 27, 2013

Menanti Detik Perpisahan, Sungguh ku Tak Bisa


Hari demi hari, penantian bakal berakhir, berat kaki ini melangkah, berat lg untuk meninggalkan. cuba untuk menerima hakikat dan bertabah, tetapi makin dicuba, seakan makin sukar untuk dilaksanakan. bagaimanakah kehidupan kami berdua pada hari-hari yg bakal mendatang? x terucap dgn kata-kata, tak terbayang dgn angan-angan. bayangan beliau akan menghantui setiap saat masa yg diluangkan sewaktu di sana.


Beliau nampak tenang, terukir senyum tatkala aku merenung dalam ke matanya. kelopak mata aku seakan tak tertanggung untuk menampung takungan air mata yg bakal mengalir tak kira masa. Fikiran aku bermain-main, berfikir bagaimana beliau tanpa aku disisi.. berjauhan dengan aku.. merindui aku tatkala aku jauh di sana.. bagaimana pula aku? beliau yg selalu menjadi peneman hidupku.. susah atau senang, gembira atau sedih, sakit atau sihat.

Jika dulu, bancuhan air milo akan ku berikan pada beliau.. bersarapan sama-sama di pentri. sambil berbincang hal-hal kami. tawa, senyum, gelak, mcm-mcm ragam kami. tetapi kami tetap sayang. sebab itulah kami.

Kami habiskan sisa-sisa masa kami bersama, sebelum kami berpisah. tak dapat aku bayangkan, masa perpisahan kami pada hari ahad ini bagaimana keadaannya. kini dia masih kekal tenang dan seakan tidak rasa apa-apa. tetapi aku, x mampu menjadi sekuat beliau. jika diizinkan, mahu sekiranya aku terus bersama di sisi beliau. tak perlu berhijrah. kerana aku x mampu untuk hidup jauh dari hidup beliau. sebab aku x mampu.


Banyak kenangan manis yg kami cipta bersama, yg menjadi kenangan kami setiap masa, bagaimana harus aku lalui? bagaimana? beliau tidak punyai sesiapa di bumi johor ini melainkan sahabat. rakan serumah pun turut sama berhijrah. siapa nak teman beliau makan? cari barang? tengok wayang? siapa? jika dulu aku... tp kini siapa? sepatutnya beliau lagi berasa sedih dan rasa kehilangan. tp tidak. beliau kekal tenang dan terus memberi senyuman.

Apa yg mampu aku  buat adalah doakan yg terbaik untuk beliau. nurkilan ini aku tinggalkan untuk tatapan beliau jika terlalu rindukan kenangan kami. insya Allah semua ini hanya sementara. kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan hubungan kami bersama. jauhkan daripada perasaan cemburu dan juga salah phm sesama sendiri. Insya Allah.. Ameen ;')


Pesanan untuk awak syg:

Jaga diri awak baik-baik ye syg. ini hanya sementara. sy yakin kita akan bersama semula. awak jgn lupa makan ye. awk jg kesihatan awk baik-baik. bila sy tgok jam, nmpk je pukul 10, itu tanda awk harus masuk ofis. sy je yg phm. then pukul 4 ptg masuk ofis balik. sy xkn lupa itu. jemput-jemput. mknn yg awk suka sgt. nt sy balik, sy buatkan ye. sepanjang tempoh sy tiada bersama awak ni, awk jgn lupa untuk rindu sy tau sbb sy sentiasa akan rindu awk setiap masa dan sy syg awk sepenuh hati syg. jgn nakal-nakal. kalau awk nk pegi memancing, silalah.. sy izinkan syg. jika awk nk main badminton... juga sy izinkan. cumanya bila main tu jgn smpai injurt tau. nt sy risau. sy jauh. :') 
Akhir sekali...selamat tinggal syg. ;')





The Journey to be Halal - Part 5: Bridal, Got Confius to Choose


Alhamdulillah.. pencarian selama hampir sebulan berakhir jua. the most important thing dlm majlis perkahwinan, Bridal @ mak andam. fuhh merata dok mencari dari siang hingga ke mlm, bertekak sampai tarik-tarik rambut (propa je). Syukur, jumpa juga yg mjadi idaman hati. Pilihan bridal, Senorita Wedding Planner ;)


I just wondering kenapa bakal-bakal pengantin ni suka sgt amik pak andam. skrg baru eqa rse ap mereka rasa. sepanjang tempoh pencarian eqa, memang eqa kagum dgn hasil keje pak andam ni. kemas, cantik, menarik, up to date and yg penting idea kreatif. bila eqa g butik yg diuruskan oleh mak andam... mak aii old fashion sungguh. baju jenis net bunga telur. eeeuuu x sanggup nak pakai. hohoho

Alhamdulillah, bridal yg eqa pilih ni agak berpuas hati la.. dari segi layanan, curahan idea, baju pengantin, pelamin and package. dorg jenis lebih kurang je. sesetengah bridal brg-brg yg nk pakai time majlis tu kadang-kadang x masuk dlm package. kene sewa under charge lain lg. huhu bridal yg ni, abg didie n noni relax je bg lebih kurg. nice job! suka sgt.

