#2Bulan1Hari
Jika munculnya 13hb pada setiap bulan, eqa mulai tersenyum.. knp? sebab eqa rasa sgt bahagia, kerana masih lg bersama beliau, si kekasih hati si jantung hati, 13hb adalah saat jatuhnya tarikh di mana kami berdua bersetuju mengikat hubungan. eh, bahasa mudah.. Anniversary la ;)
Dalam tempoh masa #2Bulan1Hari, kami telah mengambil keputusan untuk menghadiri kursus perkahwinan. hahahaha seronok uOls! kursus sepanjang 2 hari berturut, kami belajar b'macam cara dan mengetahui b'mcm ragam di dalam rumahtangga. perasaan takut, gembira, risau, semua ada.. mampu ke kita harungi bersama? kuatkah kita menempuh alam perkahwinan nanti? huhuhuhu 1001 soklan bermain di kepala. sama-samalah kita usaha dan berdoa ye syg ;)
#2Bulan1Hari bukanlah matlamat kita kan syg? matlamat kita adalah untuk bersama hingga akhir hayat dan insya Allah bertemu di syurga. syg kamu, rindu kamu selamanya ;)
-Untuk aku dan dirinya-
---------------------------------------------
Setiap yg berlaku t'hadap kita sepanjang #2Bulan1Hari adalah kenangan kita yg bakal kita abadikan ke dalam kamus hidup kita ya syg. gaduh, gembira, tawa, tangis adalah lumrah dalam setiap hubungan, sy yakin, dengan berkat doa kita, berkat doa family kita, berkat doa kwn2 kita, insya Allah, kita mampu untuk mengharungi setiap inci dugaan yg mendatang dengan akal yg waras dan tindakan yg dilakukan mengikut garisan akal, bukan perasaan semata.
Berjanjilah wahai hati, hanya dia yg bertahta. hanya dia yg mengisi setiap ruang di sudut hati kecil ini. dan berjanjilah wahai hati, dia adalah cinta mati hingga ke akhir hayat.
Lindungilah kami, daripada segala hasad dengki dan perasaan curiga, jauhkan daripada kami perasaan cemburu buta, suluhkanlah perjalanan kami menuju kebahagiaan, sesungguhnya hanya dia yg aku syg.
-------------------------------------------------------
#End
No comments:
Post a Comment