Friday, December 12, 2014

Suamiku En. Programmer

Salam Jumaat, salam keberkatan, salam persahabatan.

Tahniah Malaysia krn bjaya mara ke final #AFFSuzuki2014. malas nak cerita panjang psl bola ni sebab bkn nye minat sgt pom. arini nak celoteh sikit psl laki kita ni ha. bukan nk mengumpat, tp cuma nak luahkan apa yg tbuku dihati.

Suami eqa kerja sbg seorang pengaturcara sistem. atau dalam englishnya Programmer / System Analyst kt salah sebuah syarikat. dulu kami bekerja dibawah satu bumbung. so pertemuan & bibit cinta pon bermula di situ lah. kalau you all mengikuti blog eqa sejak azali lagi mungkin dh familiar sgt cerita disebalik syarikat tmpt kami bekerja. to be specified, "tmpt bekas eqa bekerja" One of the reason eqa keluar drpd company tu sbb eqa xtahan dgn management. juga x tahan dgn workload yg dorg bg dlm satu masa. Untung kami laki bini kerja under company yg sama so boleh la phm.

Cumanya, lepas eqa resign ni eqa sikit diuji lah. so eqa dpt rasa apa family org lain rasa bila suami / isteri dorg 24/7 bekerja non-stop then workload bertimpa-timpa sampai nak luangkan masa untuk kita pon kurg. bulan ni hubby sgt busy. handle 2 project dlm satu masa. deadline semua nk cpt. kan gila namanya tu. They should learn from past mistake. sampai ada staff dorg yg eksiden. yg sakit x pyh ckp la. sakit batin, sakit fizikal. semuanya ada. complete. apa punya management la mcm ni. lepas tu sibuk pick point org lain, padahal salah sendiri. ish! geram pulak aku lah 

Harini dh masuk minggu kedua dah. tapi x shopping barang rumah lg. tu pun beli sikit-sikit kt kedai runcit. bila ajak hubby pegi katanya byk kerja nk disiapkan. oklah kan. sebab kesian kt dia tkot kerja dia x siap so eqa ckp la "kita pergi lain kali tunggu awk free" dia pun setuju. tiap mlm tido lewat. balik uma bukak laptop sambung buat kerja. stressnya la haiiiiiii kita ni laki bini bekerja. kt rumah je bole jumpa tu pon bape jam je pastu kul 10 tido dah.

Nak dijadikan cerita, semalam. dia ada inform yg dia byk kerja nak kne deliver cpt. then byk lg benda x cover. eqa tye la nape task ni x buat awl2 kenapa esok dateline harini baru nk buat. dia ckp xde org bg arahan kena buat. SEE?? nmpk x? management !!!!! eqa mmg sangat mrh dgn management company tu. eqa kerja situ so eqa tau permainan dorg. ok la xpela eqa ckp dgn dia. dia ckp dia mungkin balik lmbt. xpayah masak katanya sbb dia pon x tau balik pukul  berapa. so eqa pon okay jela.

Dah makan dh kemas rumah dh basuh baju semua eqa tgok jam dh pukul 11. eqa xlarat nk tunggu dah. eqa pon upload satu status kt fb


Xlama lepas tu hubby pon wassap mintak maaf. eqa mls nk layan perasaan merajuk nih. eqa ckp "awk smbung la kerja awk tu tkot x siap nt" eqa pon dh x larat sgt & mengantuk. eqa baring dgn niat nk lelap tp x boleh tido. eqa ni susah sikit nk tido kalau duduk rumah sorg-sorg. mcm-mcm pikir. last-last tetido jgk.

