Jika ditanya pada hati, dia yg aku sayang. ye. benar. itu dikala hati berbunga riang. namun pabila hati terguris, hati terus menjadi tanda tanya, adakah benar keputusan yg diambil.
sangat takut kalau-kalau keputusan yg dibuat tidak tepat, tidak jitu, tidak yakin. jalan apakah harus diambil? adakah harus meneruskan atau memutuskan untuk berhenti di pertengahan perjalanan. Adakah hati ini benar-benar mampu melepaskan insan yg begitu bermakna dalam hati ini? hati terus tertanya-tanya lagi.
Jika benar, dia tercipta hanya untukku, aku mohon pertunjukkanlah jalan yg terbaik, suluhkanlah aku dengan sinar kebahagiaan. sekiranya kita x mampu untuk bersama, yakinkanlah hatiku bahawa dia tercipta bukan untukku, tetapi untuk orang lain.
Ketahuilah wahai hati, jika benar dia yg aku syg, yakinilah. jauhkanlah prasangka terhadap beliau juga perasaan ragu-ragu. aku mohon.
#End
No comments:
Post a Comment