Wednesday, April 29, 2015

Resepi Anak Jawa : Vanilla Oreo Aiskrim Homemade

Morning sunshine! pagi ni i nak share resepi aiskrim homemade. for the flavor, ofkos la vanilla and Oreo!

Bahan-Bahan:
  • 1 tin susu cair / 400 ml susu full cream
  • 6 sudu besar susu pekat (klu suka manis, tmbh lagi)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Biskut Oreo (asingkan cream)
Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan di atas
  2. Putar selama 20 minit (lagi lama lagi gebu)
  3. Kisar separuh biskut oreo kemudian letak ke dalam bekas
  4. Tuang adunan aiskrim ke dalam bekas
  5. Tabur lebihan biskut di atas aiskrim
  6. Biarkan beku selama 4 jam
  7. Sedia untuk dimakan!

Tadaaa! hasilnya
Bila dah ready untuk dimakan

Gagah lakibini mkn aiskrim memalam buta! okay la. selamat mencuba. bye, xoxo!

Tuesday, April 21, 2015

It's Hard to Face, even So Hard to Believe

Hi!
So topik apa arini ye? tadi belek2 facebook mcm biasa, happy tgok kwn2 takut menanti detik dan saat untuk melahirkan bby mereka. seronok je tengok. mesti dlm tempoh 9 bln adalah moment yg sgt special to husband and wife kan?

Bohong la klu i ckp i tak tkesan langsung bila nampak kwn2 post gmbr anak, share moment perut kne tendang and sepak semua2 tu. of course i terkesan sgt. setahun dah i rasa semua2 tu. orang luar yg tak merasai apa yg i rasa dorg tak tahu. even tak sensitif langsung bila question balik kt kita, "eh, ko dah berisi blom?" such a loser kalau tye soklan camtu.

Siapa tak nak anak weih? sapa2? meh story kt i meh? yg tak nk anak tu yg sanggup buang anak kt tong sampah atau longkang je. buat pandai, jaga tak nak. tu lagi la kategori very loser. apa la salah bby tu kan? even animal pun syg kt anak tau tak?

Setahun dah, paling stress bila balik kg atau kg husband. OMGeee mmg i prepare mental, physical, emosi semua2 tu nak bdepan dgn Nas Ahmad junior ni. pertanyaan sorang2 kalau tak kasi makan kaki, x sah. paling win, my aunty. siap pertikai i ni tak pandai la apa la. boley? you tu pandai sgt keeer? ops!

I dah lali dah semua tu. but still, sgt kecewa dgn tanggapan masyarakat. ada yg pk we all merancang, sbb tak nak anak dulu. ada yg pk we all tak subur. suruh cpt2 jumpe dr. atau pegi berubat ke.. eh mcm2 lah! klu lah i ni doremon, pejam mata tetiba pregnant boley la kan.

Husband i tak kisah pon so far. tapi masyarakat sekeliling yg panas punggung. tp i paling tak boleh tahan group of ppl yg too excited wife pregnant, then show off kt kita2 yg masih x punyai rezeki ni ha. then konon2 support kita2 ni dgn kata2 semangat. OMGee, itu perli ke apa la wei?

Anak is rezeki. You all nk buang air tetiba tak jumpa tandas, so kne tahan. means you all tak ada rezeki nak guna tandas awam. boley ke you all paksa juga tandas tu muncul? tak kan? same goes to here lah. narrow minded punya org klu kita explain sungguh2 pn, still blur. still tak dpt tangkap. so keep mouth shut, and see what happened next.

Tapi i bsyukur sgt, masih ada masyarakat yg memahami and ikhlas doakan supaya we all dipermudahkan untuk mendapatkan zuriat. rezeki tuhan ni luas sgt. if i'm still cannot get rezeki in form of anak, mungkin i dpt rezeki kesihatan. mybe someday, rezeki tu akan muncul. ada je psgn yg 6 tahun kawin masih tak ada anak. but they all still manage to get one after 6 years. I always, keep praying but right now maybe still tak sampai lagi kepada yg Maha Mendengar. so i kne teruskan usaha, tawakal dan berdoa. Insya Allah. okay la. bye! xoxo
 


Monday, April 20, 2015

Tahun Pertama Tahun yg Sangat Mencabar

Setiap pasangan rata-rata nya menginginkan hubungan yg sempurna. Tak dinafikan, ada sesetengah pasangan baru 3 bln kahwin, dah start buat statement;
  1. Kami sudah tidak serasi bersama
  2. Kami sudah tidak punyai persefahaman
  3. Saya tak ada perasaan dekat awk lagi
Ngerii. paling ngeri kalau ada campur tgn drpd pihak ketiga aka scandal. kawan bukan main lama, tapi 3 bulan kawen nak cerai dah. mintak sgt dijauhkan.