Pukul 5 pagi eqa tsedar mcm ada org kejut. eqa tgok sebelah, hubby xde lagi. eqa turun bwh (sbb rumah double story, turun naik tangga) sbb sangka hubby ttdo kt sofa bwh. eqa tgok x de org, eqa jengah kt luar kereta dia x de lagi. sah x balik lg. 5 pagi okay! 5 pagi !!!! eqa naik atas balik dgn keadaan yg sgt sakit hati. rasanya nk roboh tangga uma tu eqa kerjakan. eqa capai hphone eqa kol. baru sekali ringing dia angkat. eqa tye lah kt mana, dia ckp masih kt office. dh nak balik katanya. eqa terus letak sambung tido.

Dekat pukul 6 camtu dia pon smpai umah. dia kol katanya suruh bukak pintu x bawak kunci. mrh bertingkat-tingkat nih !! nasib baik la kau tu suami aku kan. kalau org lain mmg aku dh amik cili aku gonyoh kt mulut tuh. Kononye dia cuba memujuk. eqa pon mls la nk panjangkan isu ni dgn harapan benda ni xkn tjadi lg. lagipun bkn selalu dia mcm ni, cuma bulan ni je byk kerja sgt katanya. sabar jela. eqa bangun terus buat bf sbb eqa kalau mrh 2 benda je eqa akan buat. 1) Masak 2) Makan

Hope sgt lepas ni he can learn from mistake. He should notice that he is not single anymore. dia x risau ke tinggal aku sorg-sorg kt uma? smpai ke pagi sorg-sorg kt rumah. eqa harap ada la sikit perasaan dia cmtu. eqa xmarah hubby sepenuhnya. tp eqa sgt marahkan management. suka buat / bg tugasan last minute. then kena deliver time tu jgk. eqa pernah kerja dgn dorg so eqa tahu keadaannya.

Last but not least, i remind those yg suka menyusahkan semua org tanpa memikirkan perasaan org lain. jangan disebabkan nak kejar nama, kejar wang ringgit, kejar projek sampai kne mengorbankan kebahagiaan org lain. kalau sekali xpe. ni berkali-kali. apa perasaan isteri / suami / anak-anak ? jangan nilai semua org adalah sama. kita bekerja untuk Allah bukan untuk bos kita yg 24/7 fikir nak kaut keuntungan. please learn from MISTAKE. your OWN PAST MISTAKE okay??

Thank you

Sibuk menjaja nama, tapi dalaman, hanya aku tau keadaan kt dalam tu. dalam fb bukan main lg nmpk mcm excellent sgt. tp hakikatnya, hanya tuhan sahaja yg tahu. jangan sampai company ni bankrupt disebabkan doa-doa family yg merana & berkecil hati. Jagalah kebajikan STAFF anda. cukuplah anda "BOGELKAN" staff anda demi kepentingan anda semata-mata. Dimana Bumi dipijak disitu Langit Dijunjung. 

Wednesday, December 10, 2014

Life : Pengalaman Bersama Anasir Jerawat


Hi readers,

Harini eqa ada something nak share kt semua. Tadi pagi waktu eqa dlm bus ramai sgt manusia. sampai bhimpit laga-laga bahu. bisik dlm hati "bilalah nak smpai ni". Sesampainya di satu pitstop, bus ni dropkan passenger. mata bulat eqa tpandang seorg prpm tgh tgu bus. eqa assume dia tunggu bus lain kot. tapi apa yg buat eqa tsentap lepas eqa tgok muka dia. penuh jerawat. huhu tetiba eqa teringat. sebijik mcm keadaan eqa dulu kala. hati eqa bbisik lg, "mungkin dia rasa apa yg aku rasa dulu". FYI dlm byk-byk bhgian kt badan ni, part muka paling penting bg seorg wanita. 