Cuti kelmarin, pergi deposit duit & booking tarikh. Kami ni asik gaduh je. xde persefahaman. sorg nak mcm ni.. sorg kata cmni... huhu sampai abg didie pn pening pale n decide suh ktrg bincang dulu leklok. susah rupanya nk buat pilihan ni bila dh terlampau byk sgt pilihan yg ada. yela.. baju pengantin semua cantik-cantik. kaler x yah ckp la.. memang berlambak kaler yg ada. huhuhu pelamin x yah ckp.. memang pening nk pilih.


Isu pasal pelamin ni pulak, abg didie ni tye eqa umah berapa kaki. sebab ada pelamin 16 & 12 kaki. 12 kaki tu kecik la sikit. huhuhu sedih pulak. sbb ruang rumah tu mcm x support 16 kaki. sedih..... pasal pelamin tu pun abg didie suh ktrg balik bwk bincang elok-elok dulu. hahaha..

 So excited sgt time jumpa bridal, bincang-bincang tema and plan ktrg. ukur badan pun sudah. harap-harap sgt diet kali ni menjadi n turun la sikit bdn ni. kalau x sian abg didie kena adjust byk untuk baju. huhuhuhu

Alhamdulillah, selesai sudah part bridal. cumanya, kami kena dtg balik jumpa abg didie untuk tetapkan baju n pelamin. mungkin dalam bulan 1 atau awal bulan 2. insya Allah, moga dipermudahkan segala urusan yg akan dtg. Ameenn ;)




Friday, December 13, 2013

Kau Pergi Jua...Berat Hati, tapi Pilihan Apa Yg Ada




Lonjak hati ni bila Incik tunang btw dia xjd nak ikut trip company ke china Feb ni. tuhan sahaja yg tahu gembiranya hati ini. bukan dengki x bg pergi, tp xrela berjauhan. 5 hari tu. jauh pulak tu. even dia balik terengganu pn eqa dh meraung mcm apa. ni lg la, pergi china. xdpt nk gambarkan perasaan sedih ni.


Jangan terlalu gembira, nanti kesedihan pasti muncul. see? smlm dapat msj daripada our boss. mewajibkan semua staff pergi ke china without no more excuse. except atas reason yg munasabah dan diterima. contoh, isteri nak bersalin. so for him memang xde excuse la kan? pagi ni dia terus pergi buat passport dgn si poji ni. apa yg eqa harapkan musnah, dan eqa kene hadapi jgk last-last. xpalah. mungkin ini salah satu dugaan? mungkin..

 

Dia ada tanya eqa, eqa ni berat hati x nak lepaskan dia pergi ke china. dlm hati membuak-buak suh btw kt dia yg eqa berat hati sgt. mcm-mcm kt pale ni pikir. mcm mne la keadaan dia nt kt sana. selamat ke, cukup mkn ke, x bahaya ke kt sna, selamat ke naik flight. huhuhu mungkin too much thinking. Insya Allah, fikir yg baik-baik saja. moga selamat pegi dan pulang. Amin
 
 



The Journey to be Halal - Part 4: Prepare Theme Shirt, Pick Most Wanted Fabric


Finally done! isnin lepas rombongan cik kiah tmasuk kak noi, mak, kak win, cik amah, along, zati, auni dan eqa skali turun ke angsana, pegi cari kain untuk baju time majlis. baju dorg le. nak jugak! mengalahkan bakal pengantin. hohoho.


Punya la cerewet all the kiahans. semua kedai kain kami masuk. mula-mula masuk ke Kamdar. masuk pintu depan terus keluar pintu belakang. pilihan yg dorg offer mak aii,,, fesyen lame. so tumpang lalu kedai tu je la. sama mcm kt Gulatis. pilihan punya la sikit harap mahal je. at last, Jakel jugak pilihan. situ memang banyak pilihan tp kualiti kain untuk baju x berapa cun sgt. tapi xde pilihan nk buat mcm mana.



Takde pilihan salah, banyak pilihan pun salah. banyak pilihan sebab pening nak pilih yg mana. kalau pikir idea eqa dalam pale ni eqa nk beli kain satin plain. nanti letak lace ke manik ke kt baju tu. tapi dorg xnak. nak jugak baju bercorak. suka hati korg la. gaduh la masing-masing ye. jln punya jln, pilih punya pilih last-last mata eqa terpandang kt satu patung ni. kaler memang ikut dh tema. pink turquoise. so we decide nak amik kain tu je. senang. sebab masing-masing dh kepenatan.

Alhamdulillah. dapat. beli kain bermeter-meter. pening sehhh. untungla family eqa dpt baju sedondon semua. tmasuk makcik pakcik sekali. tp yg lelaki pakai t-shirt je nanti. belum tempah lg. sebab tgh nk design pastu along akan uruskan.so many thanks to kak noi sebab dia yg sponsor kain tu. ingt che tah je ad org nk sponsor. eqa pun hado lah! haha t-shirt tu nk suh along lak sponsor. hehe.

eqa segan sebenarnya. ni majlis eqa. tapi dorg kena keluarkan duit pulak. dorg ckp, eqa pergi uruskan barang-barang kawin, urusan kawin eqa saja. benda-benda lain biar dorg uruskan. huhu untung sgt dpt family member mcm tu. syg mereka. syg sgt! ;)

Anak bongsu, so wht do you expect? haa. nada sombong pulak. ish2.. xde lah.. huhu anak mana-mana pun sama sahaja. yg penting nilai kasih syg dlm sebuah keluarga tu sendiri yg main peranan. sedalam mana cinta dan kasih syg antara satu sama lain. susah sama-sama, senang merasa sama-sama. moga segala persiapan kami dipermudahkan. Amin.