Memang i akui sgt2 dlm tempoh setahun dua perkahwinan ni mmg banyak sgt menguji kesabaran. Tahun pertama lah kita baru nk kenal siapa psgn kita yg sebenarnya. memang kenal and kawan lama dah. tp i berani ckp, kita sebenarnya masih x kenal lagi pasangan kita yg sebenar. Lepas kawin baru la tserlah segala serba serbi kebaikan dan kelemahan.

Tahun pertama perkahwinan ni lah, akan diuji dengan pelbagai masalah dan kerumitan, antaranya;
  1. Keserasian
  2. Kepercayaan
  3. Kesabaran Pasangan 
I berani bhujah since i dah lalui semua-semua tu. kadang2 tinggi suara sikit pun boleh sampai gaduh besar. pening kepala bila pikir balik. setiap pasangan yg diciptakan oleh Allah, adalah untuk saling melengkapi. tak semua pasangan perfect! tapi manusia ni kan tak pernah nye nak merasa puas. ada saja benda yg tak puas hati. i la tu. hahahahah

Tapi, dalam pada marah2 kt pasangan tu, ada kalanya kita akan terbit satu perasaan syukur tak terhingga kerana ditemukan dgn pasangan kita. biar la buruk mana pun pasangan kita pd pandangan kita, tp dlm ramai2 manusia, dia saja yg berani bjanji untuk sehidup semati dgn kita. dia sahaja yg berani untuk memikul tanggungjwb menjaga kita. tp kita prpmn ni ssh nk nmpk benda2 tu semua.

I tetap bersyukur, sbb i dpt suami yg suka hisap rokok, baran, tak suka senyum, garang, suka main game. tapi i lagi rasa bersyukur sgt sbb dpt suami yg suka mengemas, memasak, bertanggungjawab, penyabar, ringan tulang, berdikari dan kreatif!

see, nampak x? sebenarnya, jika psgn kita punyai 10 kelemahan, hakikatnya beliau mempunyai 20 kebaikan yg kita sendiri x pernah nk cuba hargai. lelaki ni tak suka tunjuk kasih syg. terutama laki i okay, si mat jeng tu. hahaha tp i tahu, jauh di sudut hati beliau, beliau sgt menyayangi i. cewah!

Ok lah, kata akhir drpd i, hargailah pasangan you all walaupun you all rasa beliau bukan lah yg terbaik aka Perfect 10! you all. Tips kebahagiaan, perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Enjoy your life, stay calm and positive! *I pandai nasihat orang, nt sampai masa i sendiri yg KO*

Bye! xoxo. sedikit kata-kata untuk dikongsi bersama

Resepi Anak Jawa : Sardin Masak Kicap

Resepi ini atas permintaan sepupu baru I, ayu nordin. bukan lana nordin okayyy

Bahan-Bahan
  • 1 Tin Sardin
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit Halia
  • 2 batang cili merah / hijau ATAU
  • 3 biji cili padi
  • Sos cili
  • Kicap Manis
  • 3 sekawan 
  • Minyak untuk menumis
  • Air Asam
3 sekawan
Cara-Cara
  1. Hiris cili, bawang merah, bawang putih dan halia
  2. Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan bersama hirisan bawang, cili dan halia tadi
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit sos cili
  4. Masukkan kicap dan kacau sehingga mendidih  
  5. Kemudian masukkan sardin dan kacau hingga rata
  6. Masukkan sedikit air (jika tak nak pekat)
  7. Masukkan sedikit gula (jika suka manis)
  8. Siap untuk dihidang
http://www.myresipi.com/picture/image/4187/large/IMG_2438.jpg?1325677920

Selamat mencuba!

Iffa Dah Kahwin !