Dulu muka eqa mmg teruk habis. lagi teruk dari budak eqa nmpk tadi. 2 kali muka eqa kena jerawat teruk. yg first time kena tu xtau lah puncanya apa. tu memang teruk sampai muka kena kerumun dgn lalat sbb berair n bnanah. tengok, ngeri kan? bace je dh rasa seram kalah cite Annabella. mak hantar pegi berubat. berubat kt seorg perempuan ni. tp skrg arwah dah meninggal (Al-Fatihah). muka eqa kena sembur dgn sirih & putik nangka. selama seminggu. seksa time tu. tapi nak baik punya pasal, relakanlah. Tapi lama-lama, lepas berpantang semua alhamdulillah muka eqa elok sikit. bkurang sikit cuma tgl bekas-bekas anasir jahat tu. udang & sotong musuh paling ketat, perlu dijauhkan ketika bpantang. 

Benda ni berulang untuk kali keduanya pada tahun lepas. awal tahun camtu, x berapa nk ingt. tiap kali masuk office, bos tegur. bos eqa ni mmg kategori lazer sgt. memang bila tegur tu jgn harap nk bertapis. since scope kerja eqa ni kena always jumpa user, attend meeting dan sewaktu dgnnye sebab tula dorg concern. sebab nk jg image dorg jgk sedikit sebanyak. dalam kepala ni duk pikir siang malam apa punca benda ni dtg balik. langgar pantang ke apa? kali ni jerawat byk tumbuh dekat dahi. so eqa assume kulit eqa kalah dgn aircond. sebab bila balik kerja muka mesti berminyak. dorg kata, salah satu punca sebab kulit berminyak sebab minyak tu akan tutup rongga-rongga di kulit muka so jerawat akan tumbuh. ye ye ooooo je. 

Mula-mula tumbuh sikit je atas dahi, tapi tangan ni gatal habis, sbb malu pye pasal ada tombol besar gajah kt dahi so eqa picit kasi jerawat tu kecut. happy la sekejap. tapi esoknya tumbuh lagi banyak. ah sudahhhh! dah menggelabahhh. mcm-mcm cara eqa beli siap minum herbalife (minum sbb bdn gemok. nk kurus) beli mcm-mcm ubt jerawat kt farmasi, pergi jumpa doktor & sewaktu dengannya tapi x menjadi. makin byk & paling scary sbb benda tu dh merebak sampai ke pipi n dagu. 

Waktu tu tuhan je yg tau. memang down habis. malu nak keluar rumah. malu nk pergi kerja sbb org asik tanya je kenapa, kenapa, kenapa. huhuhu. sampai satu masa tu, family eqa bwk pegi berubat cara kampung. eqa berubat dengan sorg makcik ni. dia ni pakar resdung. cara perubatan dia melalui asap. habis berasap-asap muka eqa ni ha. lepas tu kena minum air ubat dia. ya allah nk telan ssh btl. nak berubat punya pasal. lepas tu dia bg ubat. dia bg bedak sejuk & telur. tiap malam sblm tidur kena sapu bedak sejuk bercampur dgn putih telur ni kt muka. ya Allah you all bayangkanlah. putih telur okay !! putih telur!! hanyirrrrr. tiap kali sapu tu mual memanjang. rasa nak muntah sbb hanyir. tp nak buat mcm mne. namapun berubat. makcik tu kata eqa kena resdung kulit. lama jugak eqa berubat dgn makcik tu dekat 2-3 bulan camtu. tapi x surut pun. ble sapu, esok pagi nmpk kurg sikit. tapi 2-3 hari tumbuh balik. :'(


Waktu tu mcm-mcm perasaan jahat sibuk berbisik. siap terpikir diri ni x laku lagi la.. akan jadi anak dara tua la apa lah.. kelakar. hahahaha tapi waktu ni lah tuhan dgr doa eqa selama ni supaya pertemukan eqa dgn insan yg btl-btl ikhlas nak jaga & syg eqa. Alhamdulillah. beliau muncul juga. dalam saat muka tengah serabut mcm tu, kebahagiaan mula dirasai. Hehe. TAPI !! muka masih mcm ni. kesian kt beliau. muka gf dia teruk mcm ni. tak malu ke nak bwk jumpa family dia, bwk jumpa kwn-kwn dia semua. dia okay je. dia ckp dia ikhlas terima seadanya, rupa paras tak bawa apa-apa makna dlm diri dia. ha gwituuue. ayat sgt drama ! 