#Dah mula distribute baju-baju. so for those yg b'tuah dpt tu, jgn lupa pulak anta pergi upah. kos upah ditanggung sendiri ye. ;)



Thursday, December 5, 2013

Hidup ini Tak Layak untuk Aku Jelajahi


Dugaan itu terasa berat, bukan ini yg dirancang, tapi tuhan tentukan sebegini rupa. bukan aliran ini yg aku mahukan, bukan laluan ini yg aku idamkan, bukan jalan ini yg aku mimpikan. tapi mengapa? semua ini terjadi. berat sungguh dugaan yg diberikan. aku seakan putus asa dengan ketentuan yg telah ditakdirkan ke atas aku.

Dalam beberapa hari saja lg aku bakal meninggalkan kerjaya aku selama ini. dengan harapan ada rezeki yg menanti. tp hari demi hari, aku tunggu deringan telefon, balasan email daripada syarikat yg aku mohon, namun ia hanyalah mimpi kosong. how? how? how do i want to survive? TELL ME HOW!

Wujudnya diri aku di sini, seakan tidak diperlukan lg. perkhidmatan aku tidak lagi dipeduli. seakan menghalau aku untuk keluar cepat daripada syarikat ini. aku redha, aku pasrah. memang jalan ini yg aku pilih. demi memuaskan hati semua, aku nekad berhenti jugak. biarlah rezeki aku ditentukan olehNya. jika ini balasan atas kedegilan aku selama ini, aku terima.

 

Mungkin aku bukan spt dahulu lg. tidak berharta, bekerjaya pun entah pape, dengan bebanan nk kahwin, bebanan hutang, cukup membuatkan hidup aku sesak, mental aku runtuh, bila terus memikirkan. jika PENAMAT adalah jalan yg t'baik, aku rela serahkan dan hambakan diri aku padaNya.




Monday, December 2, 2013

The Journey to be Halal - Part 3: Pick the Curtain, Exhausted and Tired


Morning ;)

Sabtu lepas along call ajak eqa pergi cari langsir rumah. actually we plan nk cari langsir since bln 9 lagi tp sebab along punya sibuk tu mengalahkan menteri besar johor, so kenalah tunggu masa yg btl2 dia free. akhirnya sabtu lepas tu dpt lah kami pergi cari langsir. kt Jakel je. fyi, now Jakel tengah sale gila-gila tahu! year end sale katanya ;)

Masuk je Jakel along terus pegi cari design langsir. x banyak sgt yg cantek di mata eqa. tapi along & mak dh buat keputusan nk design yg x crowded n simple ja.


Aim dlm kepala ni nak cari langsir kaler pink. xdpt kaler pink semua pn xpe. janji ada jgk kaler pink sikit-sikit. sampai kt Jakel dlm pukul 3++ mcm tu. eqa pegi sekali dgn mak, along & anak dara along sorg, izzati. dalam bab memilih ni eqa paling susah nak buat keputusan. kt Jakel tu sampai kul 5++ semata nak cari langsir yg betul-betul sesuai dgn majlis dan dalam masa yg sama cantek di mata eqa ;) kesian kat staff Jakel tu kena entertain. nasib baik x jemu melayan karenah kami yg agak cerewet dalam memilih.


Alhamdulillah, dapat juga. langsir kaler pink +  gold. settle cari langsir untuk bahagian badan, pergi pilih pulak kain untuk buat header. satu masalah jugak nak matching kn kaler header dengan body. kena pilih lagi. bila dah jumpa kaler yg sesuai, kain x cukup la pulak. kalau ada pun x sesuai, xberapa matching, x cantekk. huhu dugaan betul. last-last along yg buat decision sbb eqa dh t'lampau penat.

eqa dah bosan, eqa pun pegi la jalan-jalan kt section lain. section cadar. banyak lah jugak pilihan. harga pun mcm-mcm. beribu pun ada. tetiba eqa terpandang kt satu section ni. Katil! dorg display cadar tu kt katil. katil tu cantik pulak. tetiba ada satu perasaan nk decorate katil mcm tu nanti time majlis. anyway anyhow, cadar kt katil tu pn cantik. pink !! tp bukan pink soft pulak. hihi


Langsir settle. yg nak menjahitnya, sapa lg. along lah mangsanya. hahahaha dia tengah pening pale takut x cukup masa nak siapkan jahit. bayanglah. 68 meter kain nk kne jahit. memang x tido mlm la ye. minggu depan dia dh start tanda paper exam spm, paper biologi. hurm bulan 1 dh nk naik sekolah. bila dh naik sekolah, bz dia xleh nk cakap lah. huhu hope sgt sempat siap langsir tu ;)

Ok lah, part 3 settle sudah. mohon agar semua persiapan, perancangan yg akan datang dpt berjalan dengan lancar. -AMIN-


Monday, November 25, 2013

Menangis Bukan Kerana Tertekan, Runtun Hati Tatkala Dimarahi



Siapa x sentap? kne tegur, kne marah dengan org yg paling kita syg, tunang kita sendiri. memang sentap. memang sedih. lagi sedih daripada budak-budak yg keluar AF tuh. huhuhu. Buat kerja dh petang, dengan banyak nye error kt sistem tu, asyik testing benda yg sama, asyik x betul je, esok dah start FAT (final acceptance test) dgn user. dgn sistem masih ada error lg, mana la x stress.