Morning you all!
salam 1 rejab,

Yesterday i went to iffa's wedding. OMGeee ! dia buat style garden, pelamin tepi tasik. sgt sweet, romantik, fantastic, da boom! dia sanding dlm pukul  1 camtu. Iffa ni jenis yg so perfectionist but aim to be simple. majlis dia nmpak simple tp sgt class!

Pengantin sampai around 1PM, then pengantin jalan turun tangga sambil DJ mainkan lagu romantik. jalan kt kapet merah. melopong i dibuatnya. sgt sweeeet. Iffa deserve to be the one yg rasa happy camtu! hehehe

Okay, makanan xyah cakp la. byk and lots of desert. sedap2. so i yg diet ni pon tpaksa lupakan diet i seketika. I dtg dgn my husband and atin pun join skali. sampai je dan2 la ex-classmate time kt UTM mai jgk. so b'joyah la kami. then group lelaki pon sampai. duduk sembang lagi sampai pengantin habis makan damai and potong kek. We all dah peluh-peluh ni since smlm sgtla cerah cuaca & terik sinaran mentari. aha!

Then we all cari iffa ajak bgambar, before we make a move. iffa so gorgeous with her wedding dress, she's so hot with her high heel. first time dia lebih tinggi ciked drpd i. hehehehe. okay, i share ciked moment semalam untuk tatapan pembaca. Semua picture credited to facebook Edora & Fathin!

 

 
I suka that teddy bear, their photobooth

 
Credit to my husband sbb sudi jadi cameraman

I tak suka pic ni sbb i nmpk so chubby. ramai org tegur, i pregnant ke? I wonder why. hahaha

To Iffa and husband,
Congratulation ! selamat menjalani ibadah puasa bsama (*tetibe). Bila hidup berdua ni bermulalah segala dugaan, cabaran, kesabaran yg harus ditempuhi bersama. apa yg penting, persefahaman dan tolak ansur. pesanan ikhlas drpd senior. hahaha
okay la. bye. xoxo!


Friday, April 10, 2015

Honeymoon Sakan Kau Kan?

Salam jumaat to all readers!

Hari ni i nak share sikit psl honeymoon trip we all. gaduh punya gaduh, akhirnya we decide to have 2 trips for this year for our honeymoon. gila kan? habis nak buat mcm mana, husben i nak jgk ke pulau, so we all pegi jugak pulau tp a week after

Meh i bagi hint sikit tempat mana yg we all akan spent 3 hari 2;

http://perak.attractionsinmalaysia.com/img/photoState/perak/PulauPangkor/1.jpg 

We all decide amik package. so mudah sikit. kebetulan masa tu i google, jumpa pulak tu. so i suruh husben i call pastu book. takut penuh punya pasal. hahaha

Ok, the other week before on 1st may, since xdapat pergi ke pulau so we decided untuk pegi jgk honeymoon tapi pegi dekat je. tu pun jenuh jgk nak mencari tempat. hotel semuanya penuh. mula plan nk pegi janda baik, then bukit tinggi, last2 cameron highland. pon penuhhhh. tp alhamdulillah jumpa satu ni. meh i bg hint;

http://www.tiarabeachresort.info/wp-content/uploads/2013/03/tiarahomepage3.jpg 

I ckp kt husben i, i nk main themepark. mula we all survey melaka. so dalam kepala ada dua je la. Melaka wonderland & A famosa. A famosa mmg i tolak mentah2 la. since air kt situ kotor. dulu i pernah mandi kt situ, habis merah-merah badan i. so xnak amik risiko, i plan pegi tempat lain. hehehe

So, tempat dh ada. tinggal pegi je. harap2 kesihatan i and husben ok time tu. doakan la ye. okay lah. see you next entry. bye. xoxo

Monday, April 6, 2015

Punah, Musnah, Segala Perancangan

Hi readers!