Tapi eqa tetap wujud perasaan malu nak bhadapan dgn family & kwn-kwn dia dlm pada saat muka eqa sebegini rupa. buntu dalam kepala. tak tahu apa lagi harus dilakukan. sampaikan eqa beli satu set Safi Rania Gold. sebab percaya kt Che Tah. hahaha. berhabis duit gitu je, jerawat masih x hilang. sampailah pada satu masa eqa on fb. time tu tgh famous pasal bedak Nora Danish tu. Bedak Sejuk Tanaka. extract daripada kayu tanaka. eqa tengok byk testimonial positif-positif belaka. kebetulan pulak kwn kt blog ada jual bedak tu. eqa pun order 1 dengan dia. eqa order kaler hijau (limau) mmg khas untuk kulit berjerawat. eqa pakai tiap malam sebelum tidur. jerawat masih ada lagi. 


Lepas tu eqa pakai lagi & eqa stop pakai Compact Powder jenama Pixy. then eqa tukar pakai Compact Powder Silky Girl. eqa pakai lagi bedak tu tiap malam. Alhamdulillah. eqa tarik nafas lega sebab memang jodoh eqa dgn Tanaka. Syukur alhamdulillah dgn izinNya, jerawat hilang. start daripada tu mmg eqa x pakai dh Pixy sbb bedak tu la punca muka jerawat. bukan eqa sorg je yg kena, ada org lain senasib dgn eqa. boleh tengok sini PIXY!! dan eqa start guna full set Safi Balqis start dri pencuci muka, toner, scrub, pelembab, serum, krim Alhamdulillah. itu jdohnya dan eqa kekal dgn product Safi Balqis sampai ke hari ini. Alhamdulillah. kalau jerawat tumbuh tu pun satu dua sbb nak period. hehehe.



Dan yg paling osemnya beliau kini suami eqa yg sah. hahahahaha. Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Sebelum kita nak dapat apa-apa kebahagiaan pastinya kita akan diuji dgn bermacam bentuk dugaan. contoh paling dekat cerita kt atas tu. hehehe. 

Okay lah. rasanya pada sapa-sapa yg masih mencari solusi cmne nk hilangkan jerawat boleh la try product Tanaka tu ye. sgt digalakkan. hehehe. Dan jgn lupa harus sentiasa berdoa kepada Allah memohon dipermudahkan segala urusan. Kerana hanya kepadaNya kita meminta pertolongan.

-Tamat- xoxo


Thursday, October 2, 2014

Luahan Hati Si Penulis Keperluan



Apa lagi yg diinginkan?
Adakah masih tidak cukup untuk membuktikan segala titik peluh aku selama ini berhempas pulas demi syarikat, seakan tidak dipandang, lantas mengangkat pengorbanan org lain.
Manis tatkala berhadapan, racun bila mula menjauhi
Itulah permainan sebuah pihak, berkeinginan memperkotakkatikkan golongan bawahan

Aku x minta disangjung. aku juga x minta untuk dipuji. aku cuma mengharapkan kau hargai apa yg telah aku korbankan. Masa, Perasaan, Family, Kesihatan, Maruah telah aku gadaikan semata untuk menjaga nama baik kamu.
Balasan apa yg aku dapat?

Bisikan perasaan, hanya aku bisa jd pendegar yg baik. tidak ada seseorang pn boleh menilai, membaca apa sebenarnya isi hati aku.

Jika dulu, aku membuat keputusan untuk menggundurkan diri, tapi ku batalkan niatku, kerana kewangan. bermain dgn kerisauan tatkala kewangan perlu dikukuhkan. tapi apa kesannya? selama bertahun aku berperang dgn kesakitan jiwa, kehilangan kemesraan.