Tp stress bukan isunya sekarang. Isunya adalah eqa kena marah dgn incik tunang. Dia marah knp eqa cepat sgt nk marah, cepat sgt nk stress bila ada mslh sikit. dia kata org lain pun kerja x siap jugak, tapi relax je. Setiap orang mana nk sama. Kenapa perlu samakan sifat eqa dgn orang lain. Masing-masing ada cara masing-masing lepaskan geram, marah, stress tu semua.

Memang sangat sentap tadi kena marah. Menangis terus. Memang x boleh control. Sedih sgt sbb tunang kita sendiri xsupport kita tp marah kita pulak. Sedih memang sedih. Tapi lepas dia tengok eqa menangis je dia terus calm down, terus pujuk. Nasib baik masih ada perasaan nk pujuk lg. Kalau buat x paham x tawu lah nk kate apa dh.


Eqa tau, dia xde niat pn nk marah eqa sebenarnya. Niat dia nk menegur mana yg x betul. Tapi entahlah, eqa rasa sedih sgt dia marah eqa td. Tak pe lah. Benda dh lepas. Lepas eqa solat td, hati kembali tenang.

Kononnye darah manis, so cepat sgt la sensitif. konon! Balik je keje sampai je mintak izin kt beliau nk lelap sebab letih, menangis punya pasal, ni sampai sekarang sakit pale pulak. Side effect kalau menangis berlebihan~ hohoho


Bila eqa stress, eqa akan luahkan perasaan tekanan eqa tu dengan cara bebel, marah, salahkan org. Dengan harapan org terdekat, yg paling eqa syg memahami eqa, berada di samping eqa, ckp dgn eqa dengan penuh kelembutan biar eqa semakin tenang bukan spt mencurah garam di tempat luka yg dalam. Makin pedih, perit x terkata. Tapi bukan mudah nk memahami hati & perangai manusia lain.


Mungkin eqa perlu ubah sedikit sifat naik marah, naik angin, fikir negatif, take something so serious. Kalau eqa x ubah takut-takut mslh yg kecil boleh diperbesarkan dan paling sakitnya, timbul mslh yg lain. People should change, and changes make person much better from time to time. Believe it.


#Nota Kaki :- Siapa sudi share tips kurangkan stress? moh share kt eqa ;)



The Journey to be Halal - Part 2: Save the Theme, Prepare DIY Flower Blossom



Tarikh sudah, emas pun sudah, now ready untuk buat persiapan bunga pahar/telur. Tema dah confirm so proceed terus dgn persiapan seterusnya. Minggu lepas eqa ajak incik tunang teman eqa beli barang-barang nk buat bunga pahar. Boleh je beli yg dah siap punya tp x dak feel la kan. xrasa mcm nk buat majlis je. so eqa plan buat lah sendiri.

Buat bunga daripada kertas crepe. Sbb dulu ada pengalaman buat bunga ni dengan akk office, kak aini. so belajar daripada situ. Tapi eqa ni ada satu mslh yg x settle lg nih. eqa x pandai nk buat reben yg letak kt bunga pahar tu. cuba punya cuba tapi serabut reben tu. x cantik. sedih betul T-T. Rasanya kne mintk bantuan drpd yg pakar ni. hihi.

Tapi hari ahad smlm sempat siapkan satu bunga full set siap skali dengan reben, net telur, lilit lidi semua. saja nk jadikan sample nk tgok cantik ke idak, kne ke idak kombinasi kaler tu. Siap je, terus tunjuk kt incik tunang suh dia comment. Dia kata ok. Lepas tu tunjuk kt deqnie, deqnie kata cantekkk cuma dia kata kurangkan bilangan reben tu nmpk serabut katanya. huhu.. see? mslh reben. huhu eqa x pandai buat reben T-T tolong !!

Entah boleh ke x siap bunga pahar eqa tu. Plan nk buat 200 kuntum. harap-harap siap la hendaknya. hihi. eqa x leh tunjuk yg real punya. nk kasi surprise !! ;) eqa mohon uols doakan eqa pandai buat reben ya. ada lagi masa ni nk belajar. hihi. Wish me luck guys !! xoxo




#Part3 mungkin pasal penyediaan langsir rumah. hahahaha nantikan ye ;)




Tuesday, November 19, 2013

The Journey to be Halal - Part 1: Save the Date


Finally.. segala tanda tanya telah pun t'jwb. memilih tarikh keramat 3 Mei 2014, bakal menjadi saksi penyatuan hati eqa b'sama incik tunang, Insya Allah. 2 Mei 2014 dipilih sebagai tarikh pernikahan kami dan pastinya majlis yg dilaksanakan bakal punyai barakah kerana memilih hari segala penghulu iaitu hari jumaat sbg hari bagi mengikat kasih antara kami. Amin.. Amin..