Benda yg paling i tkot sgt akhirnya tjadi juga. I dah agak dah benda ni akan terjadi jgk. I byk kali pesan kt dia suruh survey awal2, eh... tak, dia nk jgk survey last minute. so apa yg tjadi skrg? dua-dua org putih mata sebab tempat yg we all plan nk pegi dh full booked. so nice! now masing-masing dh stress. dgn i lagi yg bengang tahap dewa. i xtau nk describe macam mne lagi

Mungkin benda ni yg dia nak sgt tjadi, okay dh terjadi pun kan. so nak buat mcm mna. cuti ada byk. konon nk spend pegi holiday. tp xjadi. nk x nk balik je la kampung dia tu. i tak kisah pon x jln2, x bcuti ni semua i x kisah. duduk rumah masak 24 jam pun i x kisah


Dia suruh i decide pegi mna. sejak bulan 1 lg i dh warning, dia kena decide tempat mna nk pegi, i tinggal follow je. sbb before ni asik i je yg tentukan nk pegi mne pegi mne pegi mne. BERDIKARI sikit dalam bab ni boleh tak? see, last2 i yg kne decide. dh jadi cmni baru nk suruh i decide. before ni buat apa? sibuk main game? boleh?!

Nak marah cmne pon x rse apa dh. apa boleh i buat skrg, i pendam,pendam sampai puas. i kalau ikutkan tengok muka pun i xmo. sakit hati. bg i anniversary tu sgt la penting dlm hidup ni lagi2 first anniversary, tp dia x pernah nak amik port segala benda pasal hal ni. so skrg i dah fedap, i nak menjerit sekuat hati i.

I TENSIONNNNNNNNNNNNNNN !

Friday, April 3, 2015

Resepi Anak Jawa : Puteri Ayu


Hi Reader! last few week, i ada try satu resepi kuih ni. memang feveret i.. so i kongsi kt sini for you all kalau nk cuba-cuba. hehehe

Bahan-Bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh ovellete
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut putih (digaul degan sedikit tepung gandum dan garam)
Cara-Cara
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi
  2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati
  3. Isikan kelapa putih dalam acuan (suku), tekan-tekan sikit supaya mampat
  4. Tuangkan adunan sampai penuh acuan
  5. Kukus lebih kurang 7 minit
  6. Sedia untuk dihidang
Ovellete (i beli kt Giant)

Pencetak (i beli kt kedai RM2)

Sedia untuk dikukus

Sedia untuk ditelan

Kenapa kuning? by the way i lupa letak pewarna hijau ye. kelapa pun salah beli. hahaha xpelah janji sedap. Ok, selamat mencuba! bye, xoxo


Thursday, April 2, 2015

Italian Cuisine : I Try Lasagna, So So

Selamat petang readers!

Hari ni i nak share sikit pasal aktiviti i sepanjang pagi tadi. Hari ni hidup i penuh dengan presentation. haha serious, selama i kerja 3 tahun ni, i did byk presentation tp tiap kali nk present mesti x pandai nk kawal emosi & so nervous. tapi since i dh pindah kerja tempat baru ni, then bos i kasi i peluang untuk expose diri, & i sangat suka buat presentation & bcakap depan audience. Paling i suka kalau dpt audience yg sgt sporting. ok habis dah cerita memuji diri tu kan. so now cerita pasal aktiviti i

Alhamdulillah, pagi ni presentation went smooth. since audience very supportive and sporting. hari ni i kena present sistem pada user. alhamdulillah, semua okay and user suka. harini nasib i baik kot. my husband pun kena puji since he can handle all the questions from them, and husband i ni bila bab-bab goreng org no 1. haha

Habis je presentation, my bos ask for lunch. dah agak dah since smlm dah dapat payment. so duit memang tengah kepok-kepok tu.. so kali ni dia bawak i kt satu restaurant italy dekat Cyberview Resort & Spa. we all 4 orang je dalam tu. pelanggan lain xde. layanan 1st class la. bos i ni suka sgt bwk mkn kt tempat pelik-pelik. since dia cina, and he like to eat, so he try all the restaurant around KL and Selangor. yg peliknya, semua jenis makann dia makan. bagus kn?


Ok, bila i tengok menu.. 10 minit i pandang, nama bukan main pelik2. so nk senang i order lasagna je la. since i ni x penah langsung mkn lasagna. bos i pulak boleh pegi order mcm2, time lasagna i sampai i dah kenyang dh. so xhabis laa. next dia suruh order desert. sorry to say,, i memang x boleh nk sumbat lg. so we spent almost 2 hour borak2, makan2, then i kena balik ofis.