Kini, ku memutuskan untuk meninggalkan. tetapi tetap ada yg menghalang. tetap juga kewangan. dan kini, bertambah dgn tanggungjawab. aku terus dihantui dgn bayang-bayang aku sendiri.



Thursday, August 7, 2014

Di Mana Hati?


Sering aku persoal, mengapa & kenapa aku di sini? Ini periuk nasi aku, tempat di mana aku mencari sesuap nasi. Tapi kenapa? aku x pernah rasa keseronokkan walaupun ditawarkan gaji yg cukup mbuatkan penerimanya senang hati tanpa perlu memikirkan kesempitan. Mengapa ya? aku masih lg tercari-cari apa yg sebenarnya aku inginkan.


Aku x mahu lg menabur bakti di sini, hati aku telah lama pergi meninggalkan perasaannya di sini. Tapi aku perlu juga memikirkan tentang kehidupan aku. Lagi-lagi setelah memiliki keluarga. Bermcm perkara aku perlu fikirkan. Aku x boleh lg fikirkan tentang diri sendiri. Tapi semua benda ni membuatkan aku x ikhlas untuk mencari rezeki. Kerana aku merasa terpaksa atas apa yg aku lakukan

Bilakah semua ini berakhir?

Bilakah aku akan temui kepuasan dlm pekerjaan yg aku lakukan?

Bilakah semua ini akan aku temui?

Hanya Allah sahaja mampu menjawabnya. Apa yg termampu, aku just "go with the flow" even sukar, susah.




Friday, June 6, 2014

[SOLEMNIZATION eQa & MJ] Part 3 - Finally, We Hold a Title as Husband & Wife !




"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person"

Alhamdulillah, syukur segala apa yg dirancang dpt berjalan dengan sempurna. Walaupun ada sedikit cacat celanya, tp dengan berkat doa semua majlis tetap berjalan hinga ke akhirnya. Alhamdulillah, syukur ;)


"Happy is the man who finds a true friend and FAR happier is he who finds that true friend is his wife"

"Value the people who sacrifice their SOMETHING for you,, because maybe THAT something was their EVERYTHING"

"Go for someone whose not only proud and glad to have you, BUT will also take every risk and effort just to be with YOU"

 "I LEARN from yesterday, LIVE for today and HOPE for tomorrow"

"You don't need someone to complete you. You only need someone to accept you COMPLETELY"


#Note to my HUBBY#
I ain't perfect to be with you. But you choose to spent your whole life with me. I am glad that i am the lucky one. I will love you, till the end of the word. You are the man i adore to live with. Thank you so much hubby because you made my life complete.

For those who still find your true love, the best luck to all of you. Don't be afraid to be honest to your heart. Let 'them' speak what inside. For me, if i am still afraid to say that i like him and do love him, we still a friend. Hahaha. Don't afraid to face the risk because you are fighting for your own happiness. ;) Guys, wish me luck okay? I am still in learning process & migrate my life from single to a housewife !! *awkward*

I am Mrs. Mat Jeng @ Mrs. Zulkifli


Tuesday, June 3, 2014

[SOLEMNIZATION eQa & MJ] Part 2 - Aku Terima Nikah, Saya Isteri Kepada Mohd Zulkifli


Entry sebelum ni eqa share pasal persiapan menanti detik keramat. Entry kali ni eqa share saat-saat eqa diijabkabulkan. Perasaan berdebar xdpt nak dibayang. Terlampaulah berdebarnya saat bangun pagi pd jumaat tu sampailah masa MJ melafazkan "Aku Terima Nikah"

Jumaat, 2 - Siang
Keluarga bakal mertua bertolak drpd terengganu pukul 8:30 pagi.. Jauh sungguh perjalanan. Approximately 8 jam perjalanan. Saat tu eqa dh x tenterammm langsung. Padahal majlis akad nikah mlm, lepas isyak. Tapi entahlah. berdebar x sudah. hahaha

Jumaat, 2 - Malam
Jeng, jeng jeng.. Masanya tibaaa.. Time ni dh x rasa apa dahhh.. huhuhu. Kalau kne tumbuk kt pipi pon dh x rasa apa. hehehe. Kak Lily sampai pukul 8:00. ready nk solekkan eqa. eqa solat siap-siap. eqa xmo bebel banyak-banyak, eqa share picture je ye. Alhamdulilah, kami selamat diijabkabulkan dgn hanya sekali lafaz.