 

Bulan Mac t'lalu awal untuk eqa & family nak buat persiapan. dan kasihan juga kt incik tunang, t'kejar-kejar cari duit. so we decide buat bulan 5 since bulan 4 my cousin pn kahwin juga. so, eqa mengalah lah. kasi majlis dia jalan dahulu ^^

One step closer. we decide turun ke kota tinggi minggu lepas sbb nk survey gelang sebagai tanda ''batal air sembahyang' waktu majlis nanti. dengar cerita harga emas tgh runtuh nih. murah. jualan akhir tahun katanya. so kami pun plan pegi survey. skali tu t'beli terus sbb tgok harga murah. RM139/g. Apa lg, purchase la terus. t'lanjur tengah ada duit jadi dahulukan la mana yg ad dulu. ;) so settle satu perkara.

Ada beberapa perkara/planning bakal menyusul. banyak benda sebenarnya nk kena pk. huhuhuhu bukan senang nk buat majlis ni. ble tarikh dh tetap kenalah start plan n membeli mana-mana yg patut. Sekarang dh survey bridal kt internet. Plan nye nk amik bridal area JB x kisahlah mana-mana janji JB. xplan nk amik bridal PONTIAN sbb org kata mahal and mostly baju x cantik dan design entah pape. tp x g survey lg pun. x kisahlah kan..

Memilih tema fairytale dengan gabungan warna purple + pink + turquoise untuk majlis nanti. Selari dengan tema fairytale, pelamin berwarna putih dipenuhi dengan red rose petal pasti membuatkan majlis eqa nanti tanpak lebih elegant, simple but smart. ;) xmahu buat grand sgt mcm che'tah. sekadar biasa sahaja ;) 


Baju nikah, putih pink ;)
 

Majlis resepsi, turquoise pink




Bilik pengantin & pelamin, red rose petal


Beliau x mahu buat pre-wedding katanya. eqa x kisah pun sebenarnya. pre-wedding kena pikir pasal kos lg. paling x pun kne readykan RM500++ jugak. huhuhu tp nt kalau lah ada duit lebih bole la buat. mcm deqnie, pre-wedding buat dlm studio saja. murah sikit. xpala.. itu boleh pk nanti-nanti sahaja ;)

Perasaan memang so excited. 10 kali ganda excited time nak bertunang. yela. dulu excited nak jadi tunang org. sekarang pulak mestilah super duper excited nak jadi isteri orang !!! x caya eqa taw. until now pn still x percaya lg eqa ni tunang org. hahaha xsangka juga jodoh eqa secepat ini. plan nak mendirikan rumahtangga bila mana umur mencecah 27 tahun x kesampaian.

Jodoh itu rahsia Allah. dulunya eqa menangis, meraung, merintih sbb ditimpa bermacam-macam dugaan dalam mencari pasangan. Alhamdulilillah DOA eqa selama ini telah didengari dan tuhan telah menghadiahkan eqa seorang lelaki yg cukup sempurna sifatnya, yg menyayangi eqa sepenuh hatinya, yg menjg hati, makan, pakai eqa melebihi dia menjaga dirinya sendiri. syukran. syukran. syukran. moga cinta kita kekal hingga ke jannah ye syg ;) xoxo love u deep much !


#MasachikaWeddDay
#PnMasachikaToBe


Friday, November 8, 2013

Resah Gelisah Gundah Gulana


Siapa kata kawin tu seronok ? sapa kata? bak mai habaq kt eqa . Let me tell to you the definition of SERONOK.

Kahwin itu cukup seronok IF

  1. DUIT cukup
  2. Persiapan cukup
  3. Persediaan MENTAL/FIZIKAL cukup
  4. Perancangan SELEPAS KAWIN teratur
Then barulah kata kahwin itu SERONOK !!


Semua orang slh phm|tafsir definisi perkahwinan itu seronok. for those yg nk kawin just kawin je mmg la seronok. tp bila cite bab kawin ni, 1001 mcm benda nak kena pikir. Bila ajak berbincang bab-bab kahwin dgn pasangan ni kne make sure both side btl-btl dh prepare at least drpd segi mental. sebab for sure sewaktu|semasa|selepas bincang mesti SERABUT|STRESS|MIGRAINE kadang sampai x lena tidur. faktor paling utama yg m'dorong pd 3 keadaan tu bila bincang bab DUIT. lepas duit jatuh pada persiapan|kelengkapan and etc.




Di sini dinasihatkan agar jangan terlalu yakin dgn duit simpanan dan cara penyimpanan anda tiap-tiap bulan. sbb benda tu always BERUBAH. we dont know wht would happened in the future. mcm-mcm boleh jd. dalam tgh-tgh simpan tu, tetiba duit nak pakai. handphone rosak, laptop buat hal, kete meragam, renew insurance, over expenses dan mcm-mcm lagi !!! grrahhrrhhhrhrhrhhhrssahrh <gua stress !!>


Rancang elok-elok pun, x guna juga. cuma berharap agar rezeki dimurahkan. orang kata, nak bina masjid ni rezeki mencurah-curah. tapi biasalah. kalau kita nak dapatkan sesuatu tu, kita mesti diuji dahulu dgn bermacam bagai dugaan. harus kekal TABAH dan REDHA. tp nk buat 2 perkara tu susahkan?

Rakyat malaysia ni kebayakkan nye cukup beremosi drpd pelbagai sudut. ada mslh sikit, EMOSI, tengok cerita indon, EMOSI, lambat makan, EMOSI. contoh t'baik adalah eqa. memang cukup beremosi kalau ada mslh pape. so dalam kepala tu pikir negatif je. positif sikit pn xdak. mcm mne lah nk belajar erti TABAH dan REDHA.


