Selamat pg ;) pagi ni mood sikit gembira. rasa pedih itu masih ada. memang x dpt nk dinafikan. tp masing2 cuba gembirakan hati masing2.. eqa buang ego, buang kemarahan semata-mata untuk dia dan hubungan kami. eqa syg dia. syg sgt. jadi x perlulah eqa ikutkan hati dan perasaan marah tu. adalah lebih baik melupakan dan memaafkan atas apa yang terjadi. kn?
" Sesungguhnya memaafkan kamu adalah perkara yg perlu dilakukan, bukan dielakkan "
Kita pernah berjanji untuk hidup bersama selamanya. kami hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar hubungan kami ni kekal hingga ke pengakhiran hayat kami. kami akui, kami bakal diduga lg dengan dugaan yg lain yg mungkin lebih mencabar drpd sebelum ini. itu semua berlaku bagi membuktikan dan menguatkan lagi hubungan kami. apa yg eqa harapkan kami berdua cekal dan tabah hadapi dugaan yg mendatang.
" Semakin besar rintangan dan dugaan yg menanti, semakin kuat cinta kita berdua "
Bulan Jun begitu pantas berlalu dari hari ke hari. menyusul adalah bulan Julai, maka bermulalah bulan Ramadhan yang mewajibkan kita semua menunaikan rukun islam yang ke-3. kemudian muncul pula bulan Ogos, bulan kemerdekaan. dan yang dinanti adalah bulan September. moga segala perancangan dpt dilaksanakan dengan jayanya.
" Saya sudah cukup bersedia untuk menjadi hak mutlak kamu, dear Kim Jeng ;) "
Malam tadi, dia di depan mata, tp disebabkan perasaan kecewa dan marah yg melampau, eqa gagal mengawal perasaan itu, tp diri sendiri yg merana. tak mampu untuk mengukir walaupun secubit senyuman kepadanya. malahan, eqa meminta beliau untuk membiarkan eqa bersendiri. memang agak kasar, tp itulah realitinya. kesian beliau, tp kesian lg hati eqa ni yg dh lama menahan kesakitan yg eqa pendam. maaf, semalam memang x boleh control :'(
" Saat berjauhan dgn kamu adalah saat yg begitu menyeksakan "
Lewat malam, tuhan membuka hati eqa untuk membuka blog beliau, sangatlah tersentuh hati bila eqa baca setiap baris ayat beliau. saat itu, kemarahan eqa sedikit demi sedikit hilang,, rasa rindu yg teramatlah sangat. tapi masih ada saki baki ego yg menghalang eqa untuk bersuara, eqa biarkan sahaja. sampailah saat dia message eqa,
" I am so sorry dear, didnt meant to hurt your feeling "
Lepas je saat tu... berderai air mata kot. huhuhu. serious x boleh nk control. habis hancur dh semua ego, marah, kecewa semua.. apa yg ada dlm kepala, rasa rindu yg teramat sgt. huhuhuhu
Betul kata pepatah, ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati. perasaan marah tu kalau x dikawal akan memakan diri sendiri. sebab itulah, dalam satu perhubungan perlu ada toleransi. pass is pass. forget everything and start all over again. We back to normal, as usual, this morning, we having breakfast together and what happened last night just passed by.
#End