"Saya adalah isteri kepada Mohd Zulkifli B. Jalir yg sah"




















Dikesempatan ini, terima kasih kepada semua rakan-rakan yg sudi dtg memeriahkan majlis pernikahan saya. Credit to - Deqnie, Kak Ayu, Fiza, Kucak, Roy & Tunang, Poji, Azira.


[SOLEMNIZATION eQa & MJ] Part 1 - Persiapan Demi Persiapan


Alhamdulillah, akhirnya tarikh keramat yg dinantikan setelah sekian lama muncul jgk. Kawen wei kawen !! eqa start cuti 30 April. Selasa, 29 mlm tu dh balik kg, naik bus, 5 jam perjalanan. Fuhhh~ Sampai rumah je so excited sebab hampir 70% persiapan dh disiapkan oleh family eqa. TQ~~

Rabu, 30 tu eqa plan pergi manjakan diri kt one of the best spa eva kt pontian ni, MAIBEAUTE. eqa x ambil package untuk pengantin sbb ada benda yg eqa xnk buat. so eqa amik mne eqa nak je. eqa buat 3 benda.
  1. Mandi Wap - Approximately 30 minutes. Fuhhh panasssssss gila. Seriously semua daki tanggal. hahaha 
  2. Lulur Buah - 1 1/2 hour. This is the best eva !! ringan gila badan, sebab dia sambil lulur sambil urut, dgn bau buah lg. mmg marvelous
  3. Mandi Susu - 35 minutes. Ni lagi la best ! main buihhh okay !! mandi susu ni permintaan MJ. hahahaha. 

 


Lama betul kt spa, smpai dekat magrib. hahaha nasib baik family x risau, yela.. namapun bakal penantin. iyeee x? hahahaha. Lepas buat semua benda tu kt spa, badan rasa sgt ringan, lembut bak suteraa. hahaha ! memang berbaloi. Tp mlm tu tibe-tiba badan bengak-bengkak, gatal-gatal, muka pun ikut bengkak skali ! ah sudahhh alahaaaannnn. Cepat-cepat capai towel pergi mandi balik. Adoii. 

Khamis, 1 - Pagi
Disebabkan start cuti lambat, kelam kabut siapkan hantaran. eqa buatkan skali hantaran MJ. huhuhu memang penat xleh nk ckp. siang malam bertungkus lumus siapkan. Credit to deqnie, ain, ara & mak uda tolong siapkan hantaran. Nak harapkan eqa sorg, smpai masa nikah x siap lg. huhu

Khamis, 1 - Malam
Malam tu, wedding planner dtg nak pasang pelamin, skali dgn kak lily nk pakaikan henna. memang agak kelam kabut, time planner pasang pelamin, x sempat nk tengok sbb tengah bz pakai inai, huhuhu. So terima jela apa yg dorg decorate. 

Henna by Ratu Satin aka Kak Lily 


Sentuhan Pelamin by Senorita Wedding Planner 

Simple saja pelamin tu. Memang nk design tu pon. Kira puas hati la jgk even ada saudara mara yg complain. Tu normal la kan? hahahhaa. Cuma abg didie x letak bulu-bulu putih tu. Lupa barangkali. Dah xnmpak ala-ala arab. Takpela kan.. Boleh la tuu. 

Okaylah, eqa sambung kat Part 2 ye. Pasal saat diijabkabulkan. Yeeeahh !!