OK, back to main point. KAWIN. Ikut hati eqa ni, nak kawin secepat yg boleh. tapi kne consider banyak perkara. perkara paling penting eqa kesian kt tunang eqa. siang malam cari duit, keluarga jauh, apa-apa kena urus sendiri. so byk kena survive sendiri. jd mslh duit tu mmg x boleh nak lari. tp eqa selalu doakan dia dimurahkan rezeki. ALWAYS. sebab tu la, bila mak nak majlis eqa jalan bulan 3 ni eqa rasa x yakin. sebab dia pun x berapa nk stabil lg. tambah dgn duit simpanan eqa pn klu ikutkan belum cukup lg. eqa byk pikir psl kehidupan selepas kahwin. lepas kahwin lg la byk nak guna duit.


Nak sgt kahwin cepat kenapa? sebab eqa pikir satu je. eqa nak jd yg HALAL untuk dia. cukup. tempoh pertunangan ni cukup mencabar. banyak dugaan. gaduh|salah paham|cemburu|kecik hati dah jd asam garam dalam hubungan kami. lama-lama kami akan penat. penat dgn ragam n perangai masing-masing. besar sungguh dugaan yang kami lalui, berat sungguh cabaran yg harus kami tempuhi. eqa percaya. semakin kuat dugaan|cabaran yg diterima semakin kuat kasih syg antara kami. cuma eqa harapakn perasaan syg kami itu kekal hingga ke akhir hayat kami.


For those yg plan nak kahwin, hope uols dpt buat persiapan terutama daripada segi mental. emosi perempuan selalunya tidak stabil. sentiasa x stabil. sebab emosi mereka tidak dikawal dgn akal yg waras. hanya emosi semata-mata. emosi lelaki jarang xstabil. tetapi bila sampai masa xstabil, agak lambat untuk dipulihkan. Moga kita sama-sama dapat menempuh hidup yg kita lalui dengan penuh ketabahan|keredhaan|kesabaran. Aminnn.






#Nota kaki#
Saya sayang awak, Incik Tunang. Awak sayang saya tak ??


Say It or Leave It


Sukarnya untuk memahami kepingan hati manusia. Tempoh perkenalan yg lama belum dpt menjamin kebahagiaan dlm sebuah perhubungan. kenalkah kita pd psgn kita? cukup memahami kah kita dgn 1001 mcm ragam dan perangai si dia? sedangkan sesetengah pasangan yg t'lah lama b'cinta tp tetap terkandas dipertengahan jalan inikah pula kita yg baru setahun jagung menabur benih?


"Jika berkata sukar, maka sukarlah
Jika berkata mudah, mudahlah ia"


Tapi hanya sebilangan besar kita saja mampu untuk berpegang pada prinsip itu. yg selebihnya, kawalan emosi yg rapuh, bakal memusnahkan apa yg selama ini diidamkan. Cukup dgn hanya b'main perasaan, melayani emosi amarah dan cemburu, sudah cukup mbuktikan kematangan kita dalam perhubungan.


Renungkan.







 

Thursday, October 17, 2013

Trust Me More, Your Dream Just Nothing


Adam, Stacy bergabung, MELETUP !!
Mat Jeng, eQa bergabung... MELETUS !!


Apa yg bergabung? apa yg meletus ni? okay, lemme tell to all the readers here yg mimpi ktrg bergabung pada masa, waktu, hari, malam yg sama ! ini bukan dramalah. ini betul-betul. eqa pun sampai sekarang ssh nak percaya tawu?!

Selasa mlm, time balik drpd rumah mak lepas kami beraya bersama-sama. Dalam kete, tetiba dia bgtaw eqa yg ada satu malam tu dia mimpi dia bunuh orang. dia kelar leher orang. eqa t'kejut badak kt dalam kete tu. apalah yg dia merepek ni. tengok muka dia, nmpk normal. kiranya btl la tu bukan gurauan. dia ckp dia mimpi kelar leher ex-boyfie eqa !! what? oh goshhh! what a coincidence !!

Mimpi ex-boyfie eqa?? yg mjd coincidence nye kt sini adalah, pada mlm yg sama dia mimpi tu, eqa pun mimpi ex-boyfie eqa. tp eqa xdelah mimpi kelar leher org. dalam mimpi tu cuma tunjuk yg eqa ikut ex-boyfie eqa. bukan beliau. yg kelakar & mengarutnya, ex-boyfie tu ex eqa time sekolah rendah. boyfie time cinta monyet tawu?! xsilap time darjah 4/5 gitu. x hingat! huhu ni mesti sebab tido x cuci kaki nih.

Beliau suka tafsir mimpi. eqa pesan kt dia.. jangan percaya dgn mimpi nt jatuh khurafat. hohohoho mimpi adalah mimpi, yg penting adalah dunia yg nyata yg kita pijak 24 hours ni. sempat jugak dia pesan kt eqa:

Awak jgn buat benda pelik-pelik mcm tu [lari ikut laki lain]. sy kelar leher budak tu dalam mimpi sy sbb sy nmpak awk curang dgn sy.


