Monday, April 20, 2015

Tahun Pertama Tahun yg Sangat Mencabar

Setiap pasangan rata-rata nya menginginkan hubungan yg sempurna. Tak dinafikan, ada sesetengah pasangan baru 3 bln kahwin, dah start buat statement;
  1. Kami sudah tidak serasi bersama
  2. Kami sudah tidak punyai persefahaman
  3. Saya tak ada perasaan dekat awk lagi
Ngerii. paling ngeri kalau ada campur tgn drpd pihak ketiga aka scandal. kawan bukan main lama, tapi 3 bulan kawen nak cerai dah. mintak sgt dijauhkan.

Memang i akui sgt2 dlm tempoh setahun dua perkahwinan ni mmg banyak sgt menguji kesabaran. Tahun pertama lah kita baru nk kenal siapa psgn kita yg sebenarnya. memang kenal and kawan lama dah. tp i berani ckp, kita sebenarnya masih x kenal lagi pasangan kita yg sebenar. Lepas kawin baru la tserlah segala serba serbi kebaikan dan kelemahan.

Tahun pertama perkahwinan ni lah, akan diuji dengan pelbagai masalah dan kerumitan, antaranya;
  1. Keserasian
  2. Kepercayaan
  3. Kesabaran Pasangan 
I berani bhujah since i dah lalui semua-semua tu. kadang2 tinggi suara sikit pun boleh sampai gaduh besar. pening kepala bila pikir balik. setiap pasangan yg diciptakan oleh Allah, adalah untuk saling melengkapi. tak semua pasangan perfect! tapi manusia ni kan tak pernah nye nak merasa puas. ada saja benda yg tak puas hati. i la tu. hahahahah

Tapi, dalam pada marah2 kt pasangan tu, ada kalanya kita akan terbit satu perasaan syukur tak terhingga kerana ditemukan dgn pasangan kita. biar la buruk mana pun pasangan kita pd pandangan kita, tp dlm ramai2 manusia, dia saja yg berani bjanji untuk sehidup semati dgn kita. dia sahaja yg berani untuk memikul tanggungjwb menjaga kita. tp kita prpmn ni ssh nk nmpk benda2 tu semua.

I tetap bersyukur, sbb i dpt suami yg suka hisap rokok, baran, tak suka senyum, garang, suka main game. tapi i lagi rasa bersyukur sgt sbb dpt suami yg suka mengemas, memasak, bertanggungjawab, penyabar, ringan tulang, berdikari dan kreatif!

see, nampak x? sebenarnya, jika psgn kita punyai 10 kelemahan, hakikatnya beliau mempunyai 20 kebaikan yg kita sendiri x pernah nk cuba hargai. lelaki ni tak suka tunjuk kasih syg. terutama laki i okay, si mat jeng tu. hahaha tp i tahu, jauh di sudut hati beliau, beliau sgt menyayangi i. cewah!

Ok lah, kata akhir drpd i, hargailah pasangan you all walaupun you all rasa beliau bukan lah yg terbaik aka Perfect 10! you all. Tips kebahagiaan, perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Enjoy your life, stay calm and positive! *I pandai nasihat orang, nt sampai masa i sendiri yg KO*

Bye! xoxo. sedikit kata-kata untuk dikongsi bersama

No comments:

Post a Comment