Sunday, February 23, 2014

Bukan Mudah Berjauhan, Dugaan Datang Tanpa Diundang


Manusia sering diberikan dua bentuk pilihan, Antara keduanya mempunyai kebaikan dan juga keburukkan. Niat dihati untuk meletakkan jawatan perlu dilupakan buat seketika kerana tuntutan diri sendiri dan juga masa depan dengannya. Namun, ianya tidak semudah yg digambarkan.

Berbagai cabaran dan dugaan datang sepanjang 2 bulan eqa berpindah ke kuala lumpur. Pernah sekali, hubungan dgn zul diduga dengan dugaan yg cukup berat. Dia di Johor, eqa di KL. Masa yg diluangkan bersama semakin berkurangan. Mungkin apa yg berlaku ini punyai seribu satu alasan dan antara satunya adalah, sebelum kami diijab kabulkan, adalah molek jika kami diberi peluang dan ruang untuk merasa saat perpisahan dan berjauhan buat seketika. Syukur, eqa diberikan peluang untuk merasai keadaan ini sebelum kami berkahwin. Fikir positif itu perlu. Setuju?

Kesian bila mengenangkan kedaaan diri zul yang terpaksa berjauhan dgn family dan juga eqa. Dugaan memang cukup berat. Jika eqa ditempatnya, sungguhnya eqa x kuat nak hadapi. Dengan keadaan kehidupan nya yg tak pasti, tidak punyai rumah hanya menyewa di hostel UTM, membuatkan hati kecil eqa menangis setiap kali mengenangkan. Orang atasan tidak pernah peka dan sedar, nasib dan kesan yg dihadapi oleh orang bawahan nya jika mereka membuat satu-satu keputusan. Kesengsaraan dan kesusahan yg dialami orang bawahan tidak sikit pun dipandang oleh mereka. Itulah kisaran dunia dan juga manusia.

Pergaduhan dan juga pertengkaran menjadi asam garam bila berjauhan. Bila mana masing-masing tidak bersua, masa yg sepatutnya diluangkan bersama dihalang oleh jarak, masa dan juga keadaan. Dalam waktu ini, kunci utama adalah kesabaran. Tak mudah untuk bersabar jika yg menjadi punca pergaduhan adalah perkara yg sama.

Orang kata, dalam tempoh pertunangan ni, dugaan yg dtg berganda rasanya. Memang benar. Dan semestinya, sesuatu yg berlaku ke atas kita memberikan kita peluang dan ruang untuk kita berfikir kekurangan diri. Daripada apa yg berlaku sepanjang kami berjauhan, eqa dapat belajar satu perkara yg cukup penting dalam kehidupan. Dalam hubungan, salah seorang perlu matang dalam tindakan dan pemikiran. Salah seorang perlu sentiasa waras dlm pemikiran. Jika tidak, hubungan keduanya akan hanyut kerana tidak punyai kematangan dan kewarasan dalam berfikir dan juga tindakan.

Alhamdulillah, eqa bersyukur sgt sebab zul seorang yg matang dan paling penting dia seorang yg cukup penyabar. Mak selalu pesan,

"Jgn marah kt zul tu, dia tu org yg sgt sabar. Dia sabar sgt dengan karenah kau. Kau jgn selalu sgt marah kt dia. Mak kesian kt dia."

eQa memang cukup bersyukur dikurniakan lelaki bernama zulkifli. Bak kata mak, zul ni seorang yg penyayang. Dan mak cukup yakin yg zul boleh jaga dan bahagiakan eqa. Restu org tua semestinya sgt penting dlm sesebuah hubungan. Insya allah, dgn restu dan doa daripada kedua orang tua eqa, eqa harap hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiiin..




#SayaSayangAwakSeorang
#Don'tLeaveMeAlone
#IWantToBeWithYouForever
#ForeverLoveYou
#eQaMJ
#ZulEQA
#AkuCintaKauSeorang