Huhu hubungan kita dh sejauh ni syg, perlu ke sy pandang lelaki lain lg? kasih dan syg sy pada awk tiada tandingan nye. bila anak sedara eqa tye eqa satu soklan ni: 

Time tengok konsert AF2013,
Adam: "Ucu, lelaki ni handsome x ucu? handsomekan? "
eQa: "X. cik Zul lg handsome! (spontaneously w/out hesitation)"
Qila: "Dah agak dah..."


Buat apa sy ambil keputusan bertunang dgn awk klu sy nk curang dgn awak? sy syg awak, bukan hanya dgn ucapan ye. dgn naluri, roh & jiwa raga sy sekali. jadi xmo sesakkan fikiran awak dgn benda remeh temeh mcm ni ye. tinggal berapa bulan je lg ni awak akan menjadi imam hakiki sy, yg bakal bimbing sy dan anak-anak, sikit hari saja lagi. please trust me ya. i will always love you ok? ;)





#End


Throw Away your EGO, Everything is Going to be Fine


Kenangan itu indah,
Persahabatan itu murni,
Kepercayaan itu sesuatu yg cukup berat untuk digalas
Namun percayalah sesungguhnya,
Sebuah persahabatan yg dibina atas dasar kepercayaan akan melahirkan satu kenangan yg cukup terindah buat seseorang.


SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nenas mjdi titik pertemuan antara dua org sahabat. eqa & deqnie. dia peramah, dia yg menyapa eqa dahulu. rasa asing berada di tempat baru, huhu duduk sebelah2 kt kelas, buat keje sesama, tuisyen pun tempat sama. dia baik, baik sgt.


Belajar sama-sama, bersungguh-sungguh demi mengejar cita-cita masing-masing, kami akhirnya dipisahkan. dia menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 manakala eqa meneruskan pengajian ke Kolej Matrikulasi. Hubungan t'pisah lagi bila mana dia meneruskan pengajian beliau ke USM, Pulau Pinang, manakala rezeki eqa dpt menyambung pengajian ke UTM, Skudai. walaupun dipisahkan oleh JARAK, namun kami tetap b'hubung sehinggalah sesuatu yg tidak disangka t'jadi ...


2010


We fight, argue, sulking between each other. almost SETAHUN lebih. EGO, ya,,, ego. rasa x puas hati, salah paham & so on.. x contact, masing-masing mhilangkan diri, mendiamkan diri, sampaikan waktu raya mntk maaf pon tidak. datang rumah beraya tentulah TIDAK. kawan-kawan yg lain semua cuba untuk memulihkan hubungan kami. ajak keluar makan sesama, ajak jumpa lepak-lepak bersama. akan tetapi masing-masing cuba untuk mengelak daripada b'jumpa. mcm-mcm alasan diberikan. masing-masing selalu meluahkan rasa tidak puas hati, kecewa & so on hanya melalui msj, twitter, fb, blog. semua ini berlaku disebabkan oleh ...


That time, deqnie dh ada boyfie. dia kurang luangkan masa untuk eqa. yg buat eqa kecewa & terasa hati sgt bila mana dia pegi b'cuti b'sama boyfie dia & geng-geng bespa dia. p mana ntah masa tu x hingat. dia pegi x btw eqa sikit pon. eqa tahu sendiri melalui fb beliau. dia gembira sungguh. xpk sikit pn pasal perasaan eqa. THIS IS THE REASON behind all those messes!. yes. it's NONSENSE kn?! terasa hati, sensitif becoz that time eqa lonely sgt. alone. i only have her. so eqa x boleh terima, org lain rampas kebahagiaan kami selama ini mcm tu je. <--CHILDISH!!


Tapi sakit hati, marah, merajuk, kecil hati takat tu jela. hari ke hari kami pun semakin matang. mampu pikir baik & buruk. lagipun, kami dh lama b'kwn. hubungan kami bkn setakat kwn sahaja, malah melibatkan family. asal usul keluarga kami sgt memeranjatkan krn sebenarnya kami ini punyai talian persaudaraan. adalah atok nenek belah kami punyai pertalian darah. bak kata pepatah AIR YG DICINCANG TAK AKAN PUTUS. kami kembali spt dulu


Pulihnya hubungan kami, diketahui rakan-rakan kami yg lain & mereka tumpang gembira


Semua kenangan lama kami samada baik atau buruk, kami jadikan sbg satu kenangan manis yg bakal kami abadikan didalam kehidupan kami. untuk anak-anak kami, kami jadikan apa yg berlaku selama hari ini sebagai iktibar dan panduan buat kami.


2013


Alhamdulillah, kami kini sudah bergelar tunangan orang. x sangka jodoh kami secepat ini, sedekat ini. deqnie telah mengikat tali pertunangan dgn fadzli pada 8/6/2013 dan insya Allah majlis beliau akan berlangsung pd awl bulan 12 ni. manakala, eqa pula telah mengikut jejak langkah beliau dgn mengikat tali pertunangan dgn zulkifli pada 31/8/2013 dan insya Allah jika diizinkan tuhan, majlis eqa bakal diadakan tahun hadapan. doakan ye! ;)


Deqnie & Fadzli a.k.a Bagong


eQa & Zulkifli a.k.a Mat Jeng


And thanks to her sbb deqnie yg paling byk bkerja keras sewaktu majlis pertunangan eqa. she is my engagement planner! thx so much dear !! tengok, kami gaduh sakan, sampai bertahun baru nk bertegur tp kami mampu untuk melupakan semua yg blaku dan hubungan kembali spt sedia kala. contohilah kami. hihi
 

 

Buang yg keruh, ambil yg jernih. mana yg baik kita jadikan pengajaran manakala mana yg tidak, kita jadikanlah sempadan hidup kita. kami ambil segala apa yg berlaku terhadap kami sebagai suatu benda yg positif. ;) xperlu sakit hati, xperlu makan hati, both pihak hidup gembira, setia selamanya sebagai seorang sahabat.