Now, i kat office, update entry. since kejap lg nk kemas-kemas balik. So, that's all untuk hari ni. for those yg nk try makan kt situ, boleh la cuba ye. resort tu sgt cantik, damai and tenang. yg penting so exclusive dan pemandangan yg sangat puas hati. ok bye, xoxo

Cyberview Resort & Spa - Bistro Cascata

Wednesday, April 1, 2015

Honeymoon Mana?

Bulan 4 masuk dah. sekejap nye setahun la haiii sekarang. pejam mata tak sempat celik balik dah setahun. so we all plan bulan 5 nak pegi honeymoon. Plan dah ada kt kepala ni. biasala, perempuan ni punya planning, 5 tahun lagi tp dah rancang macam2! hahahaha

Ada juga survey2 nak pegi jauh sikit drpd kebiasaan. tapi tu la, masih terpikir-pikir lagi. tapi macam biasalah, i yg very the excited sgt nk pegi honeymoon ni, husband? hurm xyah la ckp. dota, coc, dota, coc. fedap i. better i pergi bercuti sorg, senang. dah la semalam kena marah, sebab tweet pasal honeymoon ni. buat countdown. (nanti dia bace entry ni dia pertikai, ble masa pulak i marah you) dah biasa dh kena mcm tu. dia xsuka i kecoh-kecoh siap countdown bagai. masalahnya benda tu dosa ke? ikut emosi i ni, karang lari isi entry dengan tajuk ni. hahahaha.

Okay, i survey2 ok la ada beberapa tempat yg boleh masuk dalam list ni. tapi kena la tolak tambah dengan budget i jgk ye x you. tak nak la pegi honeymoon tp stress. so i ada masa sebulan je lagi nk kumpul duit ni. eh sempat ke nak oi!

Kt bawah ni i list la sikit, mana-mana tempat yg i dah risik2. ada dua tiga kawan i ni sibuk nak tau i pegi mane. kali ni i keep as secret kasi suspen sikit. tp kalau dorg bace entry dorg tau dh kot i nak pegi mana.

tempat paling romatik untuk bulan madu



Ada lagi yg masih bermain di kepala. tapi makin hari mcm makin malas nak pegi sebab i sorg je yg excited kan. jangan sampai i cancel, then kita balik rumah my mom sudah la. honeymoon kt kg je. kan?

Ok, pada sapa-sapa yg ada suggestion best or menarik lg bombastik, share la ye. thanks! bye, xoxo


Asik Sentap

 Hi reader!

You all pernah mengalami masalah sentap yg asik muncul tiap masa? kadang kita sendiri rimas dengan keadaan tu kan? bukan nk ngade-ngade tapi sbg perempuan benda tu sgt la biasanya


Kebanyakkan lelaki ni penyabar. tapi ada jugak yg x penyabarnya. siap naik tangan kt muka, nasib baik la laki aku x gitu. belum lagi la stakat ni, dan harap-harap sgt xkan la ye. hihihihi. okay balik pada cerita sentap, perempuan ni kadang-kadang klu tak dilayan pon akan sentap. pelik kan? i ni sebagai perempuan pn pelik. apa punya penyakit la asik datang even tak diundang.


Dulu hidup sorang, kini hidup berdua. memang kena banyak sgt sabar. sejak kawin ni, perasaan selalu sgt tak stabil. tak tahu la kenapa kn. normal la kot. orang kata baru kawen ni byk cabaran. entah la ek. i pon kenal dgn husband i tu tak lama pun. terus decide nak kawen. jumpa family dia pon before kawen sekali je. so kenal rapat lepas kawen


Banyak lagi benda yg i tak boleh nak masuk dengan dia ni. dulu tak la galak sgt dia layan game, dota, coc ni semua tp lately ni sejak i diam aje, so mulalahhh. semakin menjadi. i balik rumah, time masak, dia main game. lagi-lagi main dota. asik nak mencarut, nak marah lepas tu lepaskn kt i. apa benda tu? eeeeeeee. ok. stop. (nanti kalau dia baca entry i ni, dia duk pertikai, bila masa i mencarut dgn u?. hahaha i tunggu ayat tu)




I tak kisah pon dia nak main ke apa ke, tp bila dengan i, elok la sikit. i ni cepat sangat sentap nye. i kadang malas nk layan. baik i duduk diam je. kalau mengamuk karang makin worst pulak. apa boleh i buat, i bebel kt sini. 

Ok, i nak keluar lunch. lapar dah ni. bye. xoxo