Monday, October 7, 2013

Rindu Nurkilan Beliau


Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. kita xpunyai kelebihan untuk membaca isi hati org lain. apa yg dia fikir, apa yg dia risaukan, apa yg terdetik dihati, xtercapai dek akal yg waras. sangatlah penting bg kita untuk memahami perasaan atau apa saja yg terbuku dihati orang yg kita syg. 


Sejak bertunang, hubungan kami semakin hari semakin sayang, semakin hari semakin rindu, semakin hari semakin mesra. Alhamdulillah, perubahan yg b'laku adalah perubahan yg positif. beliau semakin matang dalam pemikiran. tapi, eqa pulak yg semakin mengada-ngada, cepat benar sensitif. entahlah. eqa sendiri x tau kenapa. 



Sebenarnya eqa cukup rindu akan nurkilan beliau. dulu, rajin update blog. ada cerita sedih, gembira, terharu & mcm2 lagi. tp lepas bertunang ni, takat entry tu je kt blog dia. tiap kali bukak blog dia asik tajuk yg sama. T-T xpa lah. mungkin dia x de apa nk share kt blog dia stakat ni. but still eqa akan keep on open his blog and really hope there is something. ;)




Rindu awk, syg awk, xoxo 





Friday, September 6, 2013

10 Perkara Perlu Ada, Baru Layak Memiliki Saya


1. Ambil Berat
ツ Bukan letak penimbang, timbang berat kita. no. orang puteh kata, Caring ya ;) Beliau caring x? 

2. Loving
ツ Penyayang sangat. Time sakit temankan pegi klinik, time lapar, temankan pegi makan, sanggup marah kalau tak makan or x jaga makan. Beliau penyayang x? 

3. Respect Others
ツ Hormat pasangan dan juga yang paling penting hormat family terutama ibu bapa pasangan. Beliau hormat ke x? 

4. Romantik/Gentleman 
ツ Ia adalah satu perkara yg subjektif. Depend pd individu. tp bagi eqa pengertian romantik dari sudut eqa adalah seorang yg suka buat something without our notice hanya untuk mengembirakan hati pasangan xperlu pasangan itu meminta-minta. Beliau romantik? 

5. Decision Making
ツ Suka buat keputusan yg rational dalam setiap masalah yg timbul. Bukan mengharap keputusan daripada pasangannya. Dia bertindak sebagai ketua. Beliau? 

6. Independence 
--> Bole berdikari, jika ada masalah, mampu selesaikan sendiri tanpa perlu bantuan orang lain. Beliau ? 

7. Boleh Bergantung
ツ Berkebolehan dalam apa jua bentuk perkara. Spt memasak, menukang, mengemas, dll. Beliau? 

8. Kemas/Pembersih
ツ Sedap mata memandang. pakaian sentiasa kemas. x perlu pakai baju b'jenama. kalau b'jenama tp x gosok, pakai pn compang-camping x guna juga. memiliki rambut yg kemas, x serabut. Beliau seorang yg pembersih? 

9. Bijak Mengurus Kewangan
ツ Penjimat. tapi bukan kedekut !! bijak menyimpan dan berbelanja. boros x Beliau? 

10. Matang Dalam Berfikir
ツ Tak anggap satu perkara atau masalah yg berlaku satu yg merumitkan hidup. mampu menyelesaikan sesuatu perkara dgn rational, sering memikir masa hadapan dan bijak mengawal pemikiran yg negatif. Beliau cukup matang? 






#End


Wednesday, September 4, 2013

We are Engaged!


Alhamdulillah ;) #MasachikaBigDay come to final. Last August was my big day. finally it come to final. happy yg amat ! one day before majlis tu,, busy gila ! sampaikan t'paksalah mohon cuti atas alasan " Menanti Detik Bahagia " my bos gelak & shock after read my reason for leave. pedulik hape ! nasib baik dia approve. ok, TQ~


Memilih tema Black Red Vogue , pastinya #MasachikaBigDay tampak lebih funky dunky daripada biasa. cewaah ;)


Bermula dengan persiapan sebelum majlis ;)








Hantaran, 7 berbalas 9 ;)








Ketika majlis ;) Many big thanks to all my friends yg sudi dtg dan memeriahkan majlis ;) TQ Deep Much!!



















And officially, we are engaged ! dear my love, i love you so much ! ;)


  
 




Lepas bertunang ni orang cakap memang byk dugaan. dugaan yg dtg adalah 2x ganda.. huhuhu memang kne banyakkn bersabar. ni pon dh banyak kali juga merajuk, salah phm, gaduh.. belum cukup seminggu. biasalah tu kan.. tp selagi kesabaran itu kita letak sebagai perkara paling asas dalam sebuah hubungan, insya allah semuanya akan baik-baik sahaja. 
Doakan kami, doakan kesejahteraan kami, doakan kebahagiaan kami hanya itu yg kami harapkan. ;